SERUAN HIZBUT TAHRIR SELURUH MALAYSIA (1 Muharram 1431H)

Wahai kaum muslimin....
Berhijrahlah kalian dari darul kufur kepada darul Islam sebagimana hijrahnya Rasulullah SAW ke Madinah dan menegakkan Daulah Khilafah Islamiyah yang pertama.

“Wahai para ulama yang dimuliakan! Sesungguhnya, ulama yang bertakwa dan ikhlas lebih berhak atas urusan ini (menegakkan Khilafah), dan tempatnya selalu di barisan terhadapan dalam setiap kebaikan. Untuk itu, kami tidak ingin hanya berkata kepada anda, “Sokonglah kami, tolonglah kami dan bantulah kami.” Namun, dengan rasa hormat dan ketulusan dari lubuk hati yang paling dalam, kami ingin berkata kepada anda lebih dari semua itu, “Berjuanglah bersama kami, dan bekerjasamalah dengan kami, untuk kebaikan ini.” Sesungguhnya kemuliaan Islam dan kaum Muslimin adalah di tangan Allah dan sudah semakin hampir. Semua itu pasti akan terwujud dengan izin Allah.”




Sertai kami dalam seruan mulia ini

HUKUM BERTEPUK TANGAN


SOAL :
Bagaimana hukum bertepuk tangan, misalnya dalam suatu forum? Idham

JAWAB :

Dik Idham, hukum bertepuk tangan dalam suatu forum, misalnya saja tabligh akbar, adalah mubah. Sebab, bertepuk tangan termasuk perbuatan jibiliyah (af’al jibiliyyah) yang hukum asalnya mubah, sepanjang tidak ada dalil yang mengharamkan (Taqiyuddin an-Nabhani, asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyah, III/85).

Perbuatan jibiliyah adalah perbuatan yang secara alamiah (fitrah) dilakukan oleh manusia sejak penciptaannya dan menjadi bagian integral (tak terpisahkan) dari sifat kemanusiaannya. Misalnya berpikir, berbicara, berjalan, berlari, melompat, duduk, makan, minum, mendengar, melihat, membaui, mengecap, dan seterusnya. Termasuk menggerakkan anggota tubuh (tasharruf al-a’dha`) (asy-Syaukani, Irsyadul Fuhul, hlm.35). Misalkan menggerakkan tangan (seperti bertepuk tangan), menggerakkan kaki (seperti berjalan dengan berjingkat/jinjit), menggerakkan kepala (seperti menggelengkan kepala), dan seterusnya.

Perbuatan jibiliyyah itu hukum asalnya mubah, selama tidak ada dalil yang mengharamkan. Jika ada dalil tertentu yang mengharamkan suatu perbuatan jibiliyah, barulah hukumnya haram. Melihat, hukum asalnya boleh. Tapi melihat aurat, hukumnya haram, karena ada dalil yang mengharamkannya, misalnya firman Allah Swt. (artinya), “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya…” (QS an-Nuur [24] : 31)

Jadi, bertepuk tangan hukumnya mubah. Karena merupakan perbuatan jibiliyah dan tidak terdapat dalil yang mengharamkannya. Namun, hukumnya bisa menjadi haram, apabila diduga kuat menjadi sarana (wasilah) kepada yang haram. Ini sesuai kaidah fiqih : “Al-wasilah ila al-haram haram” (Segala sesuatu yang dapat mengantarkan kepada yang haram, hukumnya haram). Misalnya, bertepuk tangan dalam pertunjukan dangdut yang mengumbar aurat atau menyajikan nyayian yang haram. Ini akan mengokohkan, menyemangati, atau mendukung sesuatu yang jelas telah diharamkan.

Ada pihak yang tidak membolehkan bertepuk tangan, berdalil firman Allah Swt. : “Sembahyang mereka di sekitar Baitullah ini, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan.” (QS al-Anfaal [8] : 35)

Namun, ayat tersebut sebenarnya tidak melarang tepuk tangan itu sendiri, melainkan tepuk tangan yang dimaksudkan sebagai ibadah. Ini dapat diketahui dari sababun nuzul ayat tersebut, yang berkaitan dengan kaum kafir Quraisy yang bertawaf mengelilingi Ka’bah seraya bersiul dan bertepuk tangan (Jalaluddin as-Suyuthi, Tafsir al-Jalalain, hlm. 133).

Jadi, yang diharamkan bukanlah tepuk tangan itu sendiri, melainkan tepuk tangan yang diniatkan sebagai ibadah. Adapun tepuk tangan yang tidak diniatkan sebagai cara beribadah kepada Allah, tetapi hanya dimaksudkan untuk mendukung, setuju, atau sepakat terhadap sesuatu, hukumnya tetap mubah dan tidak mengapa. Kaidah fiqihnya : “ Al-umuur bi maqaashidiha.” (Segala perkara itu bergantung pada maksud-maksudnya) (Abdul Hamid Hakim, Mabadi` Awwaliyah, hlm. 22). Wallahu a’lam.[] (www.konsultasi.wordpress.com)



Lebih 300 cendekiawan hadiri ‘Simposium Ilmuwan Islam 2009’ anjuran Hizbut Tahrir Malaysia


SIMPOSIUM Ilmuan Islam 2009 anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dan Khilafah Centre Sabtu lalu (5 Disember 2009) yang berlangsung di Auditorium Abu Zarim, Integrated Learning Solution (ILSAS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor telah berjaya menarik lebih 300 Ilmuwan Islam dari seluruh Malaysia.








Selaras dengan tema “Ilmuan Bersatu Menggagas Penegakan Syariah dan Khilafah”, simposium yang julung kali diadakan oleh HTM ini dihadiri oleh pimpinan parti politik tanahair, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam, ahli akademik dari IPTA dan IPTS, pemimpin gerakan Islam, pegawai agama negeri, pemimpin masyarakat, serta imam-imam masjid dan surau seluruh negara.





Bermula dari jam 8 pagi dan tamat pada lebih kurang jam 5.00 petang, simposium ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Muhammad dan menghadirkan tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Ridhuan Hakim dan Ustaz Umar Hussain yang merupakan AJK Pimpinan Pusat HTM, serta Presiden HTM sendiri, Ustaz Abdul Hakim Othman.


Selaras dengan tema simposium, ketiga-tiga ahli panel berjaya menegaskan kepada para Ilmuwan Islam yang hadir bahawa hanya penegakan Syariah dan Khilafah sahajalah menjadi satu-satunya jalan untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam di seluruh dunia pada hari ini.
Simposium dimulai dengan Kalimah Iftitah (Kata Pembuka) dari Amir Hizbut Tahrir, Syeikh Atha' Abu Rasytah yang disiarkan secara audio dan bertulis kepada hadirin. Antara intipati ucapan pemimpin tertinggi Hizbut Tahrir seluruh dunia itu ialah, beliau menyeru kepada semua ulama bahawa Islam tidak akan dapat diterapkan dengan sempurna tanpa sebuah negara iaitu Khilafah. Selaras dengan itu, Hizbut Tahrir seluruh dunia berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah untuk menegakkan Khilafah yang merupakan 'vital issue' (masalah utama) bagi kaum Muslimin dan merupakan satu kewajipan yang teramat jelas. Hizbut Tahrir akan terus berjuang menjadikan Khilafah sebagai pendapat umum (ra'yul am / public opinion) di kalangan umat Islam dan Khilafah adalah sebuah kenyataan yang terlihat jelas di hadapan mata Hizbut Tahrir, tegasnya dalam audio tersebut.



Di akhir ucapannya yang mengambil masa lebih kurang setengah jam, Amir Hizbut Tahrir itu menyeru,
“Wahai para ulama yang dimuliakan! Sesungguhnya, ulama yang bertakwa dan ikhlas lebih berhak atas urusan ini (menegakkan Khilafah), dan tempatnya selalu di barisan terhadapan dalam setiap kebaikan. Untuk itu, kami tidak ingin hanya berkata kepada anda, “Sokonglah kami, tolonglah kami dan bantulah kami.” Namun, dengan rasa hormat dan ketulusan dari lubuk hati yang paling dalam, kami ingin berkata kepada anda lebih dari semua itu, “Berjuanglah bersama kami, dan bekerjasamalah dengan kami, untuk kebaikan ini.” Sesungguhnya kemuliaan Islam dan kaum Muslimin adalah di tangan Allah dan sudah semakin hampir. Semua itu pasti akan terwujud dengan izin Allah.”

Majlis kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas kerja pertama oleh Ustaz Ridhuan Hakim yang bertajuk “Peranan Ilmuwan dan Gerakan Islam di Dalam Menegakkan Syariah Dan Khilafah”. Secara umumnya, Ustaz Ridhuan menekankan bahawa para Ilmuwan Islam perlu terus berinteraksi dengan masyarakat dan menjadi barisan hadapan memimpin perubahan pemikiran masyarakat kerana mereka adalah golongan yang dihormati dan suara mereka didengar oleh masyarakat. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh para Ilmuwan adalah membawa perjuangan ini (penegakan Syariah dan Khilafah) ke dalam tubuh umat, agar umat bersama-sama berjuang ke arah kebaikan ini.
Ustaz Abdul Hakim pula, di dalam kertas kerjanya menjelaskan secara terperinci akan methodologi untuk menegakkan Khilafah. “Umat Islam perlu yakin bahawa mereka kini hidup di negara kufur dan perlu yakin bahawa menegakkan negara Islam Khilafah merupakan satu kewajiban yang mana negara tersebut akan menjadi intisusi penegak segala hukum Allah di muka bumi. Justeru, Ilmuan dan gerakan Islam mesti bersatu tekad, suara dan usaha bagi merealisasikan kewajipan ini” tegasnya.
Presiden HTM itu seterusnya menyatakan bahawa Rasulullah telah menunjukkan jalan kepada kita bagaimana untuk menegakkan Daulah Islam, yakni perjuangan baginda selama 13 tahun di Mekah, sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Jelasnya, lagi, Hizbut Tahrir mengambil thariqah (jalan) Rasulullah ini di mana jalannya adalah secara politik dan intelektual tanpa kekerasan. Inilah metode yang wajib diikuti oleh setiap Muslim dan gerakan Islam. Beliau dengan tegas mengatakan bahawa usaha menegakkan Khilafah tidak akan diredhai oleh Allah jika tidak mengikut thariqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Demokrasi dan pilihan raya yang ada sekarang bukanlah caranya, tegas beliau lagi.

Pembentangan kertas kerja diakhiri oleh Ustaz Umar Hussain yang menyampaikan tajuk "Cabaran dan Ancaman Penegakan Syariah dan Khilafah". Beliau dengan lantang menegaskan bahawa syariah sudah tidak lagi wujud dalam kehidupan umat Islam kini dan ia telah lama diganti dengan sistem sekular. Perjuangan Rasullah SAW dan para sahabat dahulu, semasa fasa Mekah menghadapi pelbagai cabran dan ancaman seperti baginda dituduh sebagai orang gila, tukang sihir serta menghadapi kekerasan fizikal dari pemerintah kafir Quraisy, ujarnya. Dan begitulah juga ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh Hizbut Tahrir dan gerakan Islam lainnya di dalam menegakkan agama Allah sekarang. Malangnya, kata Umar Hussain, kalau Rasulullah dahulu dizalimi oleh Quraisy yang kafir, tetapi kini umat Islam dizalimi oleh pemimpin mereka yang beragama Islam.

Selepas makan dan solat, simposium bersambung dengan sessi soal-jawab dan dialog di antara para Ilmuan dan pemimpin HTM. Ternyata, para Ilmuan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan dan memberikan komen yang menunjukkan persetujuan mereka kepada perjuangan Hizbut Tahrir dalam menegakkan Syariah dan Khilafah.

Selesai soal-jawab dan dialog, majlis diakhiri dengan acara kemuncak yang dilakukan oleh Ustaz Abdul Hakim dengan membacakan Deklarasi Simposium. Laungan TAKBIR bergema sebanyak tiga kali di Auditorium Abu Zarim seusai Presiden HTM itu membacakan deklarasi dengan penuh semangat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Abu Arsyad dan sebelum bersurai, para Ilmuan dijemput turun satu per satu dari tempat duduk masing-masing untuk bersalaman dengan barisan kepimpinan HTM sebagai tanda kekuatan ukhwah sesama Muslim.
HTM dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ilmuwan yang hadir dan tidak lupa juga kepada ramai yang ingin hadir tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana ada keuzuran. Semoga Allah menyatukan hati-hati dan usaha kita ke arah perjuangan menegakkan Syariah dan Khilafah. ALLAHU AKBAR!

Seminar Muslimah: Hijrah dan Pengorbanan






Dengan sukacita, dijemput para Muslimat ke Seminar Hijrah dan Pengorbanan anjuran Ikatan Intelektual Nusantara dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia bagi sama- sama menghayati erti sebenar hijrah dan pengorbanan sempena kedatangan Maal Hijrah. Butiran seminar adalah seperti berikut :


Tarikh : 13hb Disember 2009 (Ahad) bersamaan 26 Zulhijjah 1430H

Waktu : 0830pagi – 1230tengahari

Tempat : Masjid Muaz Bin Jabal, Persiaran Setiawangsa,Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.


Semoga dengan kehadiran puan-puan akan mengeratkan lagi ukhuwah sesama muslim

MALAYSIAKINI / Hizbut Tahrir: Kursus BTN 'program maksiat'


Sumber : disini


Hizbut Tahrir: Kursus BTN 'program maksiat'
Abdul Rahim Sabri Dec 4, 09 4:34pm

kemaskini 5.50pm

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) membantah program Biro Tatanegara (BTN) dengan mendakwa ia satu bentuk "maksiat" kepada Allah apabila kursusnya menjurus kepada unsur mendewa-dewakan pemimpin negara secara "membabi buta"."Daripada pengakuan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan sendiri, apatah lagi oleh mereka yang pernah mengikuti program ini, ia jelas menjurus kepada maksiat kerana program ini menyemai rasa cinta kepada bangsa dan negara," satu risalah kumpulan itu dipetik."Dengan kata lain menyemai perasaan 'assabiyyah (perkauman) dan wathaniyah (kebangsaan) yang jelas diharamkan oleh Islam."Indoktrinasi agar mentaati pemimpin secara membabi buta juga jelas merupakan satu bentuk kemaksiatan kepada Allah, kerana para pemimpin yang ada (kini) memerintah dengan sistem sekular dengan menerapkan undang-undang kufur ke atas kita semua."Risalah dua halaman bertajuk 'Indoktrinasi Yang Menyimpang Wajib Dibetulkan' diedarkan di beberapa masjid di ibu kota ketika solat Jumaat hari ini, antaranya Masjid Negara, masjid Bangsar dan masjid Kampung Baru.Malaysiakini menyaksikan kira-kira 20 aktivis perkumpulan Islam antarabangsa itu, yang ditubuhkan pada 1950-an untuk menegakkan sistem khalifah Islam, mengedarkan risalah sehelai itu sebelum dan selepas solat di Masjid Negara.Memetik tulisan risalah tersebut, HTM berkata kursus BTN sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman terhadap bangsa Melayu, lalu menyeru orang-orang Melayu "memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanahair tidak tergadai.""Pendek kata, dalam (kursus) BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN," risalah itu dipetik.Dengan menyifatkan BTN "satu senjata perang saraf kerajaan", Hizbut Tahrir berkata perdana menteri sendiri "tidak senang duduk dengan pendedahan (keburukan) ini." "Siapa tidak tahu tentang propaganda Umno menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut? "Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor," kata organisasi itu dalam risalah tersebut.HTM juga menggesa umat Islam menegur dan membetulkan pemimpin daripada terus melakukan perkara maksiat itu."Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin. "Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak rakyat, mengabai kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang daripada hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah".Risalah Suara Kebangkitan (atau Shoutul Nahdhah), yang mendapat permit penerbitan mingguan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), turut memetik maksud al-Quran dan hadis untuk menguatkan hujah mereka berhubung biro kontroversi bawah Jabatan Perdana Menteri itu.Sementara itu, Ketua Cawangan HTM Kuala Lumpur Ahmad Kori Shafie, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan risalah tersebut memang diterbitkan oleh kumpulannya Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN).Sebelum ini, tambahnya, HTM juga sering menerbit dan mengedarkan risalah yang menjelaskan pendirian mereka di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan umat Islam ketika hari Jumaat.Setiap edisi termasuk edisi terbaru ini, kumpulannya sebagai mewakili HTM mengedarkan 10,000 keping risalah, tambahnyaAhmad Kori, sebagai pengurus IKIN, berkata tiada masalah bagi orang ramai untuk membuat salinan risalah tersebut. "Kita tak akan saman orang yang hendak buat kerja baik," katanya.

-------------------------------------

Tahniah kepada Abdul Rahim Sabri (Malaysiakini) kerna berani menyebarkan dan menerbitkan suara kebenaran bagi kaum muslimin.