HUKUM ALLAH DIREMEHKAN LAGI!!!


(klik pada gambar untuk bacaan sepenuhnya)

Tulisan ini boleh di dapati dari akbar UM bertarikh 28 Ogos, 2009 dibahagian Forum.

Inilah salah satu ruang lingkup pemikiran mereka dalam sistem kebebasan. Sistem demokrasi kufur yang memisahkan agama dan politik, yang memisah agama dengan kehidupan. Pendek kata, agama adalah sesuatu yang asing dari dunia.

Hukum Allah SW
T hanya jadi mainan. Bagi mereka hukum Allah sangat memalukan dan ketinggalan. Pemikiran yang dijajah pola pemikiran sekular.

Ketahuilah wahai umat Muhammad.
Keruntuhan pemikiran Islam dalam diri Muslim amat membimbangkan. Hanya dengan Sistem Pemerintahan Islam secara total sahaja dapat membendung segala permasalahan ini.

Mungkin hari ini anda masih lagi mendengar seruan azan yang diazankan oleh bilal. Tidak mustahil satu hari nanti, semua ini akan hanya menggunakan cd. Kerana apa??? Kerana Demokrasi kononnya hak asasi manusia. Demokrasi yang kononnya adil kepada semua.

Wahai kaum Muslimin.

Sedarlah, bahawa kita pola pemikiran ummat Islam kita di tahap yang terlalu rendah. Sistem Islam yang digunapakai masa ini bukanlah sistem Islam sepenuhnya. Bilamana tidak digunakan hukum Allah sepenuhnya, maka ini menyebabkan Islam dipandang hina. Islam ketinggalan dianggap ketinggalan. Islam dianggap zalim. Sedangkan sebenarnya Islam tidak ketinggalan. Yang ketinggalan adalah manusia yang lupa akan seruan Allah dan RasulNya. Pemerintah yang lupa akan tangungjawabnya untuk meninggikan syariah Islam.

Wahai kaum Muslimin.

Kini pilihan adalah ditangan anda. Kembalilah kepada perjuangan yang sebenar. Bersamalah kita membina sebuah Empayar Islam yang digeruni musuh. Kita kembalikan peraturan dan kehidupan Islam didalam hidup kita seharian. Kembalikan DAULAH KHILAFAH ISLAMIYAH yang pasti akan menggunakan hukum Allah secara seluruhnya.


(Gambar : Kartika Sari Dewi)

Forum Ru'yah dan Hisab, Matla' Syar'iyyah atau Matla'Assabiyyah

Sumber disini.

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan

Forum Ru'yah dan Hisab, Matla' Syar'iyyah atau Matla'Assabiyyah .

Butir-butir forum adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 September 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Khilafah Centre, 47-7, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma



POLIS MAHU IKUT JEJAK ABU JAHAL, ABU LAHAB?


Sumber (disini)

PKS bidas polis mahu pantau ceramah agama

JAKARTA 24 Ogos - Parti Keadilan Sejahtera (PKS) membidas keputusan polis untuk meningkatkan pengawasan terhadap kegiatan dakwah dan ceramah agama.

Jurucakap PKS, Mutammimul Ula memberi amaran, tindakan polis tersebut boleh menjadi punca ketegangan baru antara umat Islam dengan kerajaan Indonesia.

"Kita tidak boleh menjadi sebuah negara polis kerana ini sama bahayanya seperti sebuah negara yang diperintah oleh tentera," tegas Mutammimul, lapor agensi berita Antara semalam.

Beliau yang menganggotai Suruhanjaya I Dewan Perwakilan berkata, pendirian partinya berhubung isu tersebut adalah jelas iaitu menentang keputusan berkenaan.

"Seperti yang saya katakan tadi, keputusan itu akan menimbulkan ketegangan baru antara umat Islam dengan kerajaan dan dalam kes ini masyarakat Islam akan menjadi pihak yang disyaki," katanya.

Menyentuh tentang ungkapan yang digunakan sebagai panduan dalam pelaksanaan dasar itu seperti 'dakwah yang bersifat provokasi dan menyalahi undang-undang', Mutammimul berkata, ungkapan sedemikian boleh digunakan untuk tujuan politik dan ditafsirkan secara longgar.

Beliau berpendapat polis tidak sepatutnya panik dalam berdepan dengan pengganas yang bilangan mereka sebenarnya sangat kecil.

"Polis tidak boleh menumpukan perhatian mereka terhadap kelompok majoriti dalam menangani bilangan pengganas yang sangat kecil. Langkah ini akan memerlukan banyak tenaga," katanya.

Mutammimul berkata, polis juga memikul tugas untuk menghapuskan jenayah lain selain keganasan seperti penyalahgunaan dadah yang mendatangkan banyak kerosakan kepada masyarakat.

Beliau menyeru pasukan polis supaya bersikap bijaksana dan rasional.

"Jangan biarkan negara demokrasi bertukar menjadi sebuah negara polis. Ini sama bahayanya seperti negara tentera," tegas beliau. - Agensi

Sumber: Utusan Malaysia 25/08/09

Ulasan:


Polis mahu ikut jejak Abu Jahal, Abu Lahab?

Nampaknya polis Indonesia telah mula mengikut jejak polis Malaysia. Pihak polis kini dikatakan mahu memantau ceramah dan kelas-kelas agama yang diadakan. Kalau di Malaysia, perangai polis cawangan khas (SB) memantau ceramah dan kelas-kelas agama sudah menjadi hal yang ’maklum min ad-deen bi dharurah’. Siapa tidak tahu yang Malaysia adalah sebuah negara polis? Siapa tidak tahu yang SB-SB sering menyelinap ke setiap ceramah agama yang diadakan baik di masjid mahupun di surau, malah di mana-mana sekalipun. Mereka sanggup berbohong dan berdusta dengan pelbagai pembohongan di ceramah-ceramah agama yang mereka hadiri untuk mengelak dari identiti mereka terdedah. Berapa ramai dari kalangan pendakwah yang ikhlas yang menyampaikan ceramah agama sudah bosan dengan perangai SB-SB yang mereka sifatkan sebagai amat hina ini.

Apa tidak hina, di saat kadar jenayah meningkat naik dari masa ke semasa, SB-SB ini masih tetap memfokuskan perhatian mereka kepada penceramah-ceramah agama. Mereka (SB) menjadi golongan yang menghalang agama Allah dari ditegakkan. Inilah yang menjadi kebencian pendakwah, dan juga umat Islam terhadap SB-SB.

Jika di zaman Rasulullah dahulu, Abu Jahal dan Abu Lahab adalah orang yang sering mengikuti majlis Rasulullah untuk memastikan agama Allah tidak tersebar, kini perangai tersebut nampaknya diwarisi pula oleh polis-polis dari cawangan khas. Bilalah agaknya mereka akan bertaubat dari dosa-dosa mereka ini? Atas alasan 'ini adalah arahan dari atas' mereka (SB) menyangka bahawa dosa mereka akan ditanggung oleh orang atasan mereka, walhal merekalah yang akan menanggungnya sendiri. Malah di padang Mahsyar nanti, orang atasan mereka akan berlepas diri dari mereka. Dan jadilah mereka dan orang atasan mereka sebagai golongan yang amat menyesal yang tiada gunanya lagi. Firman Allah SWT,

”...dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. orang-orang Yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman". Orang-orang yang sombong takbur (ketuanya) itu menjawab kepada orang-orang (pengikutnya) yang ditindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah (petunjuk) sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan Kami Yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa". Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur (ketuanya) itu: "Tidak! bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu baginya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; [TMQ Saba’ (34):31-33]

FirmanNya yang lain,

“Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka Adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka (pemimpin) menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)". [TMQ Ibrahim (14):21]

Semoga polis-polis yang taat membabi buta kepada ketua mereka dan memaksiati Allah akan segera bertaubat dari dosa-dosa mereka, dan mereka berubah menjadi orang-orang yang memperjuangkan agama Allah. Jika tidak, maka kepada Allahlah kita serahkan segala urusan di mana Dia Maha Berkuasa untuk membalas segala perbuatan SB-SB ini.




WAHAI BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM, MUALAF ADALAH SAUDARA KITA

Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika apa yang disampaikan mengguris mana-mana pihak. Tulisan ini bukan untuk menghina sesiapa atau menjatuhkan sesiapa tetapi sekadar memberi peringatan dan teguran. Jauh sekali bagi saya untuk menunjuk pandai menandingi Ilmu kalian semua. Saya hanya menceritakan realiti yang berlaku dan seperti yang anda tahu, kekadang realiti amat pedih untuk diterima tetapi itulah hakikatnya. Tulisan ini juga bukanlah tujuan untuk mencari publisiti ataupun meraih sokongan tetapi hanyalah sekadar menjalankan perintah Allah SWT.

Perintah Allah SWT kepada hambanya :

"
Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan". [Al-Ghasyiyah(88):21]

Terpanggil apabila terbaca cerita seorang mualaf yang dilayan tidak sebagai saudara seagama.

Wahai bangsa Melayu yang beragama Islam.

Ketahuilah bahawa, bangsa yang tidak ada nilainya disisi Allah SWT. Apa yang berlaku disekeling kita dan kamu hari ini adalah kerana tiadanya Nizamul Islam (Peraturan Hidup Dalam Islam) dan sistem yang digunapakai adalah sistem yang memberi kebebasan maximum iaitu demokrasi. Disebabkan oleh kebebasan inilah terjadi dan terbentuknya sifat kebangsaan. Apa yang menyedihkan adalah sifat-sifat Islam itu telah runtuh dalam diri kalian.

Contoh yang ketara adalah apabila seorang mualaf yang hadir meminta bantuan ataupun ingin berdamping dengan kalian, maka dengan ego, sombong dan bongkak dihati hanya memandang sebelah mata akan mualaf ini. Ketahuilah bahawa mereka juga Islam seperti kalian semua. Walaupun mereka adalah di kalangan bangsa Cina, India, Kadazan, Iban, Melayu, Madura dan bangsa-bangsa lain didunia, mereka adalah saudara kita dan kalian semua. Kerana mereka adalah "ISLAM".

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat".[Al-Hujurat(49):10]

Lebih menyedihkan lagi apabila ada mualaf yang pertama kali ke masjid atau surau. Mereka dilayan sepertimana makluk asing yang baru turun ke bumi. Tiada senyuman diberikan mahupun salam perkenalan. Lebih menyedihkan lagi apabila tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada mereka.

"Ni masuk Islam kerna nak kawin la tuu".

Adakah ini sifat seorang yang terpelajar Islamnya.??? Adakah kita ini layak untuk menentukan mereka Islam kerana sesuatu hanya kerna hari-hari ke masjid atau surau. Atau kerna kita memakai jubah putih bersih. Atau kerna kita "pemimpin tertinggi" disurau atau masjid.
Bukan saja di surau dan masjid, malah kekadang jiran kita sendiri. Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai jiran yang beragama Islam.

Tidak sepatutnya kita melayan atau menuduh atau menjatuh mereka sebegitu rupa.

Allah berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". [Al-Hujurat(49):11]

Jika Rasulullah SAW masih hidup, bayangkan apakah akan dikatakan kepada kita dengan cara kita begini.

Adakah baginda akan berkata :

"INILAH SIFAT SEORANG MUSLIM YANG SEJATI!!!".


Bayangkanlah.......

Muhasabahlah diri kita samada kita benar-benar berada dalam Islam yang sebenar dan seluruhnya kerna Allah berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". [Al-Baqarah(2):208]

Diakhir kata...

Kepada mualaf sekalian.
Disusun sepuluh jari memohon maaf diatas apa yang terjadi kepada kalian semua. Sesungguhnya apa yang terjadi bukanlah dari sifat seorang Islam. Ia lebih kepada sifat syaitan yang masih sedikit wujud didalam diri yang perlu dibuang sejauhnya.

Marilah berjuang bersama-sama dengan kami bagi mengembalikan Kehidupan Islam dengan menuju kearah Daulah Khilafah Islamiyah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK



Esok adalah hari permulaan Ramadhan bagi ummat Islam seluruh Malaysia dan juga dunia. Kata orang melayu, "mula puasa". Terlebih dahulu ana di sini menyucapkan Salam Ramadhan kepada semua kaum muslimin tidak kiralah dari PAS, UMNO, PKR, HT termasuklah NGO dan gerakan Islam yang lain. Semoga dalam Ramadhan ini, kita perbanyakkan berdoa agar diberi petunjuk dan hidayah kepada kita tentang jalan perjuangan yang sebenarnya.

Disamping kita menuju Aidilfitri, jangan lupa lak nak puasa.

Allah SWT berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, ".[Al-Baqarah(2):183]

Jangan lak buat-buat lupa lak. Selalunya bulan puasa ni ada laa penyakit "setahun sekali" datang melanda bak tsunami. Pakat habis pi beli nasi kandar kononnya Gastrik atau lebih di kenali GAS - TRICK.

Kepada penjual, klu nak untung tuu, agak-agak laa. Jangan la nak buat pesta lak. Kesian orang yang kurang pendapatan tuu. Kita nak cari berkat bulan ramadhan ni.

Yang puasa pulak... agak-agak 1 jari dah laa. Jangan pi susun plastik penuh 10 jari pulak. Tak habis nanti kan membazir.


Yang belum taubat tuu, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan.

Walau bagaimana pun, apa yang ditulis ni adalah sekadar luahan rasa. Jangan pulak bulan Ramadhan saja jadi "baik"... lepas Ramadhan... sama juga.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada akhi Nashir, Na'im, Ghazi, Wuzara, WM, Abdullah Hukum, John Doe, IP Pekida, Fikrul Mustanir, Politigus, Aljauhary, Somurouh, ande, 1khalifah, Mohammad Abduh, fseikonom, Nurul Huda, izat89, faizal, matmin30 dan seluruh pembaca budiman. Jangan antum semua kecil hati jika nama antum tiada. Maaf kerna terlalu banyak jika di senaraikan. Klu nak senarai, rasanya leh kelabu mata tetapi InsyaAllah, ana tetap mengingati semua saudara-saudara ana.

Apapun terima kasih kepada semua yang memberi komen, kritikan, nasihat serta peringatan dan tak kurang juga yang mencemuh. Cuma janganlah kita jadikan ini semua sebagai penghalang kita dan sebagai pemutus ikatan silatulrahim.

Diakhir kata, semoga dibulan Ramadhan ini akan menjadikan kita lebih bersemangat bagi menuju kearah kegemilangan Islam.

Takbir!!!

ALLAHUAKBAR!!!


KOALISI MENDUKUNG ISLAM ATAU KUFUR?

alt

KOALISI MENDUKUNG ISLAM ATAU KUFUR?


[SN187]
Untuk ke sekian kalinya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini berdepan satu lagi konflik percaturan politik Pakatan Rakyat (PR) apabila timbul isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor. Usaha PAS yang tidak membenarkan penjualan arak secara terbuka ditentang keras oleh rakan karibnya dari DAP. Tekanan demi tekanan diterima dari pelbagai sudut menyebabkan PAS tersepit di antara ‘pegangan’ dengan hukum Islam dan kepentingan politik yang wujud dalam PR. Sebelum itu, PAS juga goncang seketika gara-gara cadangan Presidennya sendiri untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan. Konflik dalaman PAS diperparah dengan kelicikan UMNO yang sememangnya pakar dalam politik hipokrasi memecahbelahkan lawan. Pemimpin tertinggi PAS bertelagah sesama sendiri sama ada untuk mengekalkan kesetiaan ‘perkahwinan’ mereka dengan PR atau bertukar pasangan kepada UMNO/BN. Secara logiknya, tidak ada bezanya bergabung, baik dengan BN atau PR kerana di dalam kedua-duanya terdapat parti sekular dan parti kafir. PAS Kedah juga pada 1 Julai lalu ‘ditampar’ hebat oleh DAP yang mengumumkan untuk keluar daripada PR akibat tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya. Demikianlah serba sedikit beberapa siri tekanan yang dialami oleh sebuah parti Islam dalam perkahwinan campur mereka dengan parti sekular dan parti kufur. Ini yang terdedah, manakala yang tidak terdedah seperti perebutan jawatan, perebutan projek dan banyak lagi perbalahan lainnya ‘terpaksa’ ditelan oleh PAS, dan ada yang hanya menunggu masa untuk meletup.

Koalisi PAS dengan parti-parti lain yang wujud di Malaysia bukanlah satu perkara baru. PAS pernah berkoalisi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dalam pilihan raya 1990. Jauh sebelum itu pun, PAS pernah bergabung dengan UMNO pada tahun 1970-an di era Tun Razak. Sebelum Anwar Ibrahim mengisytiharkan koalisi PAS-PKR-DAP-PRM sebagai ‘Pakatan Rakyat’ pada 1 April 2008, selama lebih kurang 10 tahun, koalisi parti-parti tersebut dinamakan Barisan Alternatif (BA). Begitu juga halnya dengan parti pemerintah, UMNO, di mana parti sekular ini telah lama berkoalisi dengan rakan-rakannya yang lain dari parti kufur. Namun, oleh sebab UMNO didirikan di atas asas assabiyyah, maka koalisinya dalam BN merupakan suatu perkara yang tidak perlu kita bahaskan, kerana asas penubuhan dan perjuangannya yang jelas-jelas haram. Berbeza halnya dengan koalisi PAS ke dalam PR, kerana PAS adalah sebuah parti Islam, yang bergabung dengan PKR (parti sekular) dan DAP (parti kufur). Aspirasi koalisi dalam PR ini ternyata tidak ada beza dengan koalisi di dalam BN kerana kedua-duanya berkoalisi untuk menuju perkara yang sama, iaitu ingin meraih sebuah pemerintahan. Dan pemerintahan yang bakal diwujudkan adalah pemerintahan kufur-sekular dengan perkongsian kuasa di antara parti-parti yang berkoalisi. Inilah yang menjadi persoalan (yakni) sebuah parti Islam berkoalisi dengan parti sekular dan kufur, bersama-sama berjuang untuk mewujudkan sebuah pemerintahan kufur-sekular di bawah sistem demokrasi. Apakah hal ini dibenarkan oleh syarak?

Fakta Koalisi

Menurut pengertian istilah (terminologi), koalisi memiliki banyak definisi. Di dalam Kamus Dewan, koalisi didefinisikan sebagai pergabungan atau perikatan beberapa buah parti politik. Dalam bahasa Arab, koalisi politik dikenal dengan istilah at-tahaluf as-siyasi. Tahaluf berasal dari kata hilfun yang bererti perjanjian (mu’ahadah) atau kesepakatan (mu’aqadah). Siyasi bererti politik. Koalisi dapat diertikan sebagai ikatan atau gabungan antara dua atau beberapa negara untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu. Koalisi juga dapat diertikan sebagai gabungan beberapa parti dalam sesebuah negara untuk meraih majoriti yang dapat mendukung pemerintahan.

Dengan meneliti fakta (manath) koalisi parti Islam dan parti sekular/kufur yang ada di Malaysia, kita akan dapati bahawa mereka sesungguhnya berganding bahu untuk menumbangkan ‘musuh’ yang sama dengan berkoalisi untuk meraih pemerintahan bagi menggantikan musuh (kerajaan) yang sedang memerintah. Hal ini jelas seperti yang terkandung dalam konsesi aspirasi PR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Mac 2008 untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru pada 16 September 2008 setelah menjangkakan 30 orang ahli parlimen BN akan melompat parti. Aspirasi ini sekaligus menunjukkan fakta bahawa koalisi PR adalah untuk meraih dan mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi-sekular yang sedia ada. Ini kerana tidak mungkin parti Islam yang berada dalam koalisi boleh ‘memerintah secara solo’ atau ‘menerapkan Islam’ kerana hakikatnya mereka berada dalam satu tahaluf dengan puak kuffar/sekular. Apatah lagi halatuju dan perbezaan ideologi parti sekular/kufur yang sangat bertentangan dengan parti Islam tersebut. Realiti ini diperkuat lagi dengan banyak kenyataan yang keluar dari mulut si kuffar dan sekular sendiri bahawa mereka tidak pernah berpakat untuk mewujudkan negara Islam ataupun melaksanakan undang-undang Islam. Malah mereka akan menentang hasrat ini habis-habisan jika ia cuba dilaksanakan oleh parti Islam.

Demi Allah sesungguhnya mereka telah ‘membuktikan’ bahawa tahaluf siyasi mereka bukan ditegakkan atas dasar Islam, malah mereka telah mengorbankan Islam dengannya! Lima buah negeri telah mereka menangi, lalu mereka menjadi parti yang memerintah. Di Pulau Pinang parti Islam langsung tidak dapat bersuara kerana diperintah oleh parti kufur. Namun mereka tetap menyokong parti kufur ini kerana tahaluf. Aneh! Sebuah parti Islam menyokong pemerintahan yang bukan Islam oleh parti kufur! Manakala di Perak mereka berkongsi kuasa dengan parti kufur/sekular yang jauh lebih berani dan kuat berpegang teguh kepada kekufuran berbanding mereka (parti Islam) berpegang kepada keislaman. Lalu parti Islam tersebut terus membuang dan mencampakkan usaha mereka selama ini untuk menerapkan Islam, demi menjaga kepentingan koalisi dengan puak kuffar/sekular yang turut sama berada dalam pemerintahan. Akhirnya kekuasaan mereka berakhir dengan cara yang hina.

Di Selangor, pun kita menyaksikan hal yang sama di mana parti Islam berkongsi kuasa dengan parti kufur/sekular. Sekali lagi kita menyaksikan tiada satu pun hududullah dapat ditegakkan, malah pemerintahan mereka hanya dipenuhi konflik dan perbalahan yang mereka sembunyikan dan zahirkan. Begitulah juga ‘nasib’ Islam di Kedah di mana agama Allah ini langsung tidak ditegakkan oleh parti Islam yang memerintah walaupun mereka menguasai majoriti pemerintahan. Persoalan hudud dan lain-lain langsung tidak timbul, malah pemerintahan mereka hampir tidak ada bezanya dengan pemerintahan kerajaan sekular sebelumnya. Segala usaha mereka (parti Islam) untuk menegakkan Islam dihalang oleh parti yang bertahaluf dengan mereka dan akhirnya parti Islam terus tunduk dan tunduk kepada kehendak kuffar/sekular. Justeru, di manakah kedudukan ‘tahaluf siyasi’ yang kononnya merupakan ‘kerjasama baik’ dengan golongan kuffar/sekular untuk menghindar kezaliman, walhal mereka sendiri memerintah dengan ‘kezaliman’ kerana tidak berhukum dengan hukum Allah, malah senantiasa tunduk kepada puak kuffar/sekular?

Hukum Koalisi Parti Islam Dan Parti Sekular/kufur

Apa yang terjadi di dalam koalisi parti Islam dengan parti sekular/kufur adalah kerjasama, saling membantu, saling mempertahankan dan saling membela dalam perkoalisian. Hakikat dari semua ini memunculkan dua perkara. Pertama: legalisasi, pengakuan dan keredhaan parti Islam akan keberadaan/kewujudan dan keabsahan parti sekular/kufur. Kedua: pengukuhan parti sekular/kufur dengan menjadi teman rapat (bithanah) kepada parti Islam. Inilah hakikat parti Islam yang berkoalisi dengan parti sekular/kufur. Pada satu sisi UMNO dihentam dahsyat kerana kesekularan yang dibawanya, namun PKR sebaliknya digendong, juga kerana kesekularan yang sama atau lebih teruk yang dibawanya. Pada sisi lain pula, parti sesama Islam dihentam dahsyat kerana keIslaman yang dibawa, namun sebaliknya parti kufur DAP digendong dengan kekufuran yang dibawanya. Padahal Allah SWT telah mengharamkan menjadikan orang kafir sebagai bithanah, dan Allah mewajibkan setiap kelompok/parti berdiri hanya atas asas Islam. FirmanNya,

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh yang ma’ruf serta mencegah yang mungkar...” [TMQ Ali Imran (3):104].

Ayat ini dengan jelas memerintahkan bahawa kelompok/parti yang dibenarkan oleh Allah untuk berdiri, hendaklah ‘menjalankan’ dua hal (i) menyeru kepada Islam (ii) melakukan amar makruf nahi mungkar. Apakah aktiviti yang ‘dijalankan’ oleh parti kufur jika bukan kekufuran? Kemungkaran apakah lagi yang lebih besar dari kekufuran? Dan salah satu bentuk kemungkaran yang besar adalah sekularisme. Apa yang jelas, koalisi atas alasan melakukan amar makruf nahi mungkar terhadap parti sekular/kufur, justeru menjadikan parti Islam semakin erat berganding tangan dan menjaga eksistensi bahkan melegalisasi keabsahan parti sekular/kufur. Malah lebih buruk, bukannya parti kufur/sekular berjaya di Islamkan (sebagaimana niat tahalluf), sebaliknya parti Islam yang berjaya disekularkan! Hal ini amat bertentangan dengan perintah Allah ditinjau dari aspek mana sekalipun.

Hakikatnya, apabila sesebuah parti Islam berkoalisi dengan parti kufur/sekular, maka ia sesungguhnya telah mencampur adukkan haq dengan batil. Acap kali Islam dijadikan korban, kerana yang mereka titikberatkan bukan lagi ‘Islam’, tetapi ‘kepentingan dan sensitiviti’ rakan koalisi. Inti pati yang menjadi pegangan dalam koalisi adalah ‘kompromi’, bukannya ‘hukum syarak’. Kerana itulah, seringkali ideologi parti dan Islam itu sendiri dikorbankan dan diganti dengan pragmatisme dan kepentingan semasa. Malangnya, kompromi dalam koalisi justeru terjadi antara hukum Islam dan hukum sekular, dan hukum kufur/sekular selalu dimenangkan. Parti Islam mencampur adukkan yang halal dengan yang haram dan yang haq dengan yang batil. Sering kali parti Islam langsung tidak berani menyebut atau mencadangkan untuk menegakkan negara Islam atau hukum Islam, kerana ia bertentangan dengan kompromi dan aspirasi koalisi. Sungguh, apa yang parti Islam ini lakukan amat jelas bertentangan dengan firman Allah,

“Dan janganlah kalian mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kalian menyembunyikan kebenaran itu, sementara kalian mengetahuinya” [TMQ al-Baqarah (2):42].

Koalisi sememangnya tidak boleh lari dari amalan tolong-menolong. Apatah lagi semasa pilihan raya. Parti Islam tentunya akan menolong parti sekular/kufur untuk menang di dalam pilihan raya, malah mereka pastinya akan mengundi calon sekular/kafir yang diletakkan oleh rakan koalisi. Hujah mereka selama ini bahawa jika kita tidak keluar mengundi maka kita akan memberi kemenangan kepada orang kafir, ternyata umpama meludah ke langit terkena muka sendiri. Mereka (parti Islam) itu sendirilah yang hakikatnya memberi kemenangan kepada orang kafir/sekular di dalam setiap pilihan raya dengan mengundi calon tersebut. Tolong-menolong yang mereka lakukan ini adalah jelas haram, apatah lagi ia mengarah kepada penerapan hukum-hukum kufur, baik dalam kekuasaan eksekutif mahupun legislatif. Tolong menolong semacam ini telah dilarang oleh Allah SWT kerana firman Allah,

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” [TMQ al-Ma’idah (5):2].

Kerjasama dengan puak sekular/kafir pastinya menimbulkan kecenderungan (sikap pasrah/setuju) aktivis parti Islam kepada aktivis parti sekular/kufur. Padahal sikap cenderung ini dilarang oleh Allah SWT,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan” [TMQ Hud (11):113].

Para aktivis parti sekular/kufur hakikatnya adalah orang-orang zalim atau para pelaku maksiat (ahlul ma’asi), kerana tidak menjadikan ajaran Islam sebagai asas dan pedoman dalam berpolitik. Dari sisi lain, koalisi juga melahirkan ramai golongan munafik di dalam parti Islam. Ini kerana, walaupun mereka tidak bersetuju dengan polisi atau pendapat/perbuatan yang dibawa oleh parti sekular/kufur, namun anggota parti Islam terpaksa menzahirkan kesetujuannya kerana ingin menjaga hati rakan koalisi atau demi menjaga kepentingan yang wujud dalam koalisi. Kemunafikan ini jelas haram dalam Islam.

Dengan berkoalisi juga, maka anggota parti Islam akan turut berada sebaris di dalam sistem pemerintahan sekular, seperti apa yang berlaku dalam pemerintahan beberapa buah kerajaan saat ini. Padahal telah ada hadis sahih yang melarang umat Islam menjawat apa jua jawatan dalam pemerintahan yang menyalahi syarak, seperti dalam sistem demokrasi-sekular sekarang. Sabda Nabi SAW,

“Sungguh akan datang pada manusia suatu zaman, di mana yang ada atas kalian adalah pemimpin-pemimpin yang bodoh (umara sufaha) yang mengutamakan orang-orang yang jahat dan mengalahkan orang-orang yang baik di antara mereka, dan mereka suka menunda-nunda solat keluar dari waktu-waktunya. Maka barangsiapa di antara kalian yang mendapati pemimpin-pemimpin seperti itu, janganlah sekali-kali dia menjadi kakitangan (’ariif), atau menjadi polis, atau menjadi pemungut, atau penyimpan harta.” [Musnad Abu Ya’la, 3/121; Ibnu Hibban no 4669].

Dalam hadis lain disebut,

“Akan ada pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, para menteri yang fasik, para hakim yang khianat, dan para fuqaha yang pendusta. Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapati zaman itu, janganlah sekali-kali dia menjadi pemungut harta mereka, atau menjadi kakitangan mereka, atau menjadi polis mereka.” [HR Thabrani].

Sesungguhnya koalisi antara parti Islam dan parti sekular/kufur hanya akan memperpanjangkan lagi umur kebatilan. Walau apa sekalipun hujah yang diberikan oleh parti Islam, mereka sebenarnya telah jauh tersasar dari jalan yang lurus. Sama ada sedar atau tidak, mereka sebenarnya telah menyalahgunakan nas atau mengambil nas dengan cara yang keliru. Kebanyakan hujah mereka adalah bersandarkan akal dengan mengaitkannya dengan kaedah maslahat. Sungguh, mereka telah menyimpang jauh dari kebenaran!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Berdasarkan nas-nas yang jelas, termasuklah nas yang tidak dapat dibincangkan di sini, koalisi di antara parti Islam dan parti sekular/kufur adalah haram secara mutlak. Ingatlah wahai saudaraku bahawa matlamat sekali-kali tidak menghalalkan cara. Walau matlamat kita baik sekalipun, namun cara yang ditempuh hendaklah syar’i. Dilihat dari sudut pandangan Islam mahupun realiti yang wujud, tiada guna barang sedikitpun sesebuah parti Islam bersengkongkol dengan parti sekular, apatah lagi parti kufur demi political mileage yang dirasakan baik untuk Islam, kerana hakikatnya parti Islam tersebut telah bergelumang dengan noda dan dosa. Malah hingga ke tahap rakan koalisi menghina Islam pun, parti Islam masih mempertahankan rakan mereka. Masya Allah! Betapa hinanya keadaan ini. Jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh parti Islam, imejnya akan terus tercalar dan terhina, bukan sahaja di mata umat, malah di mata anggota-anggotanya sendiri. Kemuliaan telah tercabut dari parti Islam itu lalu jadilah ia setaraf dengan parti-parti sekular/kufur yang bersamanya.

Sedarlah wahai pejuang-pejuang Islam yang ikhlas! Kalian merupakan umat yang terbaik yang terpilih untuk memikul amanah Allah dan RasulNya. Fikirkanlah, untuk apa kalian berjuang jika tidak untuk mendaulatkan Islam dan menegakkan semula Negara Islam dan meraih sepenuh keredhaan dari Allah Azza Wa Jalla? Kalian sewajibnya bergerak memperjuangkan Islam di dalam ruang dan peluang yang dibenarkan syarak sahaja. Janganlah hendaknya kalian terpengaruh dengan bisikan syaitan yang akan membinasakan kalian. Berpalinglah segera dari syaitan yang sesat lagi menyesatkan! Jadilah pejuang agama Allah yang amanah lagi ikhlas, berusahalah bersungguh-sungguh di jalan yang diredhai Allah dan serahkanlah (urusan) kemenangan kepadaNya semata-mata. Sesungguhnya kita tidak memerlukan bantuan sedikit pun dari orang-orang sekular dan orang-orang kafir untuk menang. Kemenangan adalah janji Allah terhadap orang-orang yang beriman dan bertakwa. Demi sesungguhnya janji Allah terhadap orang-orang sekular (mengambil sebahagian Islam dan meninggalkan sebahagian) dan terhadap orang-orang kafir hanyalah neraka, bukannya kemenangan!!! Na’uzubillah min zalik.

Sumber disini.

INSYALLAH... akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian....



SAATNYA ISLAM MEMIMPIN DUNIA



JANJI ALLAH ITU PASTI ................................................


"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]



PERCAYA ATAU TIDAK???

Percaya atau tidak???

Kebanyakan masjid dan surau di Malaysia tidak pernah menganjurkan pameran keagongan Islam apatah lagi gambar-gambar semasa pemerintahan Islam. Jika anda ke masjid atau surau, yang "pasti ada" adalah jadual ceramah dan baki kewangan. Tidak ada satupun gambar-gambar mengenai pemerintahan Islam di pamerkan. Jauh lagi mengajar atau berdakwah mengenai sistemnya. Yang menyedihkan lagi, ada pihak masjid dan surau yang enggan bekerjasama bagi menjalankan dakwah bilamana ada pihak yang ingin menggunakan dewan masjid atau surau bagi mengadakan seminar mahupun aktiviti dakwah yang lainnya.

Begitu jugalah dengan khutbah. Tidak pernah lagi di dengar tentang seruan mendirikan Khilafah Islamiyah. Tidak pernah di dengar tentang khutbah yang menceritakan keagongan pemerintahan Islam. Tidak pernah di ceritakan kepada ummah tentang wujudnya sistem pemerintahan Islam.

Percaya atau tidak???

Sedih dan pedih kerna yang melakukan semua ini adalah saudara Islam kita sendiri. Apakah yang menyebabkan mereka bersikap demikian. Ini adalah kerna mereka tidak mempunyai kekuatan di dalam diri. Mereka hanyalah Islam di mata tetapi belum tentu di hati. Kekuatan Islam hanyalah untuk orang-orang tertentu. Hanya sedikit Islam di dalam hati mereka ini. Mereka takut akan "suara" atasan tapi mereka tidak takut akan seruan Allah. Mereka sanggup menggagalkan usaha dakwah yang di bawa. Mereka ini berdiri kerna kekuatan manusia. Mereka ini beriman kepada manusia.

Ketahuilah, Hizbut Tahrir berdiri kerana Allah. Tidak pernah takut kepada manusia. Walaupun di tangkap, di tuduh sesat, di cerca, di bunuh dan pelbagai lagi tuduhan namun suara seruan dakwah tetap tersebar luas di seluruh pelusuk dunia tanpa dapat di hentikan kerna satu kalimah iaitu

Lailahaillallah Muhamadulrasulullah



GLOBAL KHILAFAH MOVIE 2009