/// ALHAMDULILLAH KINI KEMBALI /// JEBBAT "MOHON CUTI"

Assalamualaikum W.B.T

Ana dengan ini memohon maaf di segala kesilapan, kekasaran mahupun apa-apa saja yang membuatkan antum semua terasa hati.

Berkemungkinan ana tidak dapat mengikuti blog-blog rakan-rakan dan saudara ana dalam masa terdekat oleh kerana masalah yang tidak dapat di elakkan. InsyaAllah, apabila selesai ana akan kembali seperti biasa.

Kepada saudara dan rakan yang banyak menyokong dan menasihati ana, ana minta pertolongan antum semua agar dapat menjawab/maklumbalas/nasihat/dll melalui chatbox di dalam blog ini bagi semua pihak dan tentunya niat kerana Allah SWT.

Jutaan Terima Kasih Abdullah Hukum, Wazura, tanpa nama, joei, menanti, saiful hadi, ana muslim, pahlawan bertopeng dan lain-lain lagi saudara ana yang pernah melawati chatboz ana, ana mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki jika selama ini ada yang terkasar, salah faham, tersinggung hati dan sebagainya.

Ana amat menghargai antum semua. Janganlah jadikan teguran dan kritikan kepada ana itu sebagai pemutus siratulrahim. Ana terima segala sekongan, teguran dan kritik dengan me'muhasabah'kan diri ana.

Sabda Rasulullah SAW : : "tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silatulrahim". (hadis hasan soheh riwayat Imam At-Tirmizi).

Ana akan kembali dalam masa terdekat dan paling lama dalam masa 1 bulan. InsyaAllah.

Sekian

Wassalam WBT

Jebbat
hanya seorang hamba Allah.




SEMINAR SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM & EKONOMI ISLAM


SEMINAR SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM & EKONOMI ISLAM

Tempat
DEWAN MASJID SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

Hari
SABTU

Tarikh
16 MAY 2009

Masa
9.30 PAGI

ANJURAN
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA

Di jemput muslimin dan muslimat bersama-sama keluarga dan sahabat handal bagi menghadiri Seminar ini di samping menambah pengetahuan mengenainya.
Semoga dengan kehadiran muslimin dan muslimat akan memeriahkan lagi Seminar ini dan di berkati ALLAH SWT.

MINTA SEBARKAN KEPADA SEMUA. INSYAALLAH