MENGIMBAS KEMBALI : HUKUM PILIHANRAYA DEMOKRASI

BUAT RENUNGAN SUPAYA KITA DALAM PERINGATAN.

Solan Fiqh
: Saya ingin bertanya pendapat Hizbut Tahrir tentang proses pengundian atau pilihan raya dalam sistem demokrasi, kerana banyak khabar angin yang saya dengar bahawa Hizbut Tahrir mengharamkannya, adakah ianya benar? Untuk mengelak kekeliruan saya meminta Hizbut Tahrir menjelaskan secara terbuka tentang masalah ini.

Jawapan Kami

Pada 8hb Mac ini, rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Dalam kesibukan pilihan raya ini, timbullah di kalangan kaum Muslimin di Malaysia pelbagai pandangan mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Bagi menjawab persoalan mengenai hukum melibatkan diri dengan proses pilihan raya, kami akan membawa/menjelaskan realiti pilihan raya itu sendiri yakni pilihan raya yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang ini dan seterusnya menjelaskan dalil-dalil syarak mengenainya.

Adapun hukum asal pilihan raya dalam Islam adalah mubah (harus). Ini kerana ‘pilihan raya’ (intikhab) yang dijalankan dalam Islam, sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah hanyalah (bertujuan) untuk memilih wakil bagi mewakili kaum masing-masing (waktu itu Aus dan Khazraj), manakala pada zaman Khulafa’ Rasyidin, intikhab dilakukan untuk memilih Khalifah itu sendiri dan juga untuk memilih wakil dalam Majlis Syura (Majlis Umat). Perlu difahami dan dibezakan di sini fungsi Majlis Ummat adalah untuk muhasabah pemimpin dan musyawarah antara mereka serta memberi masukan/input kepada pemerintah. Majlis Syura ini bukannya majlis untuk membuat/menggubal undang-undang atau merubah undang-undang. Ia berbeza sama sekali dengan realiti pilihan raya yang ada dalam sistem demokrasi sekarang.

Bertolak dari sini, kita mestilah memahami dan membezakan realiti intikhab di masa Rasulullah dengan realiti intikhab dalam sistem demokrasi yang ada sekarang. Untuk mengetahui hukum syarak mengenai masalah pilihan raya sekarang, kita perlulah mengkaji terlebih dahulu realitinya (tahqiq al-manath). Yang pertama sekali, kita mestilah faham perbezaan di antara ‘pilihan raya’ dan ‘demokrasi’ itu sendiri. Pilihan raya tidak sama dengan demokrasi dan demokrasi tidak sama dengan pilihan raya. Pilihan raya hanyalah salah satu cara/uslub dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil (bukan memilih pemimpin). Manakala demokrasi pula adalah sebuah sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang berada di tangan manusia. Hukum pilihan raya adalah berbeza dengan hukum demokrasi. Hukum demokrasi jelas haram dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qath’i.


Seperkara lagi yang perlu difahami dan dibezakan adalah ‘suara majoriti’. Suara majoriti tidak sama dengan demokrasi dan tidak sama dengan pilihan raya. Suara majoriti tidak salah untuk diambil dalam membuat sesuatu keputusan yang bersifat mubah (harus), contohnya majoriti bersetuju melantik A sebagai pemimpin atau majoriti bersetuju untuk pergi ke suatu tempat dengan menaiki bas. Namun suara majoriti akan menjadi haram apabila yang disepakati adalah bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk merejam penzina dengan 6 kali sebatan, atau majoriti bersetuju untuk memenjarakan seorang pencuri, atau majoriti bersetuju untuk menghalalkan sistem perbankan riba. Dalam aspek menggubal undang-undang, suara majoriti juga menjadi haram walaupun yang dipersetujui (secara majoriti) adalah suatu yang bertepatan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk gubal undang-undang bahawa solat itu wajib atau puasa itu wajib atau riba itu haram. Ini kerana kewajipan solat dan puasa dan keharaman riba adalah datang dari Allah sebagai Zat Pembuat undang-undang. Jadi, tidak kira sama ada majoriti bersetuju atau tidak, solat tetap wajib dan riba tetap haram. Ia bukan untuk disetujui atau diundi oleh manusia. Ia (hukum syarak) adalah untuk dilaksanakan oleh manusia. Manusia tidak ada sebesar zarah pun hak untuk mencadangkan, apatah lagi menggubal dan mengundi hukum Allah untuk diluluskan secara majoriti.

Pilihan raya yang dijalankan dalam sistem demokrasi hakikatnya adalah merupakan pemilihan wakil untuk ke Parlimen/DUN untuk menggubal undang-undang. Dengan kata lain ia adalah pemilihan ahli-ahli majlis tasyri' yakni majlis yang akan membuat undang-undang. Jadi, majlis perwakilan (wakil Parlimen atau wakil DUN), fungsi utama mereka (apabila menang) adalah berada dalam majlis tasyri' untuk membuat undang-undang. Autoriti majlis ini adalah untuk menggubal undang-undang, meminda dan menghapuskannya dengan suara majoriti. Inilah tahqiq al-manathnya. Oleh yang demikian (setelah jelas akan realitinya), maka barulah hukum syarak bagi realiti ini digali untuk diselesaikan. Sehubungan itu, kami akan menjelaskan hukum syarak mengenai penyertaan di dalam pilihan raya dan juga kedudukan mereka yang berdalil dengan suara majoriti dalam sistem demokrasi ini.

Pilihan raya hakikatnya merupakan suatu bentuk perwakilan (wakalah). Oleh itu, ia haruslah mematuhi semua syarat-syarat dan rukun akad wakalah agar akad ini menjadi akad yang sah di sisi syarak. Wakalah melibatkan beberapa aspek yakni (i) ijab dan kabul (ii) pihak yang diwakili (muwakkil) (iii) pihak yang menjadi wakil (wakil) (iv) perkara yang harus dilakukan oleh wakil dalam urusan perwakilan ini dan (iv) bentuk (sighah) perwakilan tersebut.

Majlis perwakilan, berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan di kebanyakan negeri kaum Muslimin (di Malaysia di kenali sebagai Parlimen dan DUN), bertanggungjawab menjalankan beberapa fungsi utama. Antaranya adalah menggubal undang-undang, melantik ketua negara atau membatasi calon-calon ketua negara, memberikan kepercayaan penuh kepada pemerintah (dalam urusan pemerintahan), mengesahkan pelbagai undang-undang, persetujuan dan perjanjian serta mengawasi dan memuhasabah pemerintah negara.

Adapun mengenai penggubalan undang-undang, ia merupakan aktiviti yang tidak dibolehkan (haram) bagi seorang Muslim untuk melakukannya, tidak kira sama ada ia terlibat secara langsung dalam penggubalan ataupun terlibat dalam pengundian (sokong atau tidak), meskipun undang-undang yang digubal itu ‘selari’ dengan hukum Islam yang mulia (sebagaimana dijelaskan di atas). Ini adalah kerana, ketika hukum Islam diambil dan dirujuk, ia didasari dengan dalil syarak yang terpancar dari aqidah Islam yang diwahyukan Allah. Seseorang Muslim tidak dibolehkan membuat undang-undang, tetapi kewajiban mereka hanyalah untuk menerima dan menerapkan syariat Allah sahaja dan bukan yang lain, tidak kira sama ada ia dipersetujui secara majoriti atau tidak. Hukum Allah (apatah lagi hukum kufur) bukan untuk dibuat, diundi dan diluluskan dengan majoriti. Oleh itu, hak untuk membuat undang-undang (hukum) hanyalah terletak pada Allah semata-mata. Tidak ada sesiapapun yang berhak meletakkan dirinya setara dengan Allah ‘Azza wa Jalla dalam membuat undang-undang. Allah berfirman:

“…hanya Allah jualah yang menetapkan hukum…..” [TMQ Al-an’aam (6) :57]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya” [TMQ Al-Nisa’ (4):65]

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya” [TMQ Al-nahl (16) :116]

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda kepada Adi bin Hatim,

“Tidakkah mereka itu menghalalkan bagi mereka apa yang telah diharamkan (oleh Allah) dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan?, dan Adi berkata, ‘ya’, maka Rasulullah berkata, ‘Maka mereka itu telah menyembah (rahib dan pendeta) mereka”

Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah membacakan ayat di bawah kepadanya.

“Mereka menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib (ahli-ahli agama) mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah” [TMQ Al-Taubah (9) :31]

Hakikatnya, Majlis Perwakilan (Parlimen/DUN) ini adalah majlis yang hanya menjadikan demokrasi Barat sebagai ikutannya. Ia menjadikan prinsip ‘kedaulatan di tangan rakyat’ sebagai prinsip utama. Prinsip ini meletakkan rakyat (manusia) sebagai satu-satunya institusi yang boleh menentukan hukum ke atas benda dan perbuatan, sama ada baik atau buruk. Manusia yang diwakilkan itu (wakil rakyat)lah yang berhak menentukannya, dan ia (undang-undang) hanya ditentukan semudah dengan suara majoriti. Apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai buruk, maka buruklah ia dan apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai baik, maka baiklah ia. Prinsip ini dijadikan sebagai autoriti yang tertinggi dalam demokrasi, sistem kufur yang bertentangan seratus peratus dengan Al-Quran dan Sunnah.

Adapun dalam memberikan kepercayaan kepada pemerintahan sekular yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, memilih pemimpin negara serta mengesahkan pelbagai undang-undang, perjanjian dan persetujuan, seorang Muslim tidak dibolehkan terlibat dengannya. Seorang Muslim tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan selain dari hukum Allah. Seorang Muslim juga tidak boleh terlibat dalam mengesahkan apa-apa perjanjian yang dibuat atas dasar kufur kerana ini akan menyebabkan kaum kuffar diberikan jalan-jalan untuk menguasai negeri kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah berfirman:

“...dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk (menguasai) orang-orang yang beriman” [TMQ Al-Nisa’ (4) :141]

Mengenai fungsi mengawasi negara dan memuhasabah para pemerintah, ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin dalam menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar. Ini adalah merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Oleh itu (untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan), terdapat syarat-syarat syar’i yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini. Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat –syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah:-

(1) Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem kapitalisme Barat dan kesemua sistem kufur.

(2) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam.

(3) Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.

(4) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam.

(5) Dia tidak akan masuk dalam pencalonan (parti) sekular, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur.

(6) Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (dengan mereka yang menerapkan (hukum) serta mereka yang terlibat dengan perundangan) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang merupakan sandaran bagi mereka yang berlaku zalim. Allah swt berfirman, “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” [TMQ Hud:113]

(7) Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.

Berdasarkan apa yang telah kami jelaskan, kami berpandangan bahawa sebahagian besar dari fungsi ahli-ahli majlis perwakilan melibatkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka untuk melakukannya. Ini termasuklah fungsi menggubal undang-undang yang bertolak belakang dari Al-Quran dan Sunnah, fungsi melantik ketua negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah, memberikan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan hukum yang bukan diturunkan oleh Allah dan mengesahkan pelbagai perjanjian dan persetujuan yang dibina atas dasar kufur, membolehkan pihak kuffar untuk menguasai kaum Muslimin. Mana-mana calon yang dicalonkan sebagai ahli Parlimen atau DUN untuk menjalankan fungsi-fungsi ini sesungguhnya telah berdosa dan kaum Muslimin tidak dibolehkan untuk membantu mereka, memilih mereka mahupun mengucapkan tahniah kepada mereka sekiranya mereka berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu fungsi dari fungsi-fungsi ahli majlis perwakilan yang diperintahkan oleh syarak. Dan bagi menjalankan fungsi ini, dibolehkan seorang Muslim untuk terlibat di dalam pilihan raya. Namun begitu, ia hanya dibolehkan sekiranya pencalonan ini berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Fungsi ini adalah fungsi memuhasabah pemerintah dan negara sekiranya ia menjalankan perkara yang menyalahi hukum syarak. Malah, ahli majlis perwakilan wajib menjadikan Parlimen sebagai platform dalam usaha untuk menghancurkan sistem, perlembagaan dan undang-undang yang dibina di atas asas kekufuran. Parlimen juga mesti dijadikan sebagai platform untuk mengingatkan manusia bahawa kewujudan undang-undang dan negara yang diasaskan atas dasar ini merupakan suatu kemungkaran, bahkan ia merupakan ibu kepada segala kemungkaran yang ada dan oleh itu ia wajib dihapuskan dan dibina di atasnya Daulah Islam yang akan berhukum dengan hukum Allah secara kaffah. Daulah yang dimaksudkan ini adalah Daulah Khilafah Rasyidah yang didirikan atas jalan kenabian.

Seseorang yang ingin menjalankan fungsi yang mulia ini tidaklah perlu merasa terkilan sekiranya tidak berjaya menjadi ahli Parlimen tersebut kerana sesungguhnya, platform untuk menjalankan fungsi ini (dakwah kepada Islam) terdapat di mana-mana dan tidak hanya terbatas di Parlimen sahaja. Bahkan dengan menjadi ahli Parlimen, seorang Muslim itu mungkin akan berubah akibat pelbagai godaan, peluang dan kekayaan yang tersedia, lantas mengganggu konsistensi dan keikhlasannya dalam menjalankan dakwah hanya untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan untuk mendapat habuan dunia.

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk muhasabah para pemerintah dan mengubah mereka melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam, yakni dengan peperangan pemikiran (sira’ul fikr) dan penentangan politik (kifah siyasi) sekiranya hukum yang dijalankan adalah selain dari hukum Allah. Sekiranya ini tidak kita lakukan, maka pastilah situasi kita akan menjadi semakin buruk dan Allah akan menghukum kita di dunia dan akhirat. Sesungguhnya mengubah keadaan (kaum Muslimin) sekarang bukanlah suatu yang mustahil, seperti mana yang kerap digembar-gemburkan oleh mereka yang jahil, pengecut dan dalam kesesatan. Mengubah suasana ini merupakan suatu yang mampu dilakukan oleh umat Islam sekiranya umat ini bertawakal kepada Allah dan menjalankan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kaum Muslimin. Janganlah rasa putus asa menyelubungi diri kita sehingga kita berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi saat ini. Janganlah kita membiarkan segala ilusi (bahawa kita tidak akan dapat berubah) ini mengalihkan pandangan kita dari berusaha untuk mengubah situasi umat dan melanjutkan kehidupan Islam serta menyebarkan Islam ke seluruh dunia melalui Daulah Khilafah yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin. Umat ini, Insya Allah akan disatukan di bawah seorang pemimpin dan kibaran bendera Islam yang satu di mana negeri-negeri kaum Muslimin yang bertaburan akan disatukan dan umat Islam akan dibebaskan dari ketidakadilan sistem kufur yang rosak kepada keadilan Islam. Maka akan wujudlah negara yang satu, Khilafah Rasyidah, yang menerapkan Islam dan menegakkan jihad sehinggalah Islam mendominasi dan mengatasi segala din (cara hidup) yang lain.

“Kepada pentadbiran Allah jualah kembali segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira - dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [TMQ Al-Rum (30):5-6]

Dipetik di : bicaramuslim.com


MALAYSIA ISTIHAR JIHAD KE ATAS ISRAEL LATNATULLAH

Selasa. 13 Jan 2009, Putrajaya.

Dengan nada tegas hari ini, Perdana Menteri telah menyinaraikan Israel dan Amerika sebagai negara paksi pengganas. Beliau juga telah memberi kata dua kepada duta Amerika seluruh negara untuk meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam. Surat rasmi telah di hantar kepada Kedutaan, kata beliau ketika merasmikan Unit Tempur Tentera Islamiyah di sini pagi tadi.

Semua pintu utama negara juga di arahkan supaya tidak menerima masuk dagangan dari Amerika. Ini adalah kerana dua negara paksi pengganas ini saling tak tumpah seperti dua beradik. Pelabur di dalam Malaysia di ingatkan supaya tidak menyalurkan bantuan kepada negara pengganas Israel dan Amerika. Jika di dapati berurus niaga, semua aset dan dagangan jual beli yang berada di dalam negara Islam akan di bekukan. Syarikat juga akan di hentikan operasi.

Apabila di tanya mengenai ekonomi, beliau berkata rezeki di tangan Allah SWT. Kita akan meningkatkan kerjasama dengan negara Islam bagi membangun ekonomi Islam sendiri. Kepada pelabur yang ingin melabur, semua di kehendaki mengikut undang-undang Islam yang telah di peruntukkan untuk menjalankan perniagaan di dalam negara.

Ketika di tanya mengenai tindakan ketenteraan ke atas Israel kerana menceroboh Palestin, Malaysia telah pun membuat persiapan lebih awal. Bagaimanapun bila serangan bermula belum di putuskan. Negara Islam adalah negara saudara dan sesiapa yang menceroboh negara Islam akan berdepan dengan perang Jihad. Itulah yang akan berlaku ke atas Israel dalam masa terdekat.

Percerobohan Palestin harus di hentikan serta merta dan tempoh 48 jam di berikan untuk keluar dari bumi Palestin dan 60 hari bagi perpindahan rakyat Yahudi untuk keluar sepenuhnya dari bumi Palestin.

Malaysia juga telah mengerakkan 170 buah Kapal Laut Perang, 48 buah Tempur Laut (submarine) kepunyaan Tentera Laut. 5800 jet pejuang milik Tentera Udara termasuk jet paling canggih yang di bina oleh sebuah syarikat milik Malaysia iaitu Helang yang mampu membawa peledak dan mempunyai senjata pemusnah bom berangkai.
Di anggarkan 370,000 anggota Tentera Darat dari perbagai unit dan termasuklah dari Unit Tempur Tentera dan Unit Sembunyi Tentera.
Buat masa sekarang, 5 buah negara telah bersetuju menghantar tentera masing-masing ke Palestin dan di anggarkan kira-kira 6 juta anggota separa tentera dan penuh tentera.

Dengan senyuman, Perdana Menteri berkata Malaysia dan negara Islam yang lain akan memastikan Israel lenyap dari peta dunia jika engkar akan arahan untuk berundur sepenuhnya dari Palestin.

Malaysia juga mempertimbangkan samada membuka permintaan dari rakyat untuk berjihad memandangkan bilangan dan sokongan ketenteraan dari negara Islam sudah memadai.

Semua ini akan di ketahui dalam masa terdekat.

AMACAM !!! RASA-RASANYA BERANI KER MALAYSIA BUAT MACAM NI !!! DAN BERANI KER ISTIHAR JIHAD KE ATAS ISRAEL !!!

PENYERAHAN MEMO KEPADA KEMENTERIAN PERTAHANAN

“Aina jundul Muslimin! Li Tahriri Falastin” (Di mana tentera Muslimin! Untuk membebaskan Palestin) “Khaibar Khaibar Ya Yahud! Jaisyu Muhammad Saufa Ya’ud” (Khaibar Khaibar Wahai Yahudi! Tentera Muhammad Akan Datang). Slogan lain yang menaikkan semangat umat Islam berserta kalimah tauhid dan takbir turut dikumandangkan hinggalah tiba ke pintu pagar utama Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah).

Kejutan dan pertama kali dalam SEJARAH MALAYSIA apabila Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan demontrasi aman bagi menyerahkan Memorendum kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia bagi menyeru Jihad di lancarkan. Ianya adalah satu-satunya jalan untuk menghentikan kekejaman rejim Yahudi Latnatullah.

Bergema laungan sesudah selesai sembahyang Jumaat di Masjid Khalid Ibnu Al-Walid di Jalan Padang Tembak.

Dengan laungan menyeru sepaya tentera-tentera Islam berjuang kerana Allah.



Kementerian Pertahanan juga mengwar-warkan pembelian dan kecanggihan peralatan ketenteraan Malaysia. Di manakah perginya semua itu, di mana di simpan semua itu. Adakah kelengkapan ketenteraan Malaysia yang di letakkan di dalam surat khabar, media masa ataupun hanya di Muzium Negara.

“Wahai Tentera Kaum Muslimin, untuk apakah senjata-senjata yang kalian miliki? Kalau bukan untuk membela saudara seakidahmu? Jika kalian tidak mahu dan bacul, maka berikanlah kepada kami, biarkan kami berjuang di jalan Allah, sama ada menang atau mati syahid”. Allahu Akbar!

Kata yang menaikkan lagi semangat untuk HTM. Perjalanan di teruskan untuk pernyerahan memorendum kepada Kementerian Pertahanan.



Penyerahan di lakukan oleh Ustaz Abdul Hakim Othman, Presiden Hizbut Tahrir Malaysia telah mengetuai delegasi umat untuk menyampaikan memorandum kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Beliau turut diiringi oleh Ustaz Umar Hussien, Sdr Tarmizi Salleh dan Sdr Norazaman Mustafar yang merupakan AJK Pusat HTM.

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Apabila seseorang memukul muka anda, mampukan anda bersabar???
Untuk kali yang pertama mungkin anda mampu bersabar, tetapi adakah mampu anda bersabar jika di lakukan beratus kali. Adakah anda masih lagi memanggil semua Menteri untuk duduk dan berbincang sedangkan dalam masa yang sama telah berkelimpangan mayat anak-anak kecil, ibu-ibu, bapa-bapa.
Berbincang cara bagaimana hendak mengambil hati Yahudi Latnatullah.

Satu-satunya jalan penyelesaian adalah "JIHAD FI SABILLAH"

" WAHAI PANGLIMA TENTERA ISLAM, TUNGGU APA LAGI!!!"
" BERJIHADLAH KALIAN SEMUA KE JALAN ALLAH!!!"
" SYURGA SEDANG MENANTIMU DI GAZA!!!"
" BERJIHADLAH UNTUK MELINDUNGI ALLAH DAN RASULNYA!!!"

"INGAT, KITA AKAN DI TANYA DI AKHIRAT KELAK DENGAN SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN!!!"

UCAPAN KECEMASAN (EMERGENCY ADDRESS) DARI PALESTINE - SECARA LANGSUNG

Khamis, 08 Januari 2009 15:14

Secara Langsung!!

Pejabat akhbar Hizbut Tahrir akan mengadakan ucapan secara langsung dari Palestin, pada hari ini iaitu Khamis 8 Januari 2009 pada pukul 9 malam waktu tempatan (atau 11 malam waktu Malaysia).

Jurucakap terdiri daripada Ahmed al-Khatib dan Dr. Maher Jabari dari pejabat akhbar Hizbut Tahrir Palestin.

Pengguna boleh mengunjung laman web khilafah.com atau laman alternatif untuk melihat siaran tersebut di http://gazaaddress.blogspot.com/.

TINDAKAN GAZA - DEMONTRASI BAGI MENYERU TENTERA ARAB BAGI MEMPERTAHANKAN GAZA


Kira-kira tiga ribu orang telah melakukan demonstrasi pada hari Ahad 4hb Januari 2009. Mereka menyeru kepada tentera-tentera Arab untuk melindungi Gaza dan masyarakat yang tidak berdosa yang berterusan dibunuh oleh tentera penakluk Israel. Demonstrasi tersebut bermula dari Paddington Green dan bergerak menuju Edgeware Road dan diakhiri dengan berberapa ucapan di Marble Arch.

Ramai yang memberi pengucapan, termasuk Mohamed Ali, CEO bagi Islam Channel, Mozzem Beg, bekas tahanan Guantanamo dan Dr Abdul Wahid dari Hizbut Tahrir, sebuah Parti Politik Islam yang menganjurkan demonstrasi tersebut. Mereka telah mendesak tentera-tentera Islam dan pihak kerajaan untuk membantu saudara Muslim di Gaza. Selepas sebulan pengepungan oleh tentera yang mengakibatkan kebuluran ratusan ribu penduduk, pengganas Zionist di Palestine ini telah membunuh lebih dari 300 orang lelaki dan wanita dan juga kanak-kanak dalam siri serangan di Gaza yang telah juga mengakibatkan ribuan yang tercedera. Di manakah pemerintah-pemerintah Muslim? Di manakah tentera-tentera Muslim? Di manakah kerajaan yang akan menjawab pembunuhan Muslimin di Gaza dan di seluruh dunia?

Sudah berbulan-bulan, rejim-rejim di dunia Islam telah diam membisu atas pengepungan Israel di Gaza. Rejim Mesir bahkan telah menghalang bantuan ke Gaza. Rejim Saudi telah memujuk penakluk dan pembunuh kejam ini dengan mempromosikan apa yang dikatakan 'proses damai', yang mana ianya tidak lebih dari proses untuk memperkuatkan cengkaman Israel ke atas wilayah tersebut. Pujukan mereka initelah dibayar dengan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel.

Tidak akan ada perundingan, resolusi dari UN ataupun kutukan yang akan dapat membebaskan Palestin dari penaklukan ini. Ketika mana penduduk Palestin yang ikhlas ini terus menerus secara berani berjuang menentang penaklukan, hanya tentera-tentera beserta kelengkapan ketenteraan dari bumi Islam, yang kini sedang disimpan di berek oleh agen-agen pengkhianat, apabila dibebaskan barulah tanah Palestin akan dapat dipertahankan. Mesir sahaja memiliki kemampuan ketenteraan untuk mempertahankan penduduk di Gaza sekiranya sebanyak 220 jet pejuang F-16 yang ia ada beserta kekuatan kententeraan seramai 450,000 orang digunakan.

Sumber: www.hizb.org.uk







































Rujukan : http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1158:tindakan-bagi-gaza-demonstrasi-bagi-menyeru-tentera-arab-untuk-mempertahankangaza&catid=38:hizb-worldwide&Itemid=59

MALAYSIA DAN NEGARA ISLAM SEPATUTNYA MEMBANTU GAZA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamulaikum W.B.T

Kemana perginya kegemilangan tentera Malaysia di saat umat Islam di Gaza di hancurkan oleh Israel latnatullah.???!!!
Di war-warkan pembelian jet pejuang Sukhoi, Kapal Selam dan pelbagai peralatan ketenteraan yang canggih. Adakah untuk pameran atau hanya untuk kegunaan mempertahankan Malaysia.
Di war-warkan juga negara Malaysia adalah negara Islam. Kenapa tidak membantu saudara Islam kita yang di tindas di Gaza. Sudah bertahun-tahun Palestin di jadikan tempat "lapang sasar" oleh tentera Isreal. Di mana negera yang menggelarkan negara mereka negara Islam. Di mana kekuatan Islam itu sendiri. Adakah kerana bukan negara kita, jadi tidak perlu kita mencampuri urusan orang lain.????
Amerika latnatullah sekalu polis dunia yang terang terang menyokong pengeboman malah membantu Israel latnatullah dari kelengkapan tentera.

Apa yang di lakukan oleh Malaysia????
Apa yang di lakukan oleh negara Islam????
Apa yang di lakukan oleh pemimpin Islam????


Jawapan paling popular adalah :

" Kita akan menghantar bantuan kemanusian selepas perang"

" Negara Islam gesa PBB campur tangan"

" Kita boikot produk keluaran mereka "

Cuba fikirkan kita berada di situasi mereka. Dalam ketakutan mereka perlukan bantuan.
Tapi begitulah jawapan yang di terima oleh mereka.

Di antara firman Allah di dalam Al-Quran :

"Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah : 193)

"Jika mereka merusak sumpah (janji)nya sesudah mereka berjanji, dan mereka mencerca agamamu, maka perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu, karena sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, agar supaya mereka berhenti." (At-Taubah : 12)

dan banyak lagi.
Di mana tentera-tentera Islam ketika ini!!!

Ketika saudara Islam kita memerlukan pertolongan, ketika orang Muslim yang hancur badannya, ketika tangisan anak-anak kecil melihat kematian ibunya, ketika bapa melihat anak gadisnya di tembak, ketika anak-anak melihat ibu-bapanya di pukul sehingga mati.

Di mana tentera-tentera Islam ketika ini!!!
Di mana negara yang menggelarkan negara mereka sebuah negara Islam!!!

Kita boleh melihat ketika ini pemimpin yang di ketegorikan jaguh kampung.
Yang hanya berani berkata-kata di dalam kampung yang penduduknya 10 orang.
Yang hanya berani menjawab dengan nada yang tinggi di dalam kampung.
Yang hanya gah di dalam TV.
Yang hanya bercerita tentang kecanggihan teknologi ketenteraan.

Wahai para pemimpin negara Islam, sedarlah akan tangungjawab kita sebagai saudara di dalam Islam.

Yang pasti adalah "MATI" dan setiap apa yang di lakukan oleh kita akan di hisab di akhirat kelak.

Wahai muslimin dan muslimat, bersatulah kita ke jalan Allah!!!
Bersatulah kita di atas kalimah Lailahaillallah Muhammadulrasulullah!!!
Bersatulah kita menuju ke arah

"DAULAH KHILAFAH"

Undang-undang manusia tidak bisa mengajar manusia menjadi manusia.
Hanya dengan hukum Allah SWT bisa mengajar manusia menjadi manusia.

SERUAN DARI HIZBUT TAHRIR TERHADAP SERANGAN GAZA




Bismillahirrahmanirrahim
Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Gaza Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Penguasa Dan Sekiranya Mereka Tidak Berbuat Demikian Maka Sesungguhnya Mereka Telah Mengkhianati Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin

Sejak tengahari Sabtu 27/12/2008, rejim Yahudi telah melakukan pengeboman kejam yang berterusan dengan menggunakan jet-jet pejuangnya ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Pengeboman ini dihadapi oleh penduduk Gaza dengan ketabahan hati dan keberanian yang tiada tolok bandingnya, mereka memikul yang gugur di atas tangan-tangan dan bahu-bahu mereka. Beratus-ratus telah syahid dan mengalami kecederaan ketika jet-jet pejuang musuh berlegar memuntahkan bom di ruang udara dengan bebas tanpa mendapat penentangan dan tanpa sedikit pun kebimbangan akan ditembak jatuh. Ini adalah kerana para penguasa kaum Muslimin telah melarang dan menghalang tentera dan jet-jet pejuang kaum Muslimin dari melibatkan diri dalam sebarang tindakbalas. Para penguasa ini hanya menjadikan jet-jet dan tentera yang ada di negeri mereka sebagai perhiasan dan pertunjukan semata-mata. Beginilah pihak Yahudi melakukan kehancuran, mengebom bangunan dan manusia, aman dari sebarang tindakbalas dan mara bahaya.

Sesungguhnya para penguasa ini telah melakukan jenayah besar dengan menjadikan masalah Palestin ini sebagai masalah orang Arab dan bukan masalah kaum Muslimin dan Islam. Mereka, sejak dari itu hanya menjadi pemerhati ‘neutral’ yang lebih condong untuk menyebelahi pihak musuh sehingga apa yang mereka lakukan adalah sesuai dengan apa yang diinginkan oleh pihak musuh, sepertimana yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Mereka hanya memerhatikan sebuah demi sebuah jet musuh melakukan pengeboman, menghitung jumlah mereka yang cedera dan terkorban serta mengeluarkan kenyataan sekadar meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ - tidak kira samada mereka ini terlibat secara langsung atau tidak dalam pemboikotan Gaza - kesemua mereka meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ yang sama. Malah penguasa Mesir (Mubarak) yang pada saat-saat sebelum bermulanya serangan, dari istananya, telah diugut oleh Livni dan pada hari berikutnya, tatkala berlaku serangan ke atas Gaza, Mubarak turut meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’!

Sungguh, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.

Hari ini mereka menyeru pula agar diadakan pertemuan bagi ‘mengkaji’ apakah tindakan yang sebaiknya atas penyembelihan di Gaza, seolah-olah tindakan yang sepatutnya dilakukan merupakan sesuatu yang tidak maklum (oleh mereka). Ada yang menyeru diadakan pertemuan, ada yang menyeru kepada pertemuan menteri-menteri luar dan ada yang menyeru kepada Majlis Liga Arab – dan semua ini, seperti biasa, akan diikuti dengan perjumpaan, makan dan minum bersama, kemudian berakhir dengan (mengeluarkan) kenyataan dan bagi para pengikut syaitan, inilah ‘penentangan yang terbaik’!

Tidak cukup dengan itu, mereka mengalihkan pandangan mereka dan meminta tanpa malu kepada Majlis Keselamatan PBB, yang terdiri dari negara-negara yang pada hakikatnya bertanggungjawab membangunkan rejim Yahudi dan menyokongnya dalam menghancurkan Palestin, tanah yang penuh berkat. Mereka mempercayai dan mengharapkan tindakan dari negara-negara ini untuk membantu Palestin dan penduduknya!!! Amat buruklah apa yang mereka hukumkan!

Sesungguhnya tindakbalas yang sewajarnya ke atas penyembelihan Gaza adalah suatu yang sudah maklum dan jelas. Keputusan untuk bertindakbalas ini tidak memerlukan sebarang pertemuan atau perjumpaan bagi membahaskannya. Ia juga tidak akan datang dari keputusan negara-negara pembina dan penyokong rejim Yahudi - tidak sama sekali - sebaliknya ia hanya akan dapat dicapai dengan menggerakkan bala tentera kaum Muslimin dan mengumpulkan mereka yang berkemampuan untuk memikul persenjataan bagi memerangi rejim yang hina ini. Tidak ada penyelesaian selain dari ini dan para penguasa mengetahui hakikat ini, namun mereka (penguasa) ini hanya ibarat kepingan kayu yang hanyut dan mereka begitu hebat dalam penipuan dan penyesatan. Dilaknati Allah-lah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?

Wahai Kaum Muslimin!

Berhati-hatilah dengan penipuan para penguasa ini. Janganlah kalian terpedaya dengan adanya demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka benarkan kerana sesungguhnya semua ini tidak membawa apa-apa makna. Seharusnya, kalian melangkah ke istana-istana mereka dengan kekuatan kalian memaksa mereka untuk menggerakkan tentera bagi memerangi rejim penyembelih ini.

Dan kalian wahai para tentera kaum Muslimin! Tidakkah kalian rindu kepada salah satu dari dua kemuliaan (syahid atau kemenangan)? Bagaimanakah kalian bisa berdiam diri tatkala saudara-saudara kalian dibunuh? Apakah penguasa yang sanggup menjual deen-nya untuk dunia, bahkan untuk dunia orang lain, dapat menghalang kalian dari membantu saudara-saudara kalian, walhal kalian mempunyai kekuatan?

Ya Allah! Ya Allah! Wahai Para Tentera!

Hizbut Tahrir menyeru kalian agar menuju kepada kemuliaan dunia dan akhirat! Pertolongan adalah dari Allah dan kemenangan yang hampir atau syurga yang keluasannya seluas langit dan bumi disediakan untuk mereka yang bertakwa. Wahai para tentera,

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Inilah bagaimana seharusnya pertolongan diberikan kepada penduduk Gaza dan inilah tindakbalas yang sewajarnya untuk penyembelih Gaza. Inilah juga cara untuk memecahkan pemboikotan ke atas Gaza dan dengan cara inilah juga Allah akan mengubati hati-hati kaum Mukminin.

“Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allah” [TMQ al-Anbiya’ (21):106].

Ya Allah! saksikanlah sesungguhnya kami telah menyampaikan.

1 Muharram 1430 (28hb Disember 2008)
HIZBUT TAHRIR
*Seruan ini adalah terjemahan dari Bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir kepada seluruh dunia
Last Updated ( Jumaat, 02 Januari 2009 13:18 )