SEMINAR PENGHAYATAN ISLAM

Seminar anjuran Hizbut Tahrir Malaysia akan di adakan seperti di atas. Ia terbuka kepada semua muslimin dan muslimat dan masuk adalah "PERCUMA".

Datanglah bersama keluarga dan sahabat anda bagi mendekati program Hizbut Tahrir dan jemputan ini juga kepada mereka yang suka "mengadakan cerita kurang senang" mengenai HT. Antum juga di jemput menghadirinya bagi menilai sendiri kehidupan Islam yang di bawa oleh HT.




PAMAN SAM



Ini foto Paman Sam

Aku jumpa di laci generasi kelabu

Dirakam puluhan tahun dahulu

Ketika itu Paman Sam masih gantang

Tiada siapa berani menentang

Jika dia menuding

Pasti akan ada yang terkencing!

Sekali dia mengherdik

Seantero dunia henti berdetik!

Itu belum lagi jika dia mencubit

Sudah tentu ada yang tercirit-birit!

Suara Paman Sam

Ketika itu terlalu merdu

Bak suara buluh perindu

Bila dia mengalunkan lagu kebebasan

Ramai yang tenggelam dalam keasyikan

Gaya Paman Sam mengatur rumah tangganya

Ketika itu memang flamboyan

Tidak hairanlah jika dia menjadi gilaan

Pergaulan antara anak lelaki dan perempuannya liberal

Ekonomi rumahnya kapitalis

Peraturan dalam rumahnya sekularis

Penghuni kamar utama ditentukan secara demokratis

Waduh! Paman Sam

Engkau ketika itu ibarat ARTIS!

Jualan album mu selalu laris.

Nak tahu betapa hebatnya si Paman Sam ini?

Dia pernah bergusti tangan dengan sang Beruang

Dan dia keluar sebagai pemenang

Akhirnya porak-peranda rumah tangga pihak lawan

Akibat kalah wang pertaruhan

Nak tahu lagi betapa hebatnya si Paman Sam ini?

Pernah dia turunkan tandatangan pada sekeping kertas tandas

Lalu dia bertempik, ”Ini adalah wang kertas!”

Astaga! Seantero dunia boleh percaya!

Dan menganggap kertas tandas itu berharga!

Tidakkah ini HEBAT namanya?

Itu cerita dahulu

Telah bertahun berlalu!

Hari ini,

Paman Sam tidak lagi bergensi

Dia sudah terlalu tua kini

Taringnya sudah berganti gusi

Cakarnya sudah tidak seperti besi

Lampin kencingnya pun kini sudah lama tidak berganti

Entah kan esok atau lusa…menanti hari

Samseng Dunia itu akan pergi

Bersedialah kamu wahai Umat, untuk mempersiapkan diri

Keluarlah dari kamar tidurmu dengan wajah penuh berseri

Aturlah rumah tanggamu sendiri, dengan wahyu sebagai aspirasi

Tanpa campur tangan dari Paman Sam lagi.

Fikrul Mustanir

Maharani

23 April 2009


Sumber : http://muhammadghazi.wordpress.com/

KERANA AL-QURAN DAN SUNNAH HT DI FITNAH.



INI BUKANLAH AMARAN TETAPI PERINGATAN

Respon kepada mereka yang tidak pernah menghadiri program HT tetapi bercakap mengenai HT.

Pengalaman ana bersama HT, tidak pernah ada satu arahan pun yang menyeru ana menjauhkan diri dari saudara seIslam ana. Ana juga tidak pernah mendapat arahan supaya memutuskan silatulrahim sesama Islam. HT hanya menjelaskan apa yang sepatutnya kita sebagai hamba kepada Pencipta lakukan. Puas dan jelas sekali apabila setiap yang di terangkan di sertakan dengan Al-Quran dan Hadis. Adakah salah jika HT menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai cara hidup.... salahkah???

JIKA SALAH, BERIKAN HUJAH ANTUM SEMUA BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS...

---------------------------------------------

Terlalu banyak fitnah yang di lemparkan kepada Hizbut Tahrir.
Jadi janganlah antum semua terkejut apabila menbacanya.
Berikut adalah fitnah yang dapat di kumpulkan.

1. HT membolehkan cium perempuan ajnabi (bukan mahram).
2. HT menolak hadis ahad.
3. HT mengatakan semua orang yg mengambil demokrasi sebagai kafir.
4. HT menghalalkan zina.
5. HT sesat
6. HT muktazilah
7. HT khawarij.

dan pelbagai lagi tuduhan yang di lemparkan.

Dari pengamatan kami fitnah-fitnah sebegini timbul kerana kerana:-
(1) Kejahilan penulis/penceramah tentang Hizbut Tahrir, namun ingin mengatakan sesuatu tentang Hizbut Tahrir
(2) Penulis/Penceramah mendapat maklumat yang salah tentang HT dan terus menyampaikan apa yang didengarnya, tanpa memeriksa terlebih dahulu kesahihan maklumat tersebut.
(3) Kedengkian dan sifat busuk hati serta permusuhan yang ada pada penceramah/penulis melihat perkembangan dakwah HT yang semakin baik, lalu cuba menabur fitnah agar orang menjauhi HT.
(4) Penceramah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk pihak kerajaan untuk memburuk-buruk dan menfitnah HT.
Kami yakin bahawa jika penulis/penceramah tersebut adalah seorang yang ikhlas, maka mereka pasti tidak akan menulis/bercakap tanpa usul periksadan tanpa niat yang jahat/dengki.

Persolannya.

Jika benar apa yang di katakan maka ana cabar antum semua kemukakan bukti sahih yang HT bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis.
Bukti haruslah sahih dan di keluarkan melalui percakapan (rakaman video/audio) atau tulisan (laman web rasmi). Sertakan bukti tersebut kepada ana.

Jika dari audio atau video, buktikan dia adalah syabab HT.

Ana sudah muak dengan mereka yang hanya pandai bercakap tanpa bukti.

Demi Allah..... jika sesiapa yang dapat menunjukkan bukti kesesatan HT maka ana akan tinggalkan (bukan bermaksud memutuskan silatulrahim) tetapi jika tidak dapat membuktikannya, demi Allah jugalah ana akan menuntutnya di akhirat kelak.

Jangan hanya bercakap di ceramah tanpa bukti kerna semua manusia boleh bercakap. Kemukakanlah bukti...

DEMI ALLAH, ANA MINTA KEMUKAKAN BUKTI...

Emailkan kepada ana : jebbat@gmail.com

SEBUAH CERPEN : TERDAMPAR DI DARUL TAQWA



Cerpen ini adalah sebuah cerpen lama yang ada dalam simpanan ana.
Jadi bagi mereka yang belum terfikir bagaimana kehidupan Islam, bolehlah membacanya.

InsyaAllah.

--------------------------





TERDAMPAR DI DARUL TAQWA


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan
tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku
kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan
purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya
yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu
kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas
itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu
separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas
berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk
Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum
Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti
didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian
putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah,
kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini .
Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru
berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus
hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah
pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter
bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus
bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur
bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.
Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-
manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku
mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati
Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya
kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah.
Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin,
budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu
terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr.
Johar. Budak itu membuka mulut hendak
menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah
kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar
dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan
segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur
biru.


"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa
mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah
ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul
Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik.
Kebersihan itu lambang iman.




Negara ini menitik beratkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali
subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100
kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.
Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-
undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh
pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-
cengang. Namun egonya membumbung tinggi.
Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang
kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa
gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya
angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana
gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman
ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan
matlamat," kata pegawai berjanggut dan
berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak
tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman
dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?"
Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati
Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari
yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak
perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah.
Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan
segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre
Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis
Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan,
lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia
yang ketinggalan zaman.


"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin.
Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah
keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau.
Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni.
Moyang-moyang kami dulu saja yang
pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang
kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat
gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku
sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat
zaman moden ini dah berpakaian macam yang
kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu
kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin
kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti
darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu
kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia
bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan
budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan
Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih
ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di
sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan
Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai
Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah
untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar
ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi
Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi
jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia
mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan
itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi.
Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang
nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan
pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam
dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki
pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai
penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya
Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan.
Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di
Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru
datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr.
Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka
tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga ,
lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia
mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-
tiba ia terdengar suara komputer dari sound
system di tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk
Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar
berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir
miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari
ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak
akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit,
mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke
sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan
pelanggan. Semuanya berserban dan
berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua
itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini
untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki
dipisahkan daripada perempuan."Mukanya
dicemekkan kepada tuan kedai yang
menegurnya. "Ada restoran lain yang
mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan
perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan
macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang
lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan
merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah
berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan.
Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah
menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau
tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila
masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus
untuk makan bersama isteri dan anak
perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban
dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi.
Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis
malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-
nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub
sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan
Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang
berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...
Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil
mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya
bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -
gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar.
Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani
sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu
kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala
makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya
pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu
ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada
meja makan hanya hamparan permaidani tebal
dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi.
Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku
tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan
ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain
putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi
rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan
makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV
dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri
bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana
Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang
jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan
wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam
tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat
yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia
nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak
sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana.
Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang
pun tak mahu terima sedekah ana "
Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin
yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka
patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah
kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini.
Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia
orang tak sudi pula terima sedekah kita."
"Oh...!" keluh seorang yang sama-sama makan
dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup
zaman moyang kita dulu, kan dapat kita
korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat
harta ni melalui warisan daripada bapa, yang
diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya.
Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek
negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan
kementerian-kementeriannya.... saya nak labur
habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata
pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun
makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi
sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ...
berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya
terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan
kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata
pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor
ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri?
Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di
restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada
khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga
para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika
berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya
bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan
akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat
pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya
perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya?
Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990
dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa
menghidapnya....."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat
cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di
mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem
komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa
saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau
pasal bil. Percuma."
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah
hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai
butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.
Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat
disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan
pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih
kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden
Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau
otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna
hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar-
KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul
nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT,
ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH
PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA
Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu
macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-
lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes
hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus
menekannya. Tertera di atas skrin komputer:
RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.
Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI
MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA,
KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI….. Kepala
datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang
Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot
sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda
berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling
hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda
sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar.
Telinganya dihalakan kepada sistem suara di
dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu
kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang
mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya
kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda
berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-
rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan
pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak
mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan
berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia
hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang
boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada
harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank.
Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri
terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang
lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim
kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila
aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas
meluru keluar dari restoran itu. Di luar, semua
pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang
kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyum
kepadanya. Pilot helikopter dengan
tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk
dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak
papan iklan dengan tulisan yang
jelas :"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA
DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang
gambar seorang lelaki dan perempuan berserta
anak-anak meraka. Semuanya berserban,
berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah
dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu
seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi
begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa?
Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba
menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian
tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita
buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu
menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya
Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka
tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu
pilihanraya..."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok
lagi matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA
DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"


  • Khilafah atas Manhaj Kenabian - Janji Allah dan Rasul-Nya

    "Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Allah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

VIDEO " ILA MATA " (SAMPAI BILA)

VIDEO KHAS

Video ini di bawakan khas kepada anda bagi menunjukkan bahawa kita sedang berada di ambang kehancuran. Hizbut Tahrir hadir di tengah-tengah kehidupan manusia bagi mengajak anda bersama membina sebuah negara yang bergelar " DAULAH ISLAMIYAH ".

--------------

Ayah di tembak, kakak di rogol, bayi di bunuh kecam, adik di gantung, abang di heret da jalan raya.....................

Bayangkan ini semua berlaku kepada keluarga anda!!!
Siapa yang harus di persalahkan???














INIKAH YANG KITA MAHU???





Berakhir sudah ABPBH baru-baru ini. Seperti yang di ketahui umum Nabil merangkul 3 anugerah (klu tak salah sebab ana tak tengok) dan menjadikannya artis paling popular. Walau bagaimanapun insiden yang memalukan tidak di jangka berlaku apabila Nabil dengan selamba memeluk kekasihnya Ima.

Nabil yang lahir dari sebuah keluarga berbangsa Melayu dan beragama Islam telah lupa nilai-nilai agama. Beliau hanya memenangi Anugerah dan belum lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia, Nabil tidak dapat mengawal keseronokannya dan terus lupa akan nilai seorang Muslim.

Memalukan lagi apabila seluruh Malaysia melihat apa yang di lakukan. Beginikah sifat seorang Muslim???

Persoalannya sekarang, ADAKAH KEHIDUPAN YANG SEBEGINI YANG KITA MAHU???

Berpelukan dengan bukan muhrim, ranjang di televisyen, cium, seks bebas, samseng, DVD lucah berleluasa, anak gadis berpeleseran di shopping komplek dan pelbagai lagi gejala sosial yang timbul. Yang terbaru di Pulau Pinang apabila bayi yang berusia 3 bulan (kalau tak salah) di humban ke dinding.

Inikah yang kita mahu.???

Melakukan seks bebas atas dasar suka sama suka. Apabila bertegang urat, gadis buat repot polis yang dia di rogol. Lelaki di tangkap sedangkan gadis hanya tersenyum sinis. Sepatutnya kedua-dua di kenakan hukuman sebat kerana berzina.

Inikah yang kita mahu.???

Kebanyakan Muslim hari ini hanya ingin menjadi bapa. Mereka tidak pernah terfikir yang mereka akan menjadi datuk. Jika cucu kita bertanya...

"atok, apa itu mandi wajib???"

Kita sendiri tidak tahu kerana kita jahil dalam agama. Apa perasaan anda ketika itu.

Inilah yang terjadi sekarang ini. Bagaimana pula keluarga Ima yang melihat anak gadisnya yang di peluk di khalayak ramai. Bayangkan nenek dan atok Ima melihatnya.

Ya Allah, aku mohon kepadaMU... jika benar jalan yang ku pilih ini maka tegakkanlah
Daulah Khilafah di bumiMU ini supaya dapat kami lihat kehidupan Islam yang sebenarnya...
Ya Allah, dengan izinMU... kau berilah petunjuk kepada mereka yang masih lalai, yang masih hitam hatinya, yang masih bongkak dan sombang. Ya Allah, kembalikanlah mereka ke jalan yang benar.
Hanya Allah yang kami sembah dan hanya dari Allah kami minta pertolongan.
Amin....

KENALI BENDERA ISLAM

Sejarah Kewujudan Bendera Malaysia

Walaupun setiap warganegara dari anak kecil hinggalah ke warga emas umumnya mengenali bendera Malaysia, tetapi mungkin sebahagian besar sebenarnya tidak menghayati sejarah bagaimana bendera Malaysia boleh wujud. Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dari sini, satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir. Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quater with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet". (Pada pandangan majlis ini, bendera Persekutuan Tanah Melayu adalah seperti berikut:- Sebelas jalur berbelang putih dan merah. Jalur teratas adalah merah dengan sudut berwarna biru yang mengandungi bulan sabit serta bintang pecah sebelas berwarna kuning; saiz rasmi bendera adalah enam kaki kali tiga kaki). Samada kita sedar atau tidak, satu fakta yang tidak tertulis (atau sengaja tidak ditulis) di dalam sejarah ialah perihal keadaan politik di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu yang begitu ‘aman’ di bawah naungan British!! Dalam keadaan negara sedang dijajah, pertandingan mencipta bendera masih boleh dilakukan. Akhbar pula dengan aman boleh melakukan pungutan suara dan masyarakat juga secara aman boleh memberikan pandangan masing-masing. Keadaan politik nampaknya begitu stabil. Di manakah pejuang-pejuang kemerdekaan, di manakah pemberontakan, di manakah peperangan? Bukankah kita sepatutnya menyaksikan satu ’pertempuran’ sedang berlaku demi sebuah kemerdekaan? Di manakah semua itu? Nampaknya masyarakat sudah berada di dalam sebuah ’kenikmatan’ walaupun tanpa sebuah kemerdekaan.

Berbalik kepada sejarah bendera, tercatat secara resminya bahawa rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu tersebut telah mendapat kelulusan King George Vl pada 19 Mei 1950. (King George VI atau nama penuhnya Albert Frederick Arthur George Windsor merupakan Raja yang memerintah United Kingdom of Great Britain pada waktu itu sehingga kematiannya pada tahun 1952). Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George Vl.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Sebelum itu, satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan bahawa rekabentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963. Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka, Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu telah memberi nama baru kepada Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Wahai kaum Muslimin! Itulah hakikat sejarah kewujudan dan perkembangan bendera Malaysia. Jika rakyat Malaysia ’dipaksa’ untuk berbangga dengan kemerdekaan yang dikecapi setiap kali menjelang kemerdekaan, lain halnya dengan bendera di mana rakyat dituntut untuk berbangga dengannya pada setiap masa. Saudaraku, pandanglah dengan pandangan Allah, berfikirlah dengan hati yang bersih, jauh dari segala kekotoran duniawi, adakah kalian berbangga dengan bendera Malaysia yang ’diluluskan’ pemakaiannya oleh British? Tidakkah kalian nampak bahawa negara British yang kafir itu tidak akan melepaskan kalian sedikit pun dari genggaman mereka? Mereka menentukan segala-galanya untuk kita dari cara berpakaian, bertingkah laku, bergaul, bermuamalat, penerapan undang-undang, sistem dan sebagainya. Sehingga persoalan bendera yang sebenarnya merupakan salah satu syi’ar Islam pun ditentukan oleh mereka. Di lihat dari aspek manapun, benarlah firman Allah tentang mereka,

”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti milah mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].


Bendera Dan Panji-Panji Negara Islam Sejak berkurun lamanya dan sehingga sekarang, setiap negara di dunia akan mempunyai bendera negara masing-masing, sebesar atau sekecil mana sekalipun negara tersebut. Tidakkah ini akan membuatkan kita terfikir atau tertanya-tanya – adakah Negara Islam pertama di dunia yang telah ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah mempunyai bendera? Jika ya, bagaimanakah spesifikasi bendera tersebut dan apakah hukum pengambilannya? Jika di zaman Khilafah dulu, anak-anak kaum Muslimin dibesarkan tanpa perlu diajar bahawa bendera umat Islam adalah bendera Rasulullah, kerana itulah apa yang mereka lihat. Namun di zaman ini, anak-anak kita dibesarkan dengan diajar dan dipaksa menerima bahawa bendera kita adalah bendera yang telah ditentukan oleh penjajah, si kafir British. Jadi, tidak hairanlah jika kita atau anak-anak kita tidak mengenali bagaimanakah bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah di antara kejayaan si kafir penjajah. Mereka berjaya membuatkan umat Islam lalai dan terus lupa akan wujudnya bendera Islam yang sebenarnya.

Negara Islam sememangnya mempunyai bendera (al-liwa’) dan juga panji (ar-rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam semasa tegaknya Daulah Islamiyyah pertama di Madinah al-Munawwarah. Secara bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut 'alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-'alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa' adalah al-'alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai alwiyah. Secara syar’i, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu iaitu:-

(1) Bendera (Liwa'): adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.

Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Dari Jabir, "Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa') berwarna putih." [HR Ibnu Majah]. An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.

2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]. Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.

Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, "Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan."

Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, "Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat."

Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam." Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.

Wahai kaum Muslimin! Itulah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat. Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita ucapkan di kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.....kalimah ”LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!.

Bendera sebagai syi’ar Islam

Dulu kaum Muslimin hanya hidup untuk Allah dan mati untuk Allah. Mereka benar-benar memahami ayat-ayat Allah bahawa mereka dicipta hanya untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu, mereka tidak ragu-ragu untuk menyerahkan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka menyertai peperangan demi peperangan untuk menyebarkan risalah Allah dan rahmatNya. Mereka membuka negeri demi negeri untuk menyatukannya ke dalam Daulah Islam. Dalam setiap peperangan dan pembukaan negeri-negeri, mereka tidak pernah lalai dari membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah bendera yang mereka warisi dari Nabi mereka dan mereka sanggup mati dengan bendera di tangan. Sebagaimana lagu dan irama, peperangan dan bendera merupakan suatu yang tak dapat dipisahkan.

Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, ”Jika Zaid gugur, maka Ja’far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja’far gugur, maka Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.” Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat samada harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.

Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani, ”Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justeru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid.” Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.

Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur. Bendera segera diambil oleh Ja’far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, Ja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, ”Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus mengetuai pasukan.

Wahai kaum Muslimin! Begitulah secebis kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah. Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Marilah kita kembali mengibarkan bendera kita, bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bendera yang dicipta atas perintah Allah, bukannya ciptaan aqal manusia, apatah lagi dicipta hanya melalui satu pertandingan. Inilah bendera yang selayaknya bagi umat Islam. Kita adalah umat Rasulullah, maka tunjukkanlah rasa kasih dan sayang kita kepada Rasul kita dengan kembali mengibarkan bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bayangkan wahai kaum Muslimin, jika Rasulullah ada bersama kita, sanggupkah kalian berada di belakang Rasulullah dan mengibarkan bendera selain dari bendera Rasulullah? Walhal dengan bendera inilah Rasulullah telah menyatukan seluruh umat manusia yang mengucap kalimah yang tertera padanya. Kibaran bendera inilah yang telah membawa risalah Allah ke seluruh pelusuk dunia. Dengan melihat bendera inilah jantung musuh-musuh Islam berdegup kencang menanti saat kehancuran mereka. Bendera ini telah dibawa dan dijulang oleh para pejuang Islam di kala mengembangkan agama Allah. Inilah satu-satunya bendera kita, bendera Rasulullah, bendera Islam, bendera Negara Islam, bendera Daulah Islam!! Kita telah melihat bendera ini dikibarkan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia seiring dengan perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah.

Kita juga melihat bendera ini berkibar di Malaysia oleh para pejuang Islam yang berusaha ke arah yang sama. Semoga kita akan dapat melihat bendera ini dikibarkan oleh para pemimpin kaum Muslimin di seluruh dunia termasuk Malaysia walaupun sebelum berdirinya Khilafah. InsyaAllah, setelah Khilafah berjaya ditegakkan, kita akan melihat bendera ini sekali lagi dikibarkan dengan penuh bangga dan kesyukuran. Air mata terharu dan kegembiraan akan menitis pada hari itu, hari di mana sistem Allah telah kembali ke muka bumi. Bendera ciptaan Allah ini akan kembali meliuk-meliuk ditiup angin di udara dan akan berkibar dengan megahnya. Inilah hari kemenangan Islam, hari yang Allah menurunkan pertolonganNya ke atas kaum Muslimin yang bersungguh-sunguh berjuang demi menegakkan agamaNya. Inilah hari yang kita berusaha siang dan malam untuk menggapainya dan kita benar-benar menanti akan kedatangannya. Inilah hari Daulah Khilafah ’ala minhaj nubuwah yang kedua kalinya, kembali muncul menerajui dunia untuk membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Maha Suci Allah yang akan mengembalikan hari tersebut kepada kita semua. Amin ya Rabbal alamin.

Sumber : www.mykhilafah.com

SN166 - HUKUM MENYAMBUT MAULID AL RASUL

[SN166] Saban tahun kita menyaksikan hari kelahiran Junjungan Besar kita, Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam disambut dengan penuh meriah. Bukan sahaja di Malaysia, malah di banyak negara umat Islam lainnya, sambutan kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam atau lebih dikenali dengan maulid al-Rasul diraikan dengan mengadakan perarakan secara beramai-ramai oleh umat Islam. Di ibu negara tahun ini, seramai 10,000 orang dijangka menyertai perarakan dan perhimpunan peringkat kebangsaan di Stadium Putra, Bukit Jalil, bertemakan ‘Menjana Ummah Gemilang’. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Najibah Abdul Mutalib, berkata majlis sambutan akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Perarakan akan disertai 103 kontinjen daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan, kelab, institusi pengajian tinggi, institusi latihan dan kemahiran serta pelajar sekolah dari sekitar Lembah Klang, katanya dalam satu kenyataan. Mereka akan memulakan perarakan sambil berselawat dari padang letak kereta, Stadium Hoki ke Stadium Putra [BH 19/03/08].

Dalam pada umat Islam sibuk meraikan sambutan maulid al-Rasul, tidak banyak di kalangan mereka yang mengambil inisiatif untuk mengkaji sama ada tindakan mereka ini bertepatan dengan Islam atau tidak. Jarang sekali mereka membuka kitab dan hadis untuk meneliti apakah hukumnya menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam. Kebanyakan kaum Muslimin lebih suka mengambil sikap untuk bertaklid buta dan hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh orang lain. Bagi sebahagian yang lain pula, walaupun tidak setuju dengan apa yang dilihat di depan mata, tetapi tidak cukup berani untuk mengambil tindakan menentang arus. Masih ramai dari kalangan kaum Muslimin yang kerana ‘mengikut arahan’, terpaksa pejam mata dan turun untuk berarak. Bagaimanapun, suatu yang tidak dapat dipertikaikan dewasa ini adalah, kita menyaksikan semakin ramai dari kalangan umat Islam yang sudah mula mempersoalkan sambutan maulid al-Rasul ini, walaupun sebahagian besar masih lagi suka menjadi pak turut. Atas dasar ini, Sautun Nahdhah minggu ini akan menyuntik sedikit kesedaran kepada kaum Muslimin agar pemikiran yang masih lagi terkongkong dengan kejahilan, kemalasan dan kejumudan akan kembali kepada hukum Allah yang benar di dalam menilai setiap tindakan yang akan diambil.

Sejarah Sambutan Maulid al-Rasul

Sesungguhnya bagi setiap orang yang memerhatikan hadis Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam dan sirah baginda, maka ia akan mengetahui bahawa Nabi sama sekali tidak pernah memerintahkan perayaan/peringatan maulid (kelahiran) baginda. Akan tetapi orang-orang yang berdusta atas nama Rasul telah meriwayatkan banyak hadis maudhu’ (palsu) yang tidak pernah dikenal atau dihafal oleh para muhaddisin, kemudian dijadikan mereka sebagai dasar perayaan/sambutan maulid Nabi, seperti hadis (palsu), “Barangsiapa yang mengagungkan hari kelahiranku, maka wajib baginya (mendapat) syafaatku pada hari Kiamat” atau hadis palsu, “Barangsiapa yang menginfaqkan satu dirham pada hari kelahiranku, seakan-akan ia menginfaqkan emas seberat gunung Uhud”. Terlaknatlah mereka yang sengaja mendustakan Rasulullah dengan meriwayatkan hadis-hadis yang tidak pernah diucapkan oleh baginda. Dosanya di sisi Allah amat besar, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah dalam hadis mutawatir yang masyhur, “Barangsiapa yang berdusta atasku secara sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka”.

Rasulullah tidak pernah mengagungkan hari lahir baginda. Baginda juga tidak pernah mengkhususkannya dengan apa-apa aktiviti taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) baik solat, puasa, zikir, membaca al-Quran mahupun mengadakan perarakan. Baginda juga tidak pernah memerintahkan kepada kaum Muslimin untuk menyambut/merayakan hari kelahiran baginda. Juga, baginda tidak pernah memerintahkan untuk melakukan perkara di atas atau untuk bersedekah, memberi makan atau menyembelih haiwan. Maka termasuk suatu yang pasti bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam tidak pernah menyambut hari kelahiran baginda. Kaum Muslimin juga tidak melakukannya selama masa Nabi masih hidup atau sehingga tiga generasi sesudah itu, walhal mereka adalah generasi terbaik yang dijamin oleh Rasulullah, sebagaimana sabdanya, “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya, kemudian datang kaum yang tidak ada kebaikan di dalamnya” [HR Thabari].

Bagi mereka yang mengamati sejarah, mereka akan dapati bahawa acara sambutan maulid al-Rasul tidaklah masuk ke negeri kaum Muslimin kecuali pada masa kebelakangan sesudah itu, kerana terpengaruh dengan orang-orang Nasrani yang menyambut kelahiran Nabi Isa alaihi salam. Menurut catatan sejarah, orang yang pertama sekali mengadakan acara sambutan ini adalah al-Muiz Lidinillah al-Fathimi pada tahun 362H di Mesir. Dia adalah seorang dari aliran Ismailli bathini yang mengikuti fahaman kebatinan dari aliran Ismailiyyah yang telah keluar dari Islam. Perayaan ini terus berlangsung sehinggalah dibatalkan oleh panglima pasukan yang mulia Badrul Jamali pada tahun 488H di masa Khalifah Al-Musta’li Billah. Keadaan ini tidak bertahan lama sehingga perayaan ini diamalkan semula pada tahun 495H. Manakala di Iraq, orang yang pertama mengadakan sambutan maulid Nabi adalah Raja Al-Muzaffar Abu Said Kukuburiy bin Zainuddin Ali bin Baktakin pada abad ketujuh hijrah, namun ada pendapat yang menyatakan pemulanya adalah Syeikh Umar bin Muhammad al-Mala’ al-Irbali di kota Irbil, Iraq. Diriwayatkan dari Ibnu Katsir, “bahawa dia (Al-Muzaffar) melakukan perayaan maulid Nabi pada bulan Rabiul Awal dengan perayaan yang meriah” [Al-Bidayah wa al-Nihayah Fi al-Tarikh, juz 3 hlm 131]. Ibnu Khalkan menyebutkan dalam Wafiyyati al-A’yan, bahawa al-Hafiz Ibnu al-Khatthab bin Duhayyah datang dari Maghribi dan masuk ke negeri Syam dan sampai ke Iraq pada tahun 604H. Di Iraq, dia mendapati penguasa Iraq Muzaffaruddin bin Zainuddin meyakini maulid Nabi, maka ia menulis kitab kepadanya, al-Tanwir Fi Maulidi al-Basyiri al-Nadiri dan ia membacakannya sendiri kepada Muzaffar, lalu Muzaffar membalasnya dengan seribu dinar [Al-Hawi Li al-Fatawi, Imam al-Suyuthi, juz 1 hlm 189].

Para ulama ahli sejarah bersepakat bahawa yang pertama kali melakukan sambutan maulid al-Rasul, kemudian berkembang di tengah-tengah kaum Muslimin, adalah golongan al-Ubaidiyyun di Mesir dari kelompok Ismailiyyah yang kafir (lebih dikenali dengan sebutan al-Fathimiyyun) yang keberadaannya merupakan bencana bagi kaum Muslimin. Mereka memisahkan Mesir dari Khilafah Abbasiyyah dan mendirikan di sana sebuah negara khas yang bercirikan kelompok mereka sahaja. Aliran kebatinan ini, setelah mendapat kuasa, mereka berusaha merubah Daulah Islam menjadi negara kebatinan kufur dan berjalan sesuai dengan hukum-hukum mereka yang batil. Termasuk di antara bid’ah yang mereka ada-adakan adalah perayaan hari al-Ghadir, hari raya Nairuz (hari raya Parsi), hari raya al-Khamis (termasuk hari raya Nasrani) yang mereka jadikan salah satu dari hari raya kaum Muslimin. Mereka juga turut menyambut hari kelahiran Ali bin Abi Thalib, al-Hassan, al-Hussin, Fathimah, maulid Khalifah al-Qaim bi Amrillah, hari raya tahun baru Hijrah dan lain-lain lagi.

Pendapat Ulama Tentang Maulid al-Rasul

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang hukum menyambut maulid Nabi, tetapi disebabkan keterbatasan ruang, kami hanya akan mengutip beberapa pendapat yang masyhur sahaja. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj, Ibnu Katsir, Ibnu Abaad, Ibnu Marzuq, al-Subki, Abu Syamah (guru Imam Nawawi), Ibnu Duhayyah, al-Suyuthi, al-Sakhawi dan beberapa ulama lain lagi membolehkan sambutan hari kelahiran Nabi dengan syarat sambutan tersebut bersih dari segala aktiviti kemungkaran. Manakala Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, al-Syatibi, al-Abdari dan beberapa ulama lain mengharamkan sambutan maulid ini. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj dan al-Sakhawi setuju bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah, tidak pula pada zaman sahabat dan generasi sesudah mereka. Namun begitu, mereka menilai bahawa sambutan maulid Nabi ini sebagai bid’ah hasanah (bid’ah yang baik), dan akan menjadi bid’ah dhalalah (bid’ah yang sesat) jika mengandungi kemungkaran. Sebahagian besar ulama memandang bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah muharramah (bid’ah yang haram). Mereka juga berpendapat bahawa segala perbelanjaan harta (infaq) untuk sambutan maulid adalah haram. Yang paling masyhur di antara para ulama yang menyatakan hal ini merupakan bid’ah dhalalah adalah Tajudin Umar bin Ali al-Lakhami al-Sakandari al-Maliki yang terkenal dengan panggilan al-Fakihani. Beliau mengarang kitab berjudul al-Maurid fi al-Kalami ala Amali al-Maulid yang memuat jawapan dari pelbagai pertanyaan oleh masyarakat.

Di dalam kitab tersebut, terdapat soalan tentang maulid berbunyi; “apakah ada dasarnya menurut syara’ ataukah hal itu merupakan bid’ah dalam agama?”. Maka Tajudin menjawab, “Saya tidak mengetahui adanya dasar syar’i untuk sambutan maulid baik dalam Al-Kitab mahupun Sunnah, begitu pula tidak ada satu riwayat pun dari salah seorang ulama umat yang menjadi teladan dalam urusan agama, yang berpegang teguh pada atsar (peninggalan khazanah) orang-orang terdahulu yang mendukung, bahkan hal itu (sambutan maulid) merupakan bid’ah. Bukan termasuk kewajipan yang sesuai dengan ijmak, tidak pula sunnah kerana hakikat dari sunnah (mandub) adalah tuntutan syara’ tanpa adanya celaan bagi yang meninggalkannya. Mereka yang mengadakan maulid tidak mendapat izin dari syara’ untuk menyambutnya. Para sahabat tidak pernah melakukannya, begitu pula para tabi’in tidak melakukannya. Para ulama pun tidak melakukannya. Begitulah sesuai yang saya ketahui...” [lihat Al-Hawiy li al-Fatawi, Imam Suyuthi, juz 1 hlm 190]. Imam Suyuthi sendiri mengarang makalah tentang maulid dengan judul Husnu al-Qasdi fi Amali al-Maulid, di mana di dalamnya beliau menjawab hukum maulid di mana beliau cenderung kepada membolehkannya. Imam Suyuthi menilai berkumpulnya manusia untuk membaca Al-Quran dan pelbagai riwayat atau khabar (hadis) Rasulullah, kemudian ada jamuan makan di dalamnya sebagi bid’ah hasanah, sebab di dalamnya terdapat pengagungan terhadap kedudukan Rasulullah dan menampakkan kegembiraan akan kelahiran baginda. Beliau mengupas pendapat al-Fakihani dan membantahnya.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang hidup hingga awal abad ketujuh hijriyah (meninggal tahun 728H) pula berpendapat, “Apa yang diada-adakan oleh sebahagian orang dalam aktiviti maulid, kadang-kadang menyerupai Nasara dalam menyambut kelahiran Nabi Isa as, dan kadang-kadang sebagai ungkapan kecintaan dan pengagungan kepada Nabi, bukan untuk bid’ah seperti menjadikan hari kelahiran baginda sebagai hari raya Nabi (maulid), meskipun tanggal kelahiran baginda masih diperselisihkan oleh ulama. Namun sesungguhnya sambutan maulid itu tidak pernah dilakukan oleh orang-orang terdahulu dari generasi salaf (sahabat, tabi’in dan tabi’i tabi’in) padahal merekalah yang lebih berhak melakukannya jika itu diperlukan, dan tidak ada suatu apa pun yang dapat mencegah mereka melakukannya. Andaikata itu merupakan satu kebaikan yang pasti atau kuat dugaan kebenarannya, nescaya generasi salaflah yang paling berhak dari kita untuk melakukannya, kerana mereka termasuk orang-orang yang paling kuat kecintaannya dan pengagungannya kepada Nabi dan dari segi mengerjakan kebaikan, mereka lebih memerhatikan hal ini dari generasi-generasi Islam lainnya. Kesempurnaan dan kecintaan kaum Muslimin dan pengagungan mereka kepada Nabi seharusnya nampak dalam peneladanan, ketaatan dan pelaksanaan perintah Rasul. Termasuk dalam hal ini adalah menghidupkan sunnah Nabi baik secara batin (dalam diri) mahupun zahir (dalam realiti kehidupan), menyebarkan risalahnya serta berjihad dalam penyebaran risalah itu dengan hati, tangan dan lisan. Itulah cara orang-orang terdahulu...” [Iqtidhau al-Sirathil Mustaqim Mukhalafatu As-habi al-Jahim, hlm 294-297].

Berpegang Kepada Dalil, Jangan Bertaklid Buta

Sesungguhnya dalam apa jua perkara yang diperselisihkan oleh umat Islam, maka wajiblah dikembalikan kepada Allah dan Rasul. Firman Allah, “...jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Al-Sunah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir...” [TMQ al-Nisa’ (4):59]. “Tentang suatu apa pun yang kamu berselisih, maka hukumnya (terserah) kepada Allah” [TMQ al-Syura (42):10]. Atas dasar ini, maka marilah kita mengembalikan perkara ini (sambutan maulid al-Rasul) kepada Kitabullah dan Sunah RasulNya. Di dalam KitabNya, Allah mengingatkan kita bahawa, “Dan apa sahaja yang dibawa (diperintahkan) oleh Rasul kepadamu, maka ambillah (laksanakanlah) ia, dan apa sahaja yang dilarangnya, maka tinggalkanlah ia” [TMQ al-Hasyr (59):7]. Allah juga berfirman, “Dan hendaklah orang-orang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih” [TMQ al-Nur (24):63]. Sambutan maulid al-Rasul ini pastinya bukan perkara yang didatangkan oleh Rasulullah kerana tidak ada seorang pun yang meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menyatakan atau melakukan atau memerintahkan atau menunjukkan persetujuannya terhadap sambutan hari lahir baginda.

Dengan merujuk kepada Al-Sunnah pula, kita tidak akan menjumpai nas yang menjelaskan Rasulullah menyambut hari kelahiran baginda atau memerintahkan umatnya untuk menyambutnya. Tidak pula kita dapati ia disambut oleh para Khulafa’ Rasyidin atau sahabat-sahabat yang lain, tidak juga oleh para tabi’in mahupun tabi’ihim bi ihsan (generasi sesudahnya yang mengikut mereka dengan baik). Dengan ini, amatlah jelas bagi mereka yang berakal bahawa sambutan maulid al-Rasul merupakan perkara yang tidak pernah dikenal pada masa awal Islam, sehingga dapat dikatakan secara pasti bahawa sambutan maulid al-Rasul ini adalah termasuk dalam perkara bid’ah. Di sini timbul satu persoalan bagi mereka yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul ini atas niat ibadah atau taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Apakah hukumnya? Sebenarnya hal inilah justeru yang dengan sendirinya menjadikan perkara ini sebagai bid’ah, kerana bid’ah itu bermaksud suatu perbuatan yang dilakukan seseorang dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah tetapi tanpa didasari oleh dalil syara'. Agar ibadah dikatakan benar dan sah, maka mestilah ada nas yang membenarkannya. Ibadah adalah termasuk di dalam persoalan yang bersifat tauqifiyyah (telah ditetapkan oleh Allah dan di ambil seadanya, tanpa boleh diubah, ditambah atau dikurangi). Kita tidak boleh melakukan ibadah, kecuali dengan cara (kaifiyat) yang telah ditunjukkan oleh Rasul kepada kita sahaja. Jika seseorang beribadah kepada Allah dengan caranya sendiri (tanpa ada nas), maka dia telah mengikut hawa nafsu dan akan tergolong ke dalam ahlu al-bid’ah. Na’uzubillah min zalik. Segala jenis ibadah dan bentuk taqarrub illallah wajiblah dilakukan mengikut Rasulullah secara tauqifi (seadanya).

Jadi, sekiranya seseorang Muslim berniat ingin beribadah dan ingin bertaqarrub kepada Allah tetapi dengan cara yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah maka hal inilah yang justeru disebut bid'ah. Adapun pandangan sesetengah ulama' yang mengatakan bahawa ada terdapat perbuatan yang disebut bid'ah hasanah (bid’ah yang baik), maka hal ini mestilah dikembalikan kepada nas dengan cara yang benar, sesuai dengan sabda Rasulullah, “Setiap (perbuatan) bid'ah itu sesat” [HR Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad]. Inilah yang hak/benar (yakni) setiap bid’ah itu adalah sesat dan tidak ada pada hakikatnya yang disebut di dalamnya bid’ah yang baik. Sabda Rasulullah lagi, “Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan tanpa didasari perintah dari kami maka perbuatan tersebut tertolak” [HR Bukhari & Muslim].

Di samping termasuk di dalam hal bid’ah, sambutan maulid al-Rasul ini juga boleh menjerumuskan seseorang Muslim itu kepada tasyabbuh bil kuffar (menyerupai orang-orang kafir) jika ia disambut dengan niat ke arah itu. Jika kita mengamati sambutan maulid Nabi yang dirayakan sejak dahulu lagi maka kita akan dapati sebahagian dari umat Islam melakukan hal ini sebagai sikap taqlid dan menyerupai orang-orang Nasrani yang merayakan hari Krismas bagi menyambut kelahiran Nabi Isa. Hal ini pernah terjadi ke atas kaum Muslimin di masa kemunduran berfikir melanda mereka, sehingga mereka berkata, “Nabi Muhammad lebih utama dari Nabi Isa, jadi mengapa mereka boleh memuliakan Isa dan kita tidak boleh memuliakan Nabi Muhammad?” . Dengan analogi yang salah dan tidak berdasarkan nas ini, mereka menganggap bahawa ianya adalah baik jika diadakan. Bagi mereka yang melakukan hal ini berdasarkan analogi tersebut maka mereka telah termasuk ke dalam perbuatan yang haram kerana menyerupai orang-orang kafir. Banyak hadis sahih yang melarang tasyabbuh bil kuffar ini. Di antaranya, “Tidak termasuk golongan kita orang yang menyerupai kaum lain” dan “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk salah seorang dari mereka” [HR Muslim dan Ahmad]. Rasulullah begitu menekankan perlunya kita berbeza dari golongan kafir sehingga orang-orang Yahudi pernah berkata, “Muhammad ini tidak meninggalkan sesuatu urusan kita melainkan melakukan hal-hal yang sebaliknya”.

Dengan ini, amatlah jelas bahawa sambutan maulid Nabi ini tidak termasuk bahagian dari ajaran Islam, malah merupakan satu hal yang bid’ah dan tasyabbuh bil kuffar yang mesti ditinggalkan. Bagi yang melakukannya kerana ingin memuliakan Rasulullah, maka ingin kami tegaskan di sini bahawa memuliakan Rasul itu memanglah wajib, tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang telah ditetapkan oleh syara’, bukan mengikut hawa sendiri. Sesungguhnya memuliakan Nabi itu adalah dengan mengikuti dan berpegang teguh kepada segala sunnahnya, baik itu perkataan, perbuatan ataupun taqrir (pembenaran) baginda. Memuliakan Rasul juga boleh dilakukan dengan cara membaca selawat ke atas baginda di setiap waktu, bukan hanya di hari maulid baginda. Firman Allah, “Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” [TMQ al-Ahzab (33):56]. Kaum Muslimin di zaman Rasulullah begitu berhati-hati dalam melakukan sebarang perbuatan kerana bimbang akan melakukan bid'ah. Pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa para sahabat pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu? Maka Nabi pun mengajarkan mereka caranya...” .Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan keutamaan berselawat kepada Rasul di setiap waktu, namun apa yang jelas, perbuatan selawat sekalipun, haruslah mengikuti dalil-dalil syara’ yang telah ditetapkan. Malangnya kini umat Islam terlalu berpegang kepada fatwa-fatwa yang kadangkalanya terpesong jauh dari hukum syara’ dan umat Islam terlalu banyak bertaqlid buta tanpa mengkaji sendiri dengan lebih mendalam akan dalil-dalil bagi setiap perbuatan yang ingin dilakukan mereka. Keadaan menjadi lebih parah apabila para pemerintah dan ulama yang ada membenarkan, dan lebih buruk mengarahkan perkara ini tanpa mengkaji nas-nas dengan terperinci akan kebolehannya. Islam di ambil hanya di dalam bentuk untuk memuaskan kehendak kerohanian atau untuk memenuhi gharizah tadayyun (naluri beragama) semata-mata, tanpa diambil sebagai hukum-hakam untuk menyelesaikan seluruh permasalahan manusia.

Bagi para ulama dan juga kaum Muslimin yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul dengan alasan masih terdapat syubhat al-dalil di dalamnya, maka semoga hal tersebut dapat menjadi hujah dan alasan yang membebaskan mereka di sisi Allah nanti kerana hal itu dibolehkan/dilakukan atas dorongan kecintaan, penghormatan dan keagungan mereka kepada Rasulullah; atau dengan maksud untuk bersyukur kepada Allah di atas kurnia yang diberikanNya kepada kaum Muslimin dengan dilahirkan seorang manusia yang paling mulia di muka bumi yang mana kita telah menjadi umatnya. Namun mesti diperhatikan di sini bahawa para ulama yang membolehkan diadakannya sambutan maulid Nabi ini telah mensyaratkan bahawa ia mestilah bersih dari segala kemungkaran seperti zikir yang menyesatkan, ratapan, tangisan yang berlebih-lebih, nyanyian, iktilath (percampuran antara lelaki dan perempuan), tabarruj (bersolek dan menghiaskan diri - bagi perempuan) dan lain-lain kemungkaran lagi.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Demikianlah hukum mengenai sambutan maulid al-Rasul. Janganlah hendaknya kalian memperbesar-besarkan hari kelahiran Nabi walhal dalam masa yang sama sunnah Nabi kalian tinggalkan. Yang lebih utama dan sewajibnya diambil oleh kalian adalah apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kalian berupa perkataan, perbuatan dan taqrir (pembenaran) baginda. Inilah sunnah Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam yang wajib kalian ikuti. Rasulullah bukan sahaja seorang ahli ibadah, malah baginda adalah juga seorang suami, seorang ayah, seorang ahli politik yang agung dan seorang ahli perang. Rasulullah adalah seorang pendakwah, pembawa risalah Allah, penyebar Islam dan pembawa rahmat ke seluruh alam. Rasulullah tidak pernah berhenti berdakwah sejak baginda di angkat oleh Allah menjadi RasulNya, Rasulullah berdakwah dalam rangka untuk meninggikan kalimah Allah dan menerapkan segala hukum-hakam Allah di muka bumi, tidak berehat (dari dakwah) dan tidak mengenal penat dan lelah, menghadapi segala cabaran dan penderitaan. Inilah sunnah Rasul Sallallahu alaihi wa Sallam yang wajib diteladani oleh umat Islam, bukan hanya sekadar mengingati dan menyambut tarikh kelahiran baginda, namun berdiam diri dari semua yang lain.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah” [TMQ al-Ahzab (33):21].

Sumber : http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/369-sn166-hukum-menyambut-maulid-al-rasul

KEMANA BAHTERA DIHALAKAN???


KUALA LUMPUR, 3 April - Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat bersama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen malam ini, Najib menegaskan bahawa kepimpinannya kelak membawa pendekatan baru bagi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Menurutnya, kerajaan akan mengutamakan rakyat dan merentasi seluruh lapisan masyarakat serta kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air.

''Tidak ada sesiapa yang patut berasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita akan rapatkan hubungan rakyat dan kerajaan daripada dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik. "Dengan itu, pada hari yang bersejarah ini, saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat," katanya dalam perutusan khasnya yang disiarkan menerusi TV1 malam ini.

Najib berkata, dalam masa terdekat ini, beliau akan menemui pelbagai lapisan pemimpin masyarakat di seluruh negara untuk bertukar-tukar pendapat dalam usaha menentukan keutamaan kerajaan. Perdana Menteri dalam perutusan itu juga mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan sementara dua akhbar iaitu Harakah dan Suara Keadilan serta membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta merta. Najib juga memaklumkan proses kajian semula terhadap ISA akan dimulakan bertujuan mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Sementara itu, dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang begitu mencabar pada masa ini, beliau berjanji untuk terus komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis itu. "Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia. "Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanah besar ini. ''Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini bersama-sama," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 04/04/09

Ke Arah Manakah Transformasi Negara Akan Di Halakan?

Apakah yang dicita-citakan oleh PM yang baru ini adalah sesuatu yang selayaknya kita banggakan? Wahai Pemimpin Umat Islam….Renungilah kata-kata khalifah yang pernah memimpin umat Islam sebelum ini... Khalifah Abu Bakar ketika mula-mula dilantik menjadi khalifah telah menyampaikan ucapan antaranya : 'Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik di kalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku'.

Renungilah juga arahan Saidina Ali Abi Talib kepada Malik Al-Ashtar, yang dipilih menjadi wakilnya di Mesir "Apabila penduduk di bawah jagaan kamu menghadapi bebanan hidup, bersungut kerana kerosakan tanaman mereka, kerana rosaknya tali air atau kerana hujan tidak turun atau kerana berubahnya keadaan bumi ditenggelami banjir atau dimusnah kemarau, ringankanlah kesusahan mereka sebagaimana kamu akan berusaha menyelesaikan masalah yang sama yang menimpa pada diri sendiri. Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada bumi berpunca daripada kesengsaraan hidup penduduknya dan penduduknya sengsara apabila orang yang memerintah negeri asyik mengumpul harta untuk kepentingan sendiri, apabila mereka sendiri tidak yakin akan kekalnya pemerintahan mereka dan apabila mereka tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian tidak baik (yang berlaku di sekeliling mereka)".

Begitu juga dengan kata-kata khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Pada hari kedua beliau dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata, “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad SAW dan tiada kitab selepas al-Quran. Aku bukan penentu hukum malah aku adalah pelaksana hukum Allah SWT. Aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik di kalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya di kalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah SWT”. Beliau kemudian duduk dan menangis. "Alangkah besarnya ujian Allah SWT kepadaku", sambung Umar Ibn Abdul Aziz. Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isterinya, “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” , beliau menjawab, “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah SWT dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan dan para fuqara’ kaum Muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat menjawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah SAW’’. Isterinya juga turut mengalirkan air mata.

Begitulah sebahagian dari ucapan yang pernah diucapkan oleh para khalifah yang memimpin dunia Islam suatu masa dulu. Apakah kita dapat menemui pemimpin seperti di atas hari ini? Transformasi yang diinginkan oleh PM baru ini dengan slogan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan untuk menggantikan slogan Gemilang, Cemerlang Dan Terbilang tidak akan dapat membawa apa-apa perubahan yang sebenar jika dasar yang menjadi asas untuk mengatur perjalanan negara ini tidak diubah kepada aqidah Islam.

Dengan asas aqidah ini akan lahir sistem kehidupan Islam yang lengkap dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, dengan dirinya sendiri dan sesama manusia yang lain. Selagi asas pemikiran sekular yang ditinggalkan oleh penjajah masih menjadi landasan berfikir umat dan pemimpinnya serta negara kaum Muslimin itu sendiri, maka apakah kita akan dapat melakukan transformasi yang sebenarnya? Dan ke arah manakah transformasi itu akan dihalakan?

Sumber : http://mykhilafah.com/component/content/article/1301-kemana-bahtera-dihalakan

BUAYA KEMBALI KE LUBUK


PUTRAJAYA, 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini kembali menyertai UMNO setelah hampir setahun meninggalkan parti tersebut. Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di sini.

Bercakap kepada pemberita, Dr. Mahathir, 84, melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali dan diterima semula oleh UMNO. ‘‘Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO. ‘‘Oleh itu saya berharap yang keluar UMNO sama dengan saya akan kembali semula dan harap parti akan menerima mereka,” katanya.
Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Pada majlis itu juga, anak Dr. Mahathir iaitu Datuk Mokhzani turut mengambil langkah sama menyertai semula UMNO. Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO dalam satu ceramah di Alor Setar pada 19 Mei tahun lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti itu. Pada sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan tempatan dan media asing tersebut, bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh tidak menafikan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO hari ini mirip perkara sama 40 tahun lepas ketika parti itu di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Razak Hussein.

‘‘Satu pakatan kekeluargaan yang tidak sengaja tetapi benarlah, saya dapat masuk balik UMNO dahulu pun kerana Tun Razak yang menerima saya dan kali ini, anaknya yang terima saya. ‘‘Mengenai jawatan (dalam UMNO atau kerajaan), tak payahlah tetapi kalau nak kerjasama, saya bila-bila masa bersedia untuk memulihkan semula parti kerana saya dipercayai oleh rakyat,” katanya. Serentak itu, Dr. Mahathir menyatakan kesediaannya untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Air.

Ini kerana, kata beliau, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai ahli UMNO untuk terus membantu parti dan BN termasuk berkempen pada pilihan raya walaupun telah bersara. ‘‘Saya tidak suka kalau dah bersara ini, kita pisah diri sama sekali dengan UMNO kerana saya naik pun kerana UMNO. ‘‘Dari dulu pun, saya menawarkan diri untuk berkempen jika diperlukan dan hari ini nampaknya saya diminta untuk berkempen. Saya sudah bersedia kerana ia adalah parti saya,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan meneruskan sikap kritikalnya terhadap UMNO sebagaimana sebelum ini, Dr. Mahathir berkata, sikap demikian berlaku apabila ‘kesilapan dilakukan’. ‘‘Jika tidak, saya rasa Tidak perlu jadi kritikal dan saya rasa Datuk Seri Najib tidak akan terkeluar dari landasan (corak kepimpinan) yang telah ditetapkan oleh bapanya dan bukan oleh saya,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 05/04/09

Buaya Kembali Ke Lubuk

Mungkin itu frasa yang paling sesuai diungkapkan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yg ke-empat ini setelah beliau hampir setahun keluar dari lubuk UMNO. Beliau yang sebelum ini membuat kejutan dengan menghadiri hari terakhir persidangan UMNO turut sama meraikan perlantikan Najib sebagai presiden UMNO yang baru. Sebelum ini beliau tidak menghadiri persidangan pembukaan UMNO dengan alasan bahawa UMNO merupakan parti yang telah rosak dan boleh dilabelkan sebagai parti rasuah di mana orang yang telah disabitkan atas tuduhan melakukan politik wang (baca : rasuah) telah dibenarkan bertanding dan memenangi jawatan yang dipertandingkan.

Kenapa perlu kembali kepada UMNO? Kenapa tidak kepada Islam? Apa yang sepatutnya beliau lakukan adalah kembali kepada Islam dan menyeru seluruh pemimpin dan ahli UMNO agar meninggalkan perjuangan ashobiyyah dan berjuang untuk ketuanan Islam bukannya ketuanan Melayu. Ingatlah, salah satu dari soalan yang akan Allah kemukakan apabila kita dibangkitkan nanti adalah ke manakah sisa- sisa umur kita telah dihabiskan dan kemanakah dilaburkan harta yang telah dikurniakan Allah? Lebih berat lagi bagi seorang pemimpin - apakah telah dilaksanakan amanah yang telah Allah bebankan dengan sempurna dan benar? Apakah Islam telah dilaksanakan?

Sumber : http://mykhilafah.com/dalam-negara/1302?task=view