SERUAN HIZBUT TAHRIR SELURUH MALAYSIA (1 Muharram 1431H)

Wahai kaum muslimin....
Berhijrahlah kalian dari darul kufur kepada darul Islam sebagimana hijrahnya Rasulullah SAW ke Madinah dan menegakkan Daulah Khilafah Islamiyah yang pertama.

“Wahai para ulama yang dimuliakan! Sesungguhnya, ulama yang bertakwa dan ikhlas lebih berhak atas urusan ini (menegakkan Khilafah), dan tempatnya selalu di barisan terhadapan dalam setiap kebaikan. Untuk itu, kami tidak ingin hanya berkata kepada anda, “Sokonglah kami, tolonglah kami dan bantulah kami.” Namun, dengan rasa hormat dan ketulusan dari lubuk hati yang paling dalam, kami ingin berkata kepada anda lebih dari semua itu, “Berjuanglah bersama kami, dan bekerjasamalah dengan kami, untuk kebaikan ini.” Sesungguhnya kemuliaan Islam dan kaum Muslimin adalah di tangan Allah dan sudah semakin hampir. Semua itu pasti akan terwujud dengan izin Allah.”




Sertai kami dalam seruan mulia ini

HUKUM BERTEPUK TANGAN


SOAL :
Bagaimana hukum bertepuk tangan, misalnya dalam suatu forum? Idham

JAWAB :

Dik Idham, hukum bertepuk tangan dalam suatu forum, misalnya saja tabligh akbar, adalah mubah. Sebab, bertepuk tangan termasuk perbuatan jibiliyah (af’al jibiliyyah) yang hukum asalnya mubah, sepanjang tidak ada dalil yang mengharamkan (Taqiyuddin an-Nabhani, asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyah, III/85).

Perbuatan jibiliyah adalah perbuatan yang secara alamiah (fitrah) dilakukan oleh manusia sejak penciptaannya dan menjadi bagian integral (tak terpisahkan) dari sifat kemanusiaannya. Misalnya berpikir, berbicara, berjalan, berlari, melompat, duduk, makan, minum, mendengar, melihat, membaui, mengecap, dan seterusnya. Termasuk menggerakkan anggota tubuh (tasharruf al-a’dha`) (asy-Syaukani, Irsyadul Fuhul, hlm.35). Misalkan menggerakkan tangan (seperti bertepuk tangan), menggerakkan kaki (seperti berjalan dengan berjingkat/jinjit), menggerakkan kepala (seperti menggelengkan kepala), dan seterusnya.

Perbuatan jibiliyyah itu hukum asalnya mubah, selama tidak ada dalil yang mengharamkan. Jika ada dalil tertentu yang mengharamkan suatu perbuatan jibiliyah, barulah hukumnya haram. Melihat, hukum asalnya boleh. Tapi melihat aurat, hukumnya haram, karena ada dalil yang mengharamkannya, misalnya firman Allah Swt. (artinya), “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya…” (QS an-Nuur [24] : 31)

Jadi, bertepuk tangan hukumnya mubah. Karena merupakan perbuatan jibiliyah dan tidak terdapat dalil yang mengharamkannya. Namun, hukumnya bisa menjadi haram, apabila diduga kuat menjadi sarana (wasilah) kepada yang haram. Ini sesuai kaidah fiqih : “Al-wasilah ila al-haram haram” (Segala sesuatu yang dapat mengantarkan kepada yang haram, hukumnya haram). Misalnya, bertepuk tangan dalam pertunjukan dangdut yang mengumbar aurat atau menyajikan nyayian yang haram. Ini akan mengokohkan, menyemangati, atau mendukung sesuatu yang jelas telah diharamkan.

Ada pihak yang tidak membolehkan bertepuk tangan, berdalil firman Allah Swt. : “Sembahyang mereka di sekitar Baitullah ini, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan.” (QS al-Anfaal [8] : 35)

Namun, ayat tersebut sebenarnya tidak melarang tepuk tangan itu sendiri, melainkan tepuk tangan yang dimaksudkan sebagai ibadah. Ini dapat diketahui dari sababun nuzul ayat tersebut, yang berkaitan dengan kaum kafir Quraisy yang bertawaf mengelilingi Ka’bah seraya bersiul dan bertepuk tangan (Jalaluddin as-Suyuthi, Tafsir al-Jalalain, hlm. 133).

Jadi, yang diharamkan bukanlah tepuk tangan itu sendiri, melainkan tepuk tangan yang diniatkan sebagai ibadah. Adapun tepuk tangan yang tidak diniatkan sebagai cara beribadah kepada Allah, tetapi hanya dimaksudkan untuk mendukung, setuju, atau sepakat terhadap sesuatu, hukumnya tetap mubah dan tidak mengapa. Kaidah fiqihnya : “ Al-umuur bi maqaashidiha.” (Segala perkara itu bergantung pada maksud-maksudnya) (Abdul Hamid Hakim, Mabadi` Awwaliyah, hlm. 22). Wallahu a’lam.[] (www.konsultasi.wordpress.com)



Lebih 300 cendekiawan hadiri ‘Simposium Ilmuwan Islam 2009’ anjuran Hizbut Tahrir Malaysia


SIMPOSIUM Ilmuan Islam 2009 anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dan Khilafah Centre Sabtu lalu (5 Disember 2009) yang berlangsung di Auditorium Abu Zarim, Integrated Learning Solution (ILSAS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor telah berjaya menarik lebih 300 Ilmuwan Islam dari seluruh Malaysia.








Selaras dengan tema “Ilmuan Bersatu Menggagas Penegakan Syariah dan Khilafah”, simposium yang julung kali diadakan oleh HTM ini dihadiri oleh pimpinan parti politik tanahair, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam, ahli akademik dari IPTA dan IPTS, pemimpin gerakan Islam, pegawai agama negeri, pemimpin masyarakat, serta imam-imam masjid dan surau seluruh negara.





Bermula dari jam 8 pagi dan tamat pada lebih kurang jam 5.00 petang, simposium ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Muhammad dan menghadirkan tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Ridhuan Hakim dan Ustaz Umar Hussain yang merupakan AJK Pimpinan Pusat HTM, serta Presiden HTM sendiri, Ustaz Abdul Hakim Othman.


Selaras dengan tema simposium, ketiga-tiga ahli panel berjaya menegaskan kepada para Ilmuwan Islam yang hadir bahawa hanya penegakan Syariah dan Khilafah sahajalah menjadi satu-satunya jalan untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam di seluruh dunia pada hari ini.
Simposium dimulai dengan Kalimah Iftitah (Kata Pembuka) dari Amir Hizbut Tahrir, Syeikh Atha' Abu Rasytah yang disiarkan secara audio dan bertulis kepada hadirin. Antara intipati ucapan pemimpin tertinggi Hizbut Tahrir seluruh dunia itu ialah, beliau menyeru kepada semua ulama bahawa Islam tidak akan dapat diterapkan dengan sempurna tanpa sebuah negara iaitu Khilafah. Selaras dengan itu, Hizbut Tahrir seluruh dunia berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah untuk menegakkan Khilafah yang merupakan 'vital issue' (masalah utama) bagi kaum Muslimin dan merupakan satu kewajipan yang teramat jelas. Hizbut Tahrir akan terus berjuang menjadikan Khilafah sebagai pendapat umum (ra'yul am / public opinion) di kalangan umat Islam dan Khilafah adalah sebuah kenyataan yang terlihat jelas di hadapan mata Hizbut Tahrir, tegasnya dalam audio tersebut.



Di akhir ucapannya yang mengambil masa lebih kurang setengah jam, Amir Hizbut Tahrir itu menyeru,
“Wahai para ulama yang dimuliakan! Sesungguhnya, ulama yang bertakwa dan ikhlas lebih berhak atas urusan ini (menegakkan Khilafah), dan tempatnya selalu di barisan terhadapan dalam setiap kebaikan. Untuk itu, kami tidak ingin hanya berkata kepada anda, “Sokonglah kami, tolonglah kami dan bantulah kami.” Namun, dengan rasa hormat dan ketulusan dari lubuk hati yang paling dalam, kami ingin berkata kepada anda lebih dari semua itu, “Berjuanglah bersama kami, dan bekerjasamalah dengan kami, untuk kebaikan ini.” Sesungguhnya kemuliaan Islam dan kaum Muslimin adalah di tangan Allah dan sudah semakin hampir. Semua itu pasti akan terwujud dengan izin Allah.”

Majlis kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas kerja pertama oleh Ustaz Ridhuan Hakim yang bertajuk “Peranan Ilmuwan dan Gerakan Islam di Dalam Menegakkan Syariah Dan Khilafah”. Secara umumnya, Ustaz Ridhuan menekankan bahawa para Ilmuwan Islam perlu terus berinteraksi dengan masyarakat dan menjadi barisan hadapan memimpin perubahan pemikiran masyarakat kerana mereka adalah golongan yang dihormati dan suara mereka didengar oleh masyarakat. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh para Ilmuwan adalah membawa perjuangan ini (penegakan Syariah dan Khilafah) ke dalam tubuh umat, agar umat bersama-sama berjuang ke arah kebaikan ini.
Ustaz Abdul Hakim pula, di dalam kertas kerjanya menjelaskan secara terperinci akan methodologi untuk menegakkan Khilafah. “Umat Islam perlu yakin bahawa mereka kini hidup di negara kufur dan perlu yakin bahawa menegakkan negara Islam Khilafah merupakan satu kewajiban yang mana negara tersebut akan menjadi intisusi penegak segala hukum Allah di muka bumi. Justeru, Ilmuan dan gerakan Islam mesti bersatu tekad, suara dan usaha bagi merealisasikan kewajipan ini” tegasnya.
Presiden HTM itu seterusnya menyatakan bahawa Rasulullah telah menunjukkan jalan kepada kita bagaimana untuk menegakkan Daulah Islam, yakni perjuangan baginda selama 13 tahun di Mekah, sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Jelasnya, lagi, Hizbut Tahrir mengambil thariqah (jalan) Rasulullah ini di mana jalannya adalah secara politik dan intelektual tanpa kekerasan. Inilah metode yang wajib diikuti oleh setiap Muslim dan gerakan Islam. Beliau dengan tegas mengatakan bahawa usaha menegakkan Khilafah tidak akan diredhai oleh Allah jika tidak mengikut thariqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Demokrasi dan pilihan raya yang ada sekarang bukanlah caranya, tegas beliau lagi.

Pembentangan kertas kerja diakhiri oleh Ustaz Umar Hussain yang menyampaikan tajuk "Cabaran dan Ancaman Penegakan Syariah dan Khilafah". Beliau dengan lantang menegaskan bahawa syariah sudah tidak lagi wujud dalam kehidupan umat Islam kini dan ia telah lama diganti dengan sistem sekular. Perjuangan Rasullah SAW dan para sahabat dahulu, semasa fasa Mekah menghadapi pelbagai cabran dan ancaman seperti baginda dituduh sebagai orang gila, tukang sihir serta menghadapi kekerasan fizikal dari pemerintah kafir Quraisy, ujarnya. Dan begitulah juga ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh Hizbut Tahrir dan gerakan Islam lainnya di dalam menegakkan agama Allah sekarang. Malangnya, kata Umar Hussain, kalau Rasulullah dahulu dizalimi oleh Quraisy yang kafir, tetapi kini umat Islam dizalimi oleh pemimpin mereka yang beragama Islam.

Selepas makan dan solat, simposium bersambung dengan sessi soal-jawab dan dialog di antara para Ilmuan dan pemimpin HTM. Ternyata, para Ilmuan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan dan memberikan komen yang menunjukkan persetujuan mereka kepada perjuangan Hizbut Tahrir dalam menegakkan Syariah dan Khilafah.

Selesai soal-jawab dan dialog, majlis diakhiri dengan acara kemuncak yang dilakukan oleh Ustaz Abdul Hakim dengan membacakan Deklarasi Simposium. Laungan TAKBIR bergema sebanyak tiga kali di Auditorium Abu Zarim seusai Presiden HTM itu membacakan deklarasi dengan penuh semangat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Abu Arsyad dan sebelum bersurai, para Ilmuan dijemput turun satu per satu dari tempat duduk masing-masing untuk bersalaman dengan barisan kepimpinan HTM sebagai tanda kekuatan ukhwah sesama Muslim.
HTM dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ilmuwan yang hadir dan tidak lupa juga kepada ramai yang ingin hadir tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana ada keuzuran. Semoga Allah menyatukan hati-hati dan usaha kita ke arah perjuangan menegakkan Syariah dan Khilafah. ALLAHU AKBAR!

Seminar Muslimah: Hijrah dan Pengorbanan






Dengan sukacita, dijemput para Muslimat ke Seminar Hijrah dan Pengorbanan anjuran Ikatan Intelektual Nusantara dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia bagi sama- sama menghayati erti sebenar hijrah dan pengorbanan sempena kedatangan Maal Hijrah. Butiran seminar adalah seperti berikut :


Tarikh : 13hb Disember 2009 (Ahad) bersamaan 26 Zulhijjah 1430H

Waktu : 0830pagi – 1230tengahari

Tempat : Masjid Muaz Bin Jabal, Persiaran Setiawangsa,Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.


Semoga dengan kehadiran puan-puan akan mengeratkan lagi ukhuwah sesama muslim

MALAYSIAKINI / Hizbut Tahrir: Kursus BTN 'program maksiat'


Sumber : disini


Hizbut Tahrir: Kursus BTN 'program maksiat'
Abdul Rahim Sabri Dec 4, 09 4:34pm

kemaskini 5.50pm

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) membantah program Biro Tatanegara (BTN) dengan mendakwa ia satu bentuk "maksiat" kepada Allah apabila kursusnya menjurus kepada unsur mendewa-dewakan pemimpin negara secara "membabi buta"."Daripada pengakuan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan sendiri, apatah lagi oleh mereka yang pernah mengikuti program ini, ia jelas menjurus kepada maksiat kerana program ini menyemai rasa cinta kepada bangsa dan negara," satu risalah kumpulan itu dipetik."Dengan kata lain menyemai perasaan 'assabiyyah (perkauman) dan wathaniyah (kebangsaan) yang jelas diharamkan oleh Islam."Indoktrinasi agar mentaati pemimpin secara membabi buta juga jelas merupakan satu bentuk kemaksiatan kepada Allah, kerana para pemimpin yang ada (kini) memerintah dengan sistem sekular dengan menerapkan undang-undang kufur ke atas kita semua."Risalah dua halaman bertajuk 'Indoktrinasi Yang Menyimpang Wajib Dibetulkan' diedarkan di beberapa masjid di ibu kota ketika solat Jumaat hari ini, antaranya Masjid Negara, masjid Bangsar dan masjid Kampung Baru.Malaysiakini menyaksikan kira-kira 20 aktivis perkumpulan Islam antarabangsa itu, yang ditubuhkan pada 1950-an untuk menegakkan sistem khalifah Islam, mengedarkan risalah sehelai itu sebelum dan selepas solat di Masjid Negara.Memetik tulisan risalah tersebut, HTM berkata kursus BTN sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman terhadap bangsa Melayu, lalu menyeru orang-orang Melayu "memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanahair tidak tergadai.""Pendek kata, dalam (kursus) BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN," risalah itu dipetik.Dengan menyifatkan BTN "satu senjata perang saraf kerajaan", Hizbut Tahrir berkata perdana menteri sendiri "tidak senang duduk dengan pendedahan (keburukan) ini." "Siapa tidak tahu tentang propaganda Umno menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut? "Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor," kata organisasi itu dalam risalah tersebut.HTM juga menggesa umat Islam menegur dan membetulkan pemimpin daripada terus melakukan perkara maksiat itu."Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin. "Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak rakyat, mengabai kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang daripada hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah".Risalah Suara Kebangkitan (atau Shoutul Nahdhah), yang mendapat permit penerbitan mingguan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), turut memetik maksud al-Quran dan hadis untuk menguatkan hujah mereka berhubung biro kontroversi bawah Jabatan Perdana Menteri itu.Sementara itu, Ketua Cawangan HTM Kuala Lumpur Ahmad Kori Shafie, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan risalah tersebut memang diterbitkan oleh kumpulannya Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN).Sebelum ini, tambahnya, HTM juga sering menerbit dan mengedarkan risalah yang menjelaskan pendirian mereka di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan umat Islam ketika hari Jumaat.Setiap edisi termasuk edisi terbaru ini, kumpulannya sebagai mewakili HTM mengedarkan 10,000 keping risalah, tambahnyaAhmad Kori, sebagai pengurus IKIN, berkata tiada masalah bagi orang ramai untuk membuat salinan risalah tersebut. "Kita tak akan saman orang yang hendak buat kerja baik," katanya.

-------------------------------------

Tahniah kepada Abdul Rahim Sabri (Malaysiakini) kerna berani menyebarkan dan menerbitkan suara kebenaran bagi kaum muslimin.



Dibawah sistem pendidikan sekular.......



Adik Izzati sedih dalam kegembiraan..
Anak kepada pemandu lori, Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57."Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak

Sumber baca disini


Samada benar atau tidak... inilah realiti. Inilah yang dikatakan sistem pemerintahan

DARI RAKYAT... OLEH RAKYAT... UNTUK RAKYAT...

Adilkah sistem ini??????

Bagi mereka yang bergaji $5000.oo sebulan, mungkin ini tidak masalah. Namun begaimana yang berpendapatan rendah. Mungkin ini bukan dari keluarga anda tetapi dia adalah rakyat Malaysia dan dia berhak mendapat pendidikan percuma jika Malaysia menggunakan sistem Khilafah.
Mereka adalah saudara kita. Mereka beragama Islam. Inikah yang dikatakan negara Islam??? Dimanakah Islamnya negara Malaysia. Adakah dengan hanya membina masjid, membenarkan sembahyang, boleh berpuasa, ada pejabat zakat sudah boleh di istihar negara Islam???

Wahai kaum muslimin...

Hanya dengan sistem Islam yakni Khilafah yang mampu memberikan keadilan kepada seluruh manusia. Ketahuilah bahawa Islam telahpun mempunyai sistemnya sendiri yang telah digunapakai untuk memerintah 2/3 dunia.

Wahai kaum muslimin...

Ketahuilah bahawa pendidikan, air, api, kesihatan dan banyak lagi adalah wajib di sediakan oleh pemerintah secara percuma. Inilah akibatnya jika sistem yang digunakan adalah dari akal manusia dan bukan dari wahyu Allah. Menusia mengubah sistem untuk kepentingan sesuatu.

Wahai kaum muslimin...

Kembalilah kalian kepada sistem wahyu dari Allah yakni sistem Khilafah kerna hanya sistem inilah yang mampu menerapkan hukum Allah secara kaffah.

Wahai kaum muslimin...

Apakah pilihan anda ketika ini....
Demokrasi ciptaan manusia atau sistem khilafah yang menggunakan Al-Quran dan hadis sebagai perlembagaan negara???

Bolehkah Menasihati Penguasa di Tempat Umum?


Assalamualaikum


Sekadar memaparkan kembali supaya kita tidak lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Semoga artikel ini menjadi sumber rujukan dan penerangan supaya meletakkan hadis pada keadaan yang betul dan yang penting "akal adalah unutk memahami nas dan bukan mengubah nas dan meletakkan nas pada tempat yang tidak sepatutnya". Allahualam....



Soal:
Bolehkah menasihati penguasa di tempat umum, baik secara langsung maupun melalui demonstrasi?


Jawab:
Nasihat adalah hak setiap orang, mulai dari rakyat jelata hingga para penguasa. Artinya, mereka mempunyai hak untuk dinasihati. Sebaliknya, nasihat menjadi kewajiban bagi setiap mukallaf, tatkala menyaksikan kemungkaran atau kezaliman yang dilakukan oleh orang lain; baik pelakunya penguasa maupun rakyat jelata. Inilah yang dinyatakan dalam hadis Nabi saw.:


«الدِّينُ النَّصِيحَةُ، ِللهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ»
Agama adalah nasihat; untuk Allah, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslim, dan orang-orang awam. (HR al-Bukhari dan Muslim).


Karena itu, nasihat sebagai upaya mengubah perilaku mungkar atau zalim orang lain, baik penguasa maupun rakyat jelata, sesungguhnya tidak dapat dilepaskan dari konteks dakwah bi al-lisân (melalui lisan maupun tulisan), sebagaimana sabda Nabi saw.:


«مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ»
Siapa saja yang menyaksikan kemungkaran, hendaknya mengubahnya dengan tangan-nya. Jika tidak mampu, hendaknya dengan lisannya. (HR Muslim).


Inilah yang dilakukan oleh para ulama Salaf ash-Shalih terdahulu, seperti Abdullah bin Yahya an-Nawawi kepada Sultan Badruddin. Dalam Tahdzib al-Asma’ karya Abu Yahya Muhyiddin bin Hazzam disebutkan, tatkala Abdullah bin Yahya an-Nawawi mengirim surat kepada Sultan Badruddin, dan Baginda menjawab suratnya dengan marah dan nada ancaman, ulama ini pun menulis surat kembali kepada Baginda, “Bagiku, ancaman itu tidak akan mengancam diriku sedikitpun. Aku pun tidak akan mempedulikannya dan upaya tersebut tidak akan menghalangiku untuk menasihati Sultan. Sebab, aku berkeyakinan, bahwa ini adalah kewajibanku dan orang lain, selain aku. Adapun apa yang menjadi konsekuensi dari kewajiban ini merupakan kebaikan dan tambahan kebajikan.”1



Jenis kemungkaran yang hendak diubah, dilihat dari aspek bagaimana pelakunya melakukan kemungkaran tersebut dapat diklasifikasikan menjadi dua: Pertama, kemungkaran yang dilakukan secara diam-diam, rahasia, dan pelakunya berusaha merahasiakannya. Kedua, kemungkaran yang dilakukan secara terbuka, demonstratif, dan pelakunya tidak berusaha untuk merahasia-kannya; justru sebaliknya.


Jenis kemungkaran yang pertama tentu berbeda dengan kemungkaran yang kedua. Orang yang tahu perkara tersebut hendaknya menasihatinya secara diam-diam dan kemungkaran yang dilakukannya pun tidak boleh dibongkar di depan umum; justru wajib ditutupi oleh orang yang mengetahuinya. Nabi saw. bersabda:


«مَنْ سَتَرَ عَوْرَةً فَكَأَنَّمَا اِسْتَحْيَا مَوْءُوْدَةً مِنْ قَبْرِهَا»
Siapa saja yang menutupi satu aib, maka (pahalanya) seolah-olah sama dengan menghidupkan bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup dari kuburnya. (HR Ibn Hibban).


Berbeda dengan jenis kemungkaran yang kedua, yaitu kemungkaran yang dilakukan secara terbuka dan terang-terangan. Dalam kasus seperti ini, pelaku kemungkaran tersebut sama saja dengan menelanjangi dirinya sendiri dengan kemungkaran yang dilakukannya. Untuk menyikapi jenis kemungkaran yang kedua ini, sikap orang Muslim terhadapnya dapat dipilah menjadi dua: Pertama, jika kemaksiatan atau kemungkaran tersebut pengaruhnya terbatas pada individu pelakunya, dan tidak mempengaruhi publik, maka kemaksiatan atau kemungkaran seperti ini tidak boleh dibahas atau dijadikan perbincangan. Tujuannya agar kemungkaran tersebut tidak merusak pikiran dan perasaan kaum Muslim, dan untuk menjaga lisan mereka dari perkara yang sia-sia; kecuali jika kemaksiatan atau kemungkaran tersebut diungkapkan untuk mengingatkan masyarakat akan bahaya orang fasik yang melakukan kemaksiatan tersebut.


Kedua, jika kemaksiatan atau kemungkaran tersebut pengaruhnya tidak terbatas pada individu pelakunya, sebaliknya telah mempengaruhi publik, misalnya seperti kemungkaran yang dilakukan oleh sebuah institusi, baik negara, organisasi, kelompok atau komunitas tertentu. Kemaksiatan atau kemungkaran seperti ini justru wajib dibongkar dan diungkapkan kepada publik agar mereka mengetahui bahayanya untuk dijauhi dan ditinggalkan supaya mereka terhindar dari bahaya tersebut. Inilah yang biasanya disebut kasyf al-khuthath wa al-mu’amarah (membongkar rancangan dan konspirasi jahat) atau kasyf al-munkarât (membongkar kemungkaran).


Ini didasarkan pada sebuah hadis penuturan Zaid bin al-Arqam yang mengatakan, “Ketika aku dalam suatu peperangan, aku mendengar Abdullah bin Ubay bin Salul berkata, ‘Janganlah kalian membelanjakan (harta kalian) kepada orang-orang yang berada di sekitar Rasulullah, agar mereka meninggalkannya. Kalau kita nanti sudah kembali ke Madinah, pasti orang yang lebih mulia di antara kita akan mengusir yang lebih hina.’ Aku pun menceritakannya kepada pamanku atau Umar, lalu beliau menceritakan-nya kepada Nabi saw. Beliau saw. pun memanggilku dan aku pun menceritakannya kepada beliau.” 2



Apa yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubay dan diketahui oleh Zaid bin al-Arqam, kemudian disampaikan kepada Rasulullah saw., adalah kemungkaran (kemaksiatan) yang membahayakan kemaslahatan Islam dan kaum Muslim, bukan hanya diri pelakunya. Abdullah bin Ubay sendiri ketika ditanya, dia mengelak tindakannya, yang berarti masuk kategori perbuatan yang ingin dirahasiakan oleh pelakunya. Akan tetapi, tindakan Zaid bin al-Arqam yang membongkar ihwal dan rahasia Abdullah bin Ubay tersebut ternyata dibenarkan oleh Nabi saw. Padahal seharusnya tindakan memata-matai dan membongkar rahasia orang lain hukum asalnya tidak boleh. Perubahan status dari larangan menjadi boleh ini menjadi indikasi, bahwa hukum membeberkan dan membongkar rahasia seperti ini wajib, karena dampak bahayanya bersifat umum.3


Karena itu, tindakan mengkritik kebijakan zalim atau mungkar yang dilakukan oleh penguasa, baik secara langsung ketika berada di hadapannya maupun tidak langsung, misalnya melalui tulisan, demonstrasi atau masîrah, bukan saja boleh secara syar‘i, tetapi wajib.4 Kewajiban ini bahkan pahalanya dinyatakan sebanding dengan pahala penghulu syuhada, yaitu Hamzah bin Abdul Muthallib, seperti dalam hadis Nabi saw.:


«سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ المُطَلِّبِ وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ»
Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. (HR al-Hakim).


Apa yang dilakukan oleh para Sahabat terhadap Umar dalam kasus pembatasan mahar atau pembagian tanah Kharaj hingga kain secara terbuka di depan publik adalah bukti kebolehan tindakan ini. Memang, ada pernyataan Irbadh bin Ghanam yang mengatakan, “Siapa saja yang hendak menasihati seorang penguasa, maka dia tidak boleh mengemukakannya secara terbuka, tetapi hendaknya menarik tangannya dan menyendiri. Jika dia menerimanya maka itu kebaikan baginya; jika tidak, pada dasarnya dia telah menunaikannya.”5 Akan tetapi, pada dasarnya pernyataan tersebut tidak menunjukkan adanya larangan mengkritik atau menasihati penguasa di depan publik; ia hanya menjelaskan salah satu cara (uslûb) saja.



Dengan demikian, bisa disimpulkan, bahwa menasihati penguasa atau mengkritik kebijakan penguasa yang zalim, termasuk membongkar kemungkaran atau konspirasi jahat terhadap Islam dan kaum Muslim hukumnya wajib, hanya saja cara (uslûb)-nya bisa beragam; bisa dilakukan langsung, dengan bertemu face to face; atau secara tidak langsung, dengan melalui tulisan, surat, demonstrasi atau masîrah. Melakukan upaya dengan lisan—termasuk melalui tulisan, seperti surat terbuka, buletin, majalah, atau yang lain—baik langsung maupun tidak, jelas lebih baik ketimbang upaya bi al-qalb (dengan memendam ketidaksukaan), apalagi jika tidak melakukan apa-apa, sementara terus mengkritik orang lain yang telah melakukannya. Fal ‘iyâdzu billâh. []




Catatan Kaki
1 HR al-Bukhari dan Muslim, Shahîhayn, hadis no. 4520 dan 4976.
2 Ibn Hazzam, Tahdzîib al-Asmâ‘, Dar al-Fikr, Beirut, cet. Pertama, 1996, I/22.
3 Hizbut Tahrir, Min Muqawwimât an-Nafsiyah al-Islâmiyyah, Dar al-Ummah, Beirut, cet. Pertama, 2004, hlm. 112-113.
4 Meski sebagai cara (uslûb), menyampaikan pendapat, tulisan, demonstrasi atau masirah tersebut statusnya tetap mubah, dan tidak berubah menjadi wajib. Yang wajib adalah menyampaikan nasihat dan kritik terhadap kebijakan zalim atau mungkar yang dilakukan oleh penguasa.
5 Abu Syuja’, Al-Firdaws min Ma’tsûr al-Khaththab, Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut, cet. Pertama, 1986, III/591.






JAWAPAN KPD BLOG IZZAMIL

Ini adalah tulisan balasan kepada pengendali blog http://izzamil.blogspot.com/

Baca tulisannya disini

Disini ingin dijelaskan perkara sebenar dari tulisan dan penyelewengan fakta yang di tulis oleh pengendali blog yang tidak bertanggungjawab diatas segala tulisannya.


Bermula apabila teguran dibuat oleh ana kepada PEKIDA. Namun ada seorang hamba Allah yang membalasnya dengan cara yang mungkin baik pada pandangannya. Ana menghantar email kepada beliau bagi bertemu namun tidak berbalas. Ana menghantar email sebanyak 3 kali dan semua kronologi antum boleh baca disini.



Salinan di atas adalah email ana kepada beliau. Jadi antum semua boleh membaca dan membuat penilaian.

Ana juga cuba berhubung dengan beliau melalui blog sebanyak 2 kali bagi mendapatkan jawapan, namun comment box hanya dapat dipaparkan apabila mendapat owner approval.


Diatas adalah salinan dari cbox ana dan antum semua boleh mencarinya di cbox dan klik pada old massage.

Beliau menuduh ana menegur dengan cara kurang ajar dan biadap. Antum semua boleh membaca salinan yang ana sertakan dan komen kepada ana (ana akan buka komen box untuk semua).

Berikut adalah komen beliau dirangkap ke-enam.

.... menjadi bahan rujukan kepada setiap percakapan dan penulisan.


Antum boleh baca tulisan beliau di link yang ana berikan dan salinan yang disertakan.

Rangkap ke-7
.... ideologi yang mereka dibawa itu lebih kepada nafsu syaitan yang tidak bertempat.

Astaqfirullahalazim.... kitab apakah menjadi rujukan beliau yang menyebabkan beliau mampu mengeluarkan kenyataan sebegini.

Banyak lagi yang boleh didedahkan disini tetapi biarlah antum semua yang membacanya sendiri.
Ingin ditetapkan disini bahawa, dakwah tidak perlukan kelulusan parlimen atau kelulusan majlis agama ataupun ketua kampung. Dakwah adalah kewajipan setiap muslim termasuk antum semua. Dan memberi peringatan adalah perintah Allah dan bilamana dari Al-Khalid maka ia adalah wajib.
"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. "[Al-Ghasiyah(88):21]
Rasulullah SAW juga pernah bersabda
"Barangsiapa yang menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya. (HR Muslim).
Lupakah antum akan peringatan ini. Tidakkah antum mahu menyertai penghulu syuhada kaum muslimin yang berbicara benar dihadapan pemerintah sehingga dibunuh.
"Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. (HR al-Hakim).
Mungkin antum boleh baca mengenai muhasabah pemerintah disini.
Beginilah adanya menteliti pemikiran mereka yang semakin dijajah oleh sekular. Akal digunakan untuk sesuatu kepentingan bagi membenarkan kelakuan. Ketahui wahai saudaraku sekalian dan seluruh kaum muslimin. Akal adalah untuk memahami nas dan meletakkan nas pada tempat yang betul. Bukan untuk sesuatu kepentingan.
Wahai kaum muslimin,
Sedarlah, pemikiran ummat hari ini suka menghukum tanpa periksa. Pemikiran yang busuk dengan sekularisma. Pemikiran yang menggunakan sebahagian sahaja Al-Quran dan Sunnah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Pemikiran yang memisahkan agama dari kehidupan.
Wahai kaum muslimin,
Kembalilah kepada ajaran Islam secara kaffah. Tiada perkataan extremis mahu mis-mis yang lain didalam Islam. Islam hanya satu.
Wahai kaum muslimin,
BERSEDIAKAN ANTUM SEMUA BERHADAPAN DENGAN ALLAH KELAK????
Update : 17 Nov 2009
/// Tolong masukkan juga address blog ana didalam blog anta supaya semua pembaca tahu dan boleh membaca secara adil dari kedua-dua pihak ///
** Kepada yang berkenaan, ana mohon kepada anta supaya kembali ke deen Allah. Jika anta fikir ana berada dipihak yang benar maka berikah bukti yang menunjukkan "ini adalah ajaran sesat". Jika antum hendak membuat laporan kepada pihak berkuasa, maka silakan. Tiada masalah bagi ana dan juga pendakwah gerakan Islam yang lain. Jika sudi maka boleh kita bertemu muka secara empat maka. Jika masih dengan prinsip anta....
Cuma ana minta supaya hidayah dari Allah sampai kepada anta dan kembali ke pangkal jalan dan "KITA AKAN BERTEMU DI HARI PEMBALASAN NANTI DENGAN HUJAH MASING-MASING".

BAI'AT...SIAPA YANG KITA NAK BUNUH DULU????


“Jika (terjadi) bai’at kepada dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya” [HR Muslim]

Setelah terbongkarnnya bai'at talah tiga yang dilakukan oleh satu gerakan Islam di Malaysia (bukan semua tempat) maka banyaklah yang mengeluarkan pandangan masing-masing. Namun masih tidak diketahui kebenarannya kerna ada yang menafikan dan ada yang mengiakan perbuatan bai'at.






Dari sabda Rasulullah SAW sepertimana hadis diatas, maka kita lebih mengetahui bahawa bai'ah adalah kepada Khalifah. Namum pemikiran ummat kita telah mengubah persepsi maknai bai'ah kepada hukum akal semata-mata. Bai'ah dimaknakan sebagai taat setia.





Juga tidak dinafikan wujudnya segelintir ummat yang membai'at guru silat, tok iman, ketua pemuda, ketua kampung dan sebagainya. Ummat kini hanya memahami bahawa bai'at itu maknanya taat setia sedangkan perkataan bai'at itu hanya layak kepada akad restu taat setia pelantikan sebagai khalifah.

Persolannya............

Jika bai'at ini adalah taat setia. Jika seorang anak melafazkan bai'at kepada ayahnya.

"Saya berjanji akan bai'at (taat setia) kepada ayah sebagai ayah saya....."

dan sebulan kemudian melafazkan bai'at kepada ibu

"Saya berjanji akan bai'at (taat setia) kepada ibu sebagai ibu saya....."

Jika makna bai'at yang kita fahami sebagai taat setia, siapa yang wajib anda bunuh dulu.


Dari hadis Rasulullah SAW, baginda melarang membai'at 2 khalifah dan bunuhlah terakhir dari keduanya.

Jika bai'at disamakan dengan taat setia, maka pihak bank pun dah jadi khalifah.

"Saya berjanji akan taat pada perjanjian jual beli rumah/kereta ini bla bla
bla....."

Wahai ummat Islam,

Ketahuilah, bai'at hanya wajib pada khalifah dan perkataan bai'at ini hanya layak pada khalifah dan seluruh ummat Islam wajib membai'at khalifah. Selain pada khalifah maka tidak layak dikatakan dan penggunakan perkataan bai'at. Lebih eloknya digantikan kepada akad janji taat setia kepada parti atau sebagainya dan bukan perkataan "bai'at.

Penyalahgunaan perkataan semakin ketara.


Wajib.... jika difahami adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan jika meninggalkan maka berdosalah kita. Hadir menyuarat itu wajib. Kursus itu wajib. Lumba lari itu wajib. Mata pelajaran ini wajib.

Adakah wajib seperti ini mendatangkan dosa jika ditinggalkan sebagaimana solat???

Perkataan wajib tidak lagi ditakuti malah berapa ramai dikalangan ummat Islam yang meniggalkan yang wajib. Wajib seperti satu perkataan yang buat tak salah tak buat tak salah kerna ada segelintir ummat yang menyalahgunakan perkataan wajib.



Mungkin bagi sesetangah dari mereka akan berkata

"Apalah sangat dengan perkataan"...

Bagi ana, jika perkataan ini pun tidak mampu dijaga, inikah pula hukum Allah. Hukum untuk semua manusia dan bukan mustahil lagi sekarang kerana ada yang berkata HUDUD tidak terkena pada orang non-muslim.

Berbalik kepada perkataan bai'at pula.



Jadi......

Siapa yang akan anda bunuh dulu????...............

LAGI MENGHINA ISLAM !!!!!!!!



Bukan niat untuk mempromosi penghinaan tetapi sekadar fakta sebenar.
Video diatas telah menunjukkan betapa ummat Islam kini sewenang-wenangnya dihina. Tiada satupun tindakan diambil. Malah mereka kini bebas dan akan bebas melakukannya lagi. Ini adalah kerana sifat kaum muslimin yang masih setengah-setengah kepada Islam. Hukum Allah diperlekehkan dan dipermainkan. Ketakutan kepada Islam tidak lagi wujud.
Tidak seperti pemerintahan Khalifah Rasyidin, Abbasiyah dan sebagainya. Islam adalah satu empayar terunggul yang dibina oleh junjungan kita Rasulullah SAW sehinggalah jatuhnya pada 3 Mac 1924. Setelah jatuhnya Empayar Islam terakhir di Turki, ummat Islam di jadikan sasaran menembak, tanah kaum muslimin dijajah dan dijadikan lapang sasar. Muslimah di mandikan seperti anjing dan dijadikan hamba seks kepada tentera kufur dan kemudian dibunuh. Anak-anak disembelih. Penghinaan ke atas Rasulullah SAW oleh kaum kufur. Latnatullah Mustapa Kamal adalah salah seorang pengkhianat ummat Islam.
Wahai kaum Muslimin.
Sedarlah, Al-Quran diturunkan kepada kita sebagai rujukan bagi perjuangan dan cara hidup kita. Bukan sahaja untuk dihafal dan disimpan didalam almari baju atau meja belajar. Islam adalah cara hidup yang telah ditunjukkan dan ia adalah amanah dari Rasulullah SAW kepada ummatNya sebagai penyambung pejuangannya.
Dengan nama Allah dan demi Allah, wahai kaum Muslimin.
Semua ini tidak akan terjadi jika adalah seorang Khalifah yang benar-benar mengikut manhaj kenabian. Khalifah yang tegas dalam hukum Allah. Khalifah yang mewarisi peninggalan nabi.
Wahai para Ulama pewaris nabi.
Dimana kekuatan kalian yang dikatakan pewaris perjuangan Rasulullah. Warisan manakah yang kalian ikuti. Siapakah yang kalian warisi. Ketahuilah wahai para ulamak dan kaum muslimin, setelah turunnya wahyu kepada Rasulullah, baginda telah berjuang menegakkan Daulah Islamiyah dan menerapkan hukum Allah secara kaffah.
Dimanakah hukum Allah ketika ini???
Dimanakah para ulamak yang mengaku pewaris nabi ketika ini???
Adakah hukum Allah perlukan persetujuan dari parlimen untuk diterapkan. Siapakah kita dan mereka yang berani mengundi hukum Allah. Hukum Allah adalah untuk diterapkan dan bukan untuk di ambil persetujuan. Hukum Allah juga terkena kepada seluruh manusia.
Kepada siapakah hukum jihad terkena???
Kepada siapakah bayaran jaziah dikenakan???
Jika hukum Allah tidak terkena kepada bukan Islam maka apakah hujah kalian didepan Allah kelak. Inikah pewaris nabi yang dimaksudkan oleh kalian???
Wahai kaum Muslimin.
Sedarlah, bahawa Islam kini ditahap paling hina. Islam kina boleh disepak terajang. Islam kini boleh dijadikan jenaka. Sedarlah wahai saudaraku, sesungguhnya menegakkah Daulah Islamiyah dengan mengikuti suri terbaik (Rasulullah SAW) adalah wajib.
Berdirinya Khilafah maka segala penghinaan ini akan terhenti. Kerana musuh Islam mengetahui kekuatan Islam. Kerana musuh Islam tahu akan keIstimewaan Islam.
Wahai kaum muslimin.
Tidakkah kalian sedar kenapa para sahabat menangguhkah pengkebumian baginda Rasulullah SAW selama 3 hari 2 malam???
Para sabahat mendahulukan pelantikan Khalifah bagi menggantikan Rasulullah SAW bagi memimpin ummat Islam. Jika status mengangkat Khalifah tidak wajib, kenapakah para sahabat melakukannya.
Masihkah kalian di lena mimpi indah??????

HAK RAKYAT???


Assalamualaikum WBT.

Terpanggil buat kadang-kadang kalinya (hehehe) untuk kembali meluahkan pandangan yang tak seberapa ini. Kebelakangan ini banyak media massa melaporkan pembongkaran rakyat terhadap kerajaan negeri.

Di Kelantan, pembangkang di Kelantan menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai hak rakyat. Klu tak salah isu tanah. Maaf ana dah lupa.

Dan yang terbaru adalah di Pulau Pinang. Isu tanah yang dipindah hak milik oleh kerajaan Pulau Pinang sewenangnya (ana tengok dalam berita jam 8.00 / 11 Nov 2009). Isu ini dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan mahu Ketua Menteri Pulau Pinang meletak jawatan. Ketua Menteri PP iaitu Lim Guan Eng yang dulunya pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau akan mencontohi pemerintahan Othmaniyah dan mendapat sokongan dari pihak Pakatan Rakyat. Namun kini jika hendak dibandingkan dengan Khalifah Othmaniyah... rasanya "jauh api dari panggang".

Semua ini timbul kerana "HAK RAKYAT". Kononya rakyat mempunyai hak itu dan ini. Bagaimana pula dalam Islam.???

Wahai kaum muslimin.

Ketahuilah, hak anda sebagai rakyat adalah mendapat pendidikan secara percuma, air secara percuma, api secara percuma dan pelbagai lagi kemudahan termasuklah perubatan secara percuma. Jika ini (isu tanah) yang di bangkitkan oleh pembangkang, dimana suara kalian untuk menegakkan "Hak Rakyat" dari segi Islam.

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram”). Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa NabiSallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah].

Dimanakah suara kalian yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.???

Adakah kalian hanya bersuara bila ada kepentingan dalam politik kalian semua.???

Ketahuilah, kalian semua tidak mampu memberi semua ini kerana kalian berada dalam sistem kufur. Sistem yang menghambakan diri pada manusia. Sistem yang memisahkan agama dari kehidupan. Sistem ini dinamakan sistem "DEMOKRASI"..............

Ya... Sistem Demokrasi kufur yang telah membina tembok penghadang agama dalam jiwa kalian. Kalian berhukumkan hukum manusia dan mengetepikan hukum Allah. Inilah sebabnya kalian mampu untuk tidak memberikan "HAK RAKYAT" kepada rakyat.

Ketahuilah wahai pemerintah....

Kalian telah mendustakan perintah Rasulullah SAW kepada kamu. Kalian telah mengetepikan hak rakyat yang diamanahkan kepada kamu. Mana hero BN??? Mana hero PR???
Itulah wajah hodoh demokrasi yang tidak mampu dilihat oleh segelintar mereka atau hanya buat-buat tak nampak kerna ada kepentingan diri mahupun politik kotor sekularisma. Samada PR mahupun BN memerintah, rakyat tetap tidak berubah. Hak Rakyat masih juga diketepikan. Islam tidak ditegakkan juga kerana hak rakyat.
Selagi tidak ditegakkan Daulah Islamiyah, maka syariah tidak akan menjadi kenyataan dan selagi syariah tidak dijalankan maka tiada indahnya Islam pada dunia.....
Wahai kaum muslimin,
Ketahuilah hak anda sebagai rakyat. Islam tidak pernah meminggirkan rakyatnya. Islam bertindak adil kepada semua. Tiada double standard dalam pemerintahan Islam. Hukum Allah akan terkena kepada semua termasuklah pemerintah.
Hanya dengan sistem pemerintahan Khilafah sahajalah, seluruh kaum muslimin dan rakyat daulah akan mendapat segalanya. Daulah Islamiyah dengan seorang Khalifah dan sistem Khilafah yang mampu melaksanaan pemerintahan yang adil berpadukan Al-Quran dan Sunnah.
Kedaulatan pada hukum syarak dan bukan pada tangan rakyat.

SEKITAR SEMINAR NEGARA ISLAM : KEWAJIPAN YANG DILALAIKAN


Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerna dengan izinNya maka kehadiran para peserta memenuhi ruang dewan di Hotel Sri Malaysia, Alor Setar, Kedah Darulaman.
Ana juga berkesempatan bersama menyertai seminar tersebut. Bersama dengan rakan yang lain seramai 9 orang kami sampai lebih kurang 8.25 pagi. Di sambut dengan senyuman oleh syabab dan daris Hizib, maka tenang rasanya walaupun penat memandu. Ikatan ukhwah sesama Islam dapat dirasakan walaupun berbeza latarbelakang. Itulah yang membuatkan Hizib semakin berkembang. Akhlak syabab dan daris harus mendapat pujian kerna mereka benar-benar menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri dalam hidup.

Sebagaimana firman Allah SWT :

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. "[Al-Ahzab(33):21]

Ana juga berkesempatan bertemu Ustaz Omar dan juga Ustaz Abu Taqiyuddin dan sempat bertukar pandangan. Turut hadir adalah Ustaz Riduwan dan juga beberapa lagi barisan pimpinan Hizbut Tahrir Malaysia.

Kebangkitan Islam semakin dirasakan dengan laungan takbir di pengakhir seminar (selepas bacaan doa penutup) dengan seluruh peserta bangun melaungkannya secara serentak seperti ada suntikan semangat baru kebangkitan Islam dalam diri. Rata-rata peserta pulang dengan senyuman seperti berpuas hati dengan seminar ini.
Seminar ini turut disertai oleh penyokong PAS dan ahli Pekida Malaysia. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini. Terima kasih juga kepada Hizbut Tahrir Malaysia kerna berjaya menganjurkan seminar ini.

Allahuakbar !!!




JEMPUTAN MAJLIS AIDILFITRI DAN PERASMIAN PEJABAT URUSAN



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.


Di jemput seluruh kaum muslimin untuk hadir ke

Majlis Aidilfitri berserta Perasmian Pejabat Urusan
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA

pada

04. OKT.2009 bersamaan 15 Syawal 1430H

hari

Ahad

jam

1130 pagi

bertempat

Khilafah Centre 47-1, Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru, Bangi.

Semoga kehadiran seluruh kaum muslim bersama keluarga dapat mengeratkan lagi tali Allah ini disamping dapat mengenai Hizbut Tahrir dengan lebih dekat.



LAGU NEGARAKU???




Ana dapat ini dalam satu blog saudara Islam kita.
Selama ini yang bebudak (termasuklah ana sendiri) yang menyanyi kat sekolah rupanya lagu orang yang diklonkan jadi "negaraku". Cehhh... mati-mati ingat lagi ciptaan rakyat Malaysia...
Asal lagu ini "Memula Moon". Penyanyinya... maaf ana tak tahu.

Mungkin perkara ini sudah lama, cuma ana yang baru tahu. Maaf sebab ana mungkin ketinggalan. Kepada yang tak tahu, bolehlah tahu.
Rasa nak ketawa pun ada, nak marah pun ada tapi yang lebihnya rasa macam diperbodohkan pulak semasa kecil. Heheheheh.......
Apapun, mungkin antum semua ada reaksi dan pendapat sendiri.

So, dengar laaaaaaa..........

*Sekadar luahan rasa

HUKUM ALLAH DIREMEHKAN LAGI!!!


(klik pada gambar untuk bacaan sepenuhnya)

Tulisan ini boleh di dapati dari akbar UM bertarikh 28 Ogos, 2009 dibahagian Forum.

Inilah salah satu ruang lingkup pemikiran mereka dalam sistem kebebasan. Sistem demokrasi kufur yang memisahkan agama dan politik, yang memisah agama dengan kehidupan. Pendek kata, agama adalah sesuatu yang asing dari dunia.

Hukum Allah SW
T hanya jadi mainan. Bagi mereka hukum Allah sangat memalukan dan ketinggalan. Pemikiran yang dijajah pola pemikiran sekular.

Ketahuilah wahai umat Muhammad.
Keruntuhan pemikiran Islam dalam diri Muslim amat membimbangkan. Hanya dengan Sistem Pemerintahan Islam secara total sahaja dapat membendung segala permasalahan ini.

Mungkin hari ini anda masih lagi mendengar seruan azan yang diazankan oleh bilal. Tidak mustahil satu hari nanti, semua ini akan hanya menggunakan cd. Kerana apa??? Kerana Demokrasi kononnya hak asasi manusia. Demokrasi yang kononnya adil kepada semua.

Wahai kaum Muslimin.

Sedarlah, bahawa kita pola pemikiran ummat Islam kita di tahap yang terlalu rendah. Sistem Islam yang digunapakai masa ini bukanlah sistem Islam sepenuhnya. Bilamana tidak digunakan hukum Allah sepenuhnya, maka ini menyebabkan Islam dipandang hina. Islam ketinggalan dianggap ketinggalan. Islam dianggap zalim. Sedangkan sebenarnya Islam tidak ketinggalan. Yang ketinggalan adalah manusia yang lupa akan seruan Allah dan RasulNya. Pemerintah yang lupa akan tangungjawabnya untuk meninggikan syariah Islam.

Wahai kaum Muslimin.

Kini pilihan adalah ditangan anda. Kembalilah kepada perjuangan yang sebenar. Bersamalah kita membina sebuah Empayar Islam yang digeruni musuh. Kita kembalikan peraturan dan kehidupan Islam didalam hidup kita seharian. Kembalikan DAULAH KHILAFAH ISLAMIYAH yang pasti akan menggunakan hukum Allah secara seluruhnya.


(Gambar : Kartika Sari Dewi)

Forum Ru'yah dan Hisab, Matla' Syar'iyyah atau Matla'Assabiyyah

Sumber disini.

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan

Forum Ru'yah dan Hisab, Matla' Syar'iyyah atau Matla'Assabiyyah .

Butir-butir forum adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 September 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Khilafah Centre, 47-7, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma



POLIS MAHU IKUT JEJAK ABU JAHAL, ABU LAHAB?


Sumber (disini)

PKS bidas polis mahu pantau ceramah agama

JAKARTA 24 Ogos - Parti Keadilan Sejahtera (PKS) membidas keputusan polis untuk meningkatkan pengawasan terhadap kegiatan dakwah dan ceramah agama.

Jurucakap PKS, Mutammimul Ula memberi amaran, tindakan polis tersebut boleh menjadi punca ketegangan baru antara umat Islam dengan kerajaan Indonesia.

"Kita tidak boleh menjadi sebuah negara polis kerana ini sama bahayanya seperti sebuah negara yang diperintah oleh tentera," tegas Mutammimul, lapor agensi berita Antara semalam.

Beliau yang menganggotai Suruhanjaya I Dewan Perwakilan berkata, pendirian partinya berhubung isu tersebut adalah jelas iaitu menentang keputusan berkenaan.

"Seperti yang saya katakan tadi, keputusan itu akan menimbulkan ketegangan baru antara umat Islam dengan kerajaan dan dalam kes ini masyarakat Islam akan menjadi pihak yang disyaki," katanya.

Menyentuh tentang ungkapan yang digunakan sebagai panduan dalam pelaksanaan dasar itu seperti 'dakwah yang bersifat provokasi dan menyalahi undang-undang', Mutammimul berkata, ungkapan sedemikian boleh digunakan untuk tujuan politik dan ditafsirkan secara longgar.

Beliau berpendapat polis tidak sepatutnya panik dalam berdepan dengan pengganas yang bilangan mereka sebenarnya sangat kecil.

"Polis tidak boleh menumpukan perhatian mereka terhadap kelompok majoriti dalam menangani bilangan pengganas yang sangat kecil. Langkah ini akan memerlukan banyak tenaga," katanya.

Mutammimul berkata, polis juga memikul tugas untuk menghapuskan jenayah lain selain keganasan seperti penyalahgunaan dadah yang mendatangkan banyak kerosakan kepada masyarakat.

Beliau menyeru pasukan polis supaya bersikap bijaksana dan rasional.

"Jangan biarkan negara demokrasi bertukar menjadi sebuah negara polis. Ini sama bahayanya seperti negara tentera," tegas beliau. - Agensi

Sumber: Utusan Malaysia 25/08/09

Ulasan:


Polis mahu ikut jejak Abu Jahal, Abu Lahab?

Nampaknya polis Indonesia telah mula mengikut jejak polis Malaysia. Pihak polis kini dikatakan mahu memantau ceramah dan kelas-kelas agama yang diadakan. Kalau di Malaysia, perangai polis cawangan khas (SB) memantau ceramah dan kelas-kelas agama sudah menjadi hal yang ’maklum min ad-deen bi dharurah’. Siapa tidak tahu yang Malaysia adalah sebuah negara polis? Siapa tidak tahu yang SB-SB sering menyelinap ke setiap ceramah agama yang diadakan baik di masjid mahupun di surau, malah di mana-mana sekalipun. Mereka sanggup berbohong dan berdusta dengan pelbagai pembohongan di ceramah-ceramah agama yang mereka hadiri untuk mengelak dari identiti mereka terdedah. Berapa ramai dari kalangan pendakwah yang ikhlas yang menyampaikan ceramah agama sudah bosan dengan perangai SB-SB yang mereka sifatkan sebagai amat hina ini.

Apa tidak hina, di saat kadar jenayah meningkat naik dari masa ke semasa, SB-SB ini masih tetap memfokuskan perhatian mereka kepada penceramah-ceramah agama. Mereka (SB) menjadi golongan yang menghalang agama Allah dari ditegakkan. Inilah yang menjadi kebencian pendakwah, dan juga umat Islam terhadap SB-SB.

Jika di zaman Rasulullah dahulu, Abu Jahal dan Abu Lahab adalah orang yang sering mengikuti majlis Rasulullah untuk memastikan agama Allah tidak tersebar, kini perangai tersebut nampaknya diwarisi pula oleh polis-polis dari cawangan khas. Bilalah agaknya mereka akan bertaubat dari dosa-dosa mereka ini? Atas alasan 'ini adalah arahan dari atas' mereka (SB) menyangka bahawa dosa mereka akan ditanggung oleh orang atasan mereka, walhal merekalah yang akan menanggungnya sendiri. Malah di padang Mahsyar nanti, orang atasan mereka akan berlepas diri dari mereka. Dan jadilah mereka dan orang atasan mereka sebagai golongan yang amat menyesal yang tiada gunanya lagi. Firman Allah SWT,

”...dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. orang-orang Yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman". Orang-orang yang sombong takbur (ketuanya) itu menjawab kepada orang-orang (pengikutnya) yang ditindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah (petunjuk) sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan Kami Yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa". Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur (ketuanya) itu: "Tidak! bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu baginya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; [TMQ Saba’ (34):31-33]

FirmanNya yang lain,

“Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka Adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka (pemimpin) menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)". [TMQ Ibrahim (14):21]

Semoga polis-polis yang taat membabi buta kepada ketua mereka dan memaksiati Allah akan segera bertaubat dari dosa-dosa mereka, dan mereka berubah menjadi orang-orang yang memperjuangkan agama Allah. Jika tidak, maka kepada Allahlah kita serahkan segala urusan di mana Dia Maha Berkuasa untuk membalas segala perbuatan SB-SB ini.




WAHAI BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM, MUALAF ADALAH SAUDARA KITA

Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika apa yang disampaikan mengguris mana-mana pihak. Tulisan ini bukan untuk menghina sesiapa atau menjatuhkan sesiapa tetapi sekadar memberi peringatan dan teguran. Jauh sekali bagi saya untuk menunjuk pandai menandingi Ilmu kalian semua. Saya hanya menceritakan realiti yang berlaku dan seperti yang anda tahu, kekadang realiti amat pedih untuk diterima tetapi itulah hakikatnya. Tulisan ini juga bukanlah tujuan untuk mencari publisiti ataupun meraih sokongan tetapi hanyalah sekadar menjalankan perintah Allah SWT.

Perintah Allah SWT kepada hambanya :

"
Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan". [Al-Ghasyiyah(88):21]

Terpanggil apabila terbaca cerita seorang mualaf yang dilayan tidak sebagai saudara seagama.

Wahai bangsa Melayu yang beragama Islam.

Ketahuilah bahawa, bangsa yang tidak ada nilainya disisi Allah SWT. Apa yang berlaku disekeling kita dan kamu hari ini adalah kerana tiadanya Nizamul Islam (Peraturan Hidup Dalam Islam) dan sistem yang digunapakai adalah sistem yang memberi kebebasan maximum iaitu demokrasi. Disebabkan oleh kebebasan inilah terjadi dan terbentuknya sifat kebangsaan. Apa yang menyedihkan adalah sifat-sifat Islam itu telah runtuh dalam diri kalian.

Contoh yang ketara adalah apabila seorang mualaf yang hadir meminta bantuan ataupun ingin berdamping dengan kalian, maka dengan ego, sombong dan bongkak dihati hanya memandang sebelah mata akan mualaf ini. Ketahuilah bahawa mereka juga Islam seperti kalian semua. Walaupun mereka adalah di kalangan bangsa Cina, India, Kadazan, Iban, Melayu, Madura dan bangsa-bangsa lain didunia, mereka adalah saudara kita dan kalian semua. Kerana mereka adalah "ISLAM".

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat".[Al-Hujurat(49):10]

Lebih menyedihkan lagi apabila ada mualaf yang pertama kali ke masjid atau surau. Mereka dilayan sepertimana makluk asing yang baru turun ke bumi. Tiada senyuman diberikan mahupun salam perkenalan. Lebih menyedihkan lagi apabila tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada mereka.

"Ni masuk Islam kerna nak kawin la tuu".

Adakah ini sifat seorang yang terpelajar Islamnya.??? Adakah kita ini layak untuk menentukan mereka Islam kerana sesuatu hanya kerna hari-hari ke masjid atau surau. Atau kerna kita memakai jubah putih bersih. Atau kerna kita "pemimpin tertinggi" disurau atau masjid.
Bukan saja di surau dan masjid, malah kekadang jiran kita sendiri. Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai jiran yang beragama Islam.

Tidak sepatutnya kita melayan atau menuduh atau menjatuh mereka sebegitu rupa.

Allah berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". [Al-Hujurat(49):11]

Jika Rasulullah SAW masih hidup, bayangkan apakah akan dikatakan kepada kita dengan cara kita begini.

Adakah baginda akan berkata :

"INILAH SIFAT SEORANG MUSLIM YANG SEJATI!!!".


Bayangkanlah.......

Muhasabahlah diri kita samada kita benar-benar berada dalam Islam yang sebenar dan seluruhnya kerna Allah berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". [Al-Baqarah(2):208]

Diakhir kata...

Kepada mualaf sekalian.
Disusun sepuluh jari memohon maaf diatas apa yang terjadi kepada kalian semua. Sesungguhnya apa yang terjadi bukanlah dari sifat seorang Islam. Ia lebih kepada sifat syaitan yang masih sedikit wujud didalam diri yang perlu dibuang sejauhnya.

Marilah berjuang bersama-sama dengan kami bagi mengembalikan Kehidupan Islam dengan menuju kearah Daulah Khilafah Islamiyah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK



Esok adalah hari permulaan Ramadhan bagi ummat Islam seluruh Malaysia dan juga dunia. Kata orang melayu, "mula puasa". Terlebih dahulu ana di sini menyucapkan Salam Ramadhan kepada semua kaum muslimin tidak kiralah dari PAS, UMNO, PKR, HT termasuklah NGO dan gerakan Islam yang lain. Semoga dalam Ramadhan ini, kita perbanyakkan berdoa agar diberi petunjuk dan hidayah kepada kita tentang jalan perjuangan yang sebenarnya.

Disamping kita menuju Aidilfitri, jangan lupa lak nak puasa.

Allah SWT berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, ".[Al-Baqarah(2):183]

Jangan lak buat-buat lupa lak. Selalunya bulan puasa ni ada laa penyakit "setahun sekali" datang melanda bak tsunami. Pakat habis pi beli nasi kandar kononnya Gastrik atau lebih di kenali GAS - TRICK.

Kepada penjual, klu nak untung tuu, agak-agak laa. Jangan la nak buat pesta lak. Kesian orang yang kurang pendapatan tuu. Kita nak cari berkat bulan ramadhan ni.

Yang puasa pulak... agak-agak 1 jari dah laa. Jangan pi susun plastik penuh 10 jari pulak. Tak habis nanti kan membazir.


Yang belum taubat tuu, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan.

Walau bagaimana pun, apa yang ditulis ni adalah sekadar luahan rasa. Jangan pulak bulan Ramadhan saja jadi "baik"... lepas Ramadhan... sama juga.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada akhi Nashir, Na'im, Ghazi, Wuzara, WM, Abdullah Hukum, John Doe, IP Pekida, Fikrul Mustanir, Politigus, Aljauhary, Somurouh, ande, 1khalifah, Mohammad Abduh, fseikonom, Nurul Huda, izat89, faizal, matmin30 dan seluruh pembaca budiman. Jangan antum semua kecil hati jika nama antum tiada. Maaf kerna terlalu banyak jika di senaraikan. Klu nak senarai, rasanya leh kelabu mata tetapi InsyaAllah, ana tetap mengingati semua saudara-saudara ana.

Apapun terima kasih kepada semua yang memberi komen, kritikan, nasihat serta peringatan dan tak kurang juga yang mencemuh. Cuma janganlah kita jadikan ini semua sebagai penghalang kita dan sebagai pemutus ikatan silatulrahim.

Diakhir kata, semoga dibulan Ramadhan ini akan menjadikan kita lebih bersemangat bagi menuju kearah kegemilangan Islam.

Takbir!!!

ALLAHUAKBAR!!!


KOALISI MENDUKUNG ISLAM ATAU KUFUR?

alt

KOALISI MENDUKUNG ISLAM ATAU KUFUR?


[SN187]
Untuk ke sekian kalinya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini berdepan satu lagi konflik percaturan politik Pakatan Rakyat (PR) apabila timbul isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor. Usaha PAS yang tidak membenarkan penjualan arak secara terbuka ditentang keras oleh rakan karibnya dari DAP. Tekanan demi tekanan diterima dari pelbagai sudut menyebabkan PAS tersepit di antara ‘pegangan’ dengan hukum Islam dan kepentingan politik yang wujud dalam PR. Sebelum itu, PAS juga goncang seketika gara-gara cadangan Presidennya sendiri untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan. Konflik dalaman PAS diperparah dengan kelicikan UMNO yang sememangnya pakar dalam politik hipokrasi memecahbelahkan lawan. Pemimpin tertinggi PAS bertelagah sesama sendiri sama ada untuk mengekalkan kesetiaan ‘perkahwinan’ mereka dengan PR atau bertukar pasangan kepada UMNO/BN. Secara logiknya, tidak ada bezanya bergabung, baik dengan BN atau PR kerana di dalam kedua-duanya terdapat parti sekular dan parti kafir. PAS Kedah juga pada 1 Julai lalu ‘ditampar’ hebat oleh DAP yang mengumumkan untuk keluar daripada PR akibat tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya. Demikianlah serba sedikit beberapa siri tekanan yang dialami oleh sebuah parti Islam dalam perkahwinan campur mereka dengan parti sekular dan parti kufur. Ini yang terdedah, manakala yang tidak terdedah seperti perebutan jawatan, perebutan projek dan banyak lagi perbalahan lainnya ‘terpaksa’ ditelan oleh PAS, dan ada yang hanya menunggu masa untuk meletup.

Koalisi PAS dengan parti-parti lain yang wujud di Malaysia bukanlah satu perkara baru. PAS pernah berkoalisi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dalam pilihan raya 1990. Jauh sebelum itu pun, PAS pernah bergabung dengan UMNO pada tahun 1970-an di era Tun Razak. Sebelum Anwar Ibrahim mengisytiharkan koalisi PAS-PKR-DAP-PRM sebagai ‘Pakatan Rakyat’ pada 1 April 2008, selama lebih kurang 10 tahun, koalisi parti-parti tersebut dinamakan Barisan Alternatif (BA). Begitu juga halnya dengan parti pemerintah, UMNO, di mana parti sekular ini telah lama berkoalisi dengan rakan-rakannya yang lain dari parti kufur. Namun, oleh sebab UMNO didirikan di atas asas assabiyyah, maka koalisinya dalam BN merupakan suatu perkara yang tidak perlu kita bahaskan, kerana asas penubuhan dan perjuangannya yang jelas-jelas haram. Berbeza halnya dengan koalisi PAS ke dalam PR, kerana PAS adalah sebuah parti Islam, yang bergabung dengan PKR (parti sekular) dan DAP (parti kufur). Aspirasi koalisi dalam PR ini ternyata tidak ada beza dengan koalisi di dalam BN kerana kedua-duanya berkoalisi untuk menuju perkara yang sama, iaitu ingin meraih sebuah pemerintahan. Dan pemerintahan yang bakal diwujudkan adalah pemerintahan kufur-sekular dengan perkongsian kuasa di antara parti-parti yang berkoalisi. Inilah yang menjadi persoalan (yakni) sebuah parti Islam berkoalisi dengan parti sekular dan kufur, bersama-sama berjuang untuk mewujudkan sebuah pemerintahan kufur-sekular di bawah sistem demokrasi. Apakah hal ini dibenarkan oleh syarak?

Fakta Koalisi

Menurut pengertian istilah (terminologi), koalisi memiliki banyak definisi. Di dalam Kamus Dewan, koalisi didefinisikan sebagai pergabungan atau perikatan beberapa buah parti politik. Dalam bahasa Arab, koalisi politik dikenal dengan istilah at-tahaluf as-siyasi. Tahaluf berasal dari kata hilfun yang bererti perjanjian (mu’ahadah) atau kesepakatan (mu’aqadah). Siyasi bererti politik. Koalisi dapat diertikan sebagai ikatan atau gabungan antara dua atau beberapa negara untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu. Koalisi juga dapat diertikan sebagai gabungan beberapa parti dalam sesebuah negara untuk meraih majoriti yang dapat mendukung pemerintahan.

Dengan meneliti fakta (manath) koalisi parti Islam dan parti sekular/kufur yang ada di Malaysia, kita akan dapati bahawa mereka sesungguhnya berganding bahu untuk menumbangkan ‘musuh’ yang sama dengan berkoalisi untuk meraih pemerintahan bagi menggantikan musuh (kerajaan) yang sedang memerintah. Hal ini jelas seperti yang terkandung dalam konsesi aspirasi PR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Mac 2008 untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru pada 16 September 2008 setelah menjangkakan 30 orang ahli parlimen BN akan melompat parti. Aspirasi ini sekaligus menunjukkan fakta bahawa koalisi PR adalah untuk meraih dan mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi-sekular yang sedia ada. Ini kerana tidak mungkin parti Islam yang berada dalam koalisi boleh ‘memerintah secara solo’ atau ‘menerapkan Islam’ kerana hakikatnya mereka berada dalam satu tahaluf dengan puak kuffar/sekular. Apatah lagi halatuju dan perbezaan ideologi parti sekular/kufur yang sangat bertentangan dengan parti Islam tersebut. Realiti ini diperkuat lagi dengan banyak kenyataan yang keluar dari mulut si kuffar dan sekular sendiri bahawa mereka tidak pernah berpakat untuk mewujudkan negara Islam ataupun melaksanakan undang-undang Islam. Malah mereka akan menentang hasrat ini habis-habisan jika ia cuba dilaksanakan oleh parti Islam.

Demi Allah sesungguhnya mereka telah ‘membuktikan’ bahawa tahaluf siyasi mereka bukan ditegakkan atas dasar Islam, malah mereka telah mengorbankan Islam dengannya! Lima buah negeri telah mereka menangi, lalu mereka menjadi parti yang memerintah. Di Pulau Pinang parti Islam langsung tidak dapat bersuara kerana diperintah oleh parti kufur. Namun mereka tetap menyokong parti kufur ini kerana tahaluf. Aneh! Sebuah parti Islam menyokong pemerintahan yang bukan Islam oleh parti kufur! Manakala di Perak mereka berkongsi kuasa dengan parti kufur/sekular yang jauh lebih berani dan kuat berpegang teguh kepada kekufuran berbanding mereka (parti Islam) berpegang kepada keislaman. Lalu parti Islam tersebut terus membuang dan mencampakkan usaha mereka selama ini untuk menerapkan Islam, demi menjaga kepentingan koalisi dengan puak kuffar/sekular yang turut sama berada dalam pemerintahan. Akhirnya kekuasaan mereka berakhir dengan cara yang hina.

Di Selangor, pun kita menyaksikan hal yang sama di mana parti Islam berkongsi kuasa dengan parti kufur/sekular. Sekali lagi kita menyaksikan tiada satu pun hududullah dapat ditegakkan, malah pemerintahan mereka hanya dipenuhi konflik dan perbalahan yang mereka sembunyikan dan zahirkan. Begitulah juga ‘nasib’ Islam di Kedah di mana agama Allah ini langsung tidak ditegakkan oleh parti Islam yang memerintah walaupun mereka menguasai majoriti pemerintahan. Persoalan hudud dan lain-lain langsung tidak timbul, malah pemerintahan mereka hampir tidak ada bezanya dengan pemerintahan kerajaan sekular sebelumnya. Segala usaha mereka (parti Islam) untuk menegakkan Islam dihalang oleh parti yang bertahaluf dengan mereka dan akhirnya parti Islam terus tunduk dan tunduk kepada kehendak kuffar/sekular. Justeru, di manakah kedudukan ‘tahaluf siyasi’ yang kononnya merupakan ‘kerjasama baik’ dengan golongan kuffar/sekular untuk menghindar kezaliman, walhal mereka sendiri memerintah dengan ‘kezaliman’ kerana tidak berhukum dengan hukum Allah, malah senantiasa tunduk kepada puak kuffar/sekular?

Hukum Koalisi Parti Islam Dan Parti Sekular/kufur

Apa yang terjadi di dalam koalisi parti Islam dengan parti sekular/kufur adalah kerjasama, saling membantu, saling mempertahankan dan saling membela dalam perkoalisian. Hakikat dari semua ini memunculkan dua perkara. Pertama: legalisasi, pengakuan dan keredhaan parti Islam akan keberadaan/kewujudan dan keabsahan parti sekular/kufur. Kedua: pengukuhan parti sekular/kufur dengan menjadi teman rapat (bithanah) kepada parti Islam. Inilah hakikat parti Islam yang berkoalisi dengan parti sekular/kufur. Pada satu sisi UMNO dihentam dahsyat kerana kesekularan yang dibawanya, namun PKR sebaliknya digendong, juga kerana kesekularan yang sama atau lebih teruk yang dibawanya. Pada sisi lain pula, parti sesama Islam dihentam dahsyat kerana keIslaman yang dibawa, namun sebaliknya parti kufur DAP digendong dengan kekufuran yang dibawanya. Padahal Allah SWT telah mengharamkan menjadikan orang kafir sebagai bithanah, dan Allah mewajibkan setiap kelompok/parti berdiri hanya atas asas Islam. FirmanNya,

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh yang ma’ruf serta mencegah yang mungkar...” [TMQ Ali Imran (3):104].

Ayat ini dengan jelas memerintahkan bahawa kelompok/parti yang dibenarkan oleh Allah untuk berdiri, hendaklah ‘menjalankan’ dua hal (i) menyeru kepada Islam (ii) melakukan amar makruf nahi mungkar. Apakah aktiviti yang ‘dijalankan’ oleh parti kufur jika bukan kekufuran? Kemungkaran apakah lagi yang lebih besar dari kekufuran? Dan salah satu bentuk kemungkaran yang besar adalah sekularisme. Apa yang jelas, koalisi atas alasan melakukan amar makruf nahi mungkar terhadap parti sekular/kufur, justeru menjadikan parti Islam semakin erat berganding tangan dan menjaga eksistensi bahkan melegalisasi keabsahan parti sekular/kufur. Malah lebih buruk, bukannya parti kufur/sekular berjaya di Islamkan (sebagaimana niat tahalluf), sebaliknya parti Islam yang berjaya disekularkan! Hal ini amat bertentangan dengan perintah Allah ditinjau dari aspek mana sekalipun.

Hakikatnya, apabila sesebuah parti Islam berkoalisi dengan parti kufur/sekular, maka ia sesungguhnya telah mencampur adukkan haq dengan batil. Acap kali Islam dijadikan korban, kerana yang mereka titikberatkan bukan lagi ‘Islam’, tetapi ‘kepentingan dan sensitiviti’ rakan koalisi. Inti pati yang menjadi pegangan dalam koalisi adalah ‘kompromi’, bukannya ‘hukum syarak’. Kerana itulah, seringkali ideologi parti dan Islam itu sendiri dikorbankan dan diganti dengan pragmatisme dan kepentingan semasa. Malangnya, kompromi dalam koalisi justeru terjadi antara hukum Islam dan hukum sekular, dan hukum kufur/sekular selalu dimenangkan. Parti Islam mencampur adukkan yang halal dengan yang haram dan yang haq dengan yang batil. Sering kali parti Islam langsung tidak berani menyebut atau mencadangkan untuk menegakkan negara Islam atau hukum Islam, kerana ia bertentangan dengan kompromi dan aspirasi koalisi. Sungguh, apa yang parti Islam ini lakukan amat jelas bertentangan dengan firman Allah,

“Dan janganlah kalian mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kalian menyembunyikan kebenaran itu, sementara kalian mengetahuinya” [TMQ al-Baqarah (2):42].

Koalisi sememangnya tidak boleh lari dari amalan tolong-menolong. Apatah lagi semasa pilihan raya. Parti Islam tentunya akan menolong parti sekular/kufur untuk menang di dalam pilihan raya, malah mereka pastinya akan mengundi calon sekular/kafir yang diletakkan oleh rakan koalisi. Hujah mereka selama ini bahawa jika kita tidak keluar mengundi maka kita akan memberi kemenangan kepada orang kafir, ternyata umpama meludah ke langit terkena muka sendiri. Mereka (parti Islam) itu sendirilah yang hakikatnya memberi kemenangan kepada orang kafir/sekular di dalam setiap pilihan raya dengan mengundi calon tersebut. Tolong-menolong yang mereka lakukan ini adalah jelas haram, apatah lagi ia mengarah kepada penerapan hukum-hukum kufur, baik dalam kekuasaan eksekutif mahupun legislatif. Tolong menolong semacam ini telah dilarang oleh Allah SWT kerana firman Allah,

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” [TMQ al-Ma’idah (5):2].

Kerjasama dengan puak sekular/kafir pastinya menimbulkan kecenderungan (sikap pasrah/setuju) aktivis parti Islam kepada aktivis parti sekular/kufur. Padahal sikap cenderung ini dilarang oleh Allah SWT,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan” [TMQ Hud (11):113].

Para aktivis parti sekular/kufur hakikatnya adalah orang-orang zalim atau para pelaku maksiat (ahlul ma’asi), kerana tidak menjadikan ajaran Islam sebagai asas dan pedoman dalam berpolitik. Dari sisi lain, koalisi juga melahirkan ramai golongan munafik di dalam parti Islam. Ini kerana, walaupun mereka tidak bersetuju dengan polisi atau pendapat/perbuatan yang dibawa oleh parti sekular/kufur, namun anggota parti Islam terpaksa menzahirkan kesetujuannya kerana ingin menjaga hati rakan koalisi atau demi menjaga kepentingan yang wujud dalam koalisi. Kemunafikan ini jelas haram dalam Islam.

Dengan berkoalisi juga, maka anggota parti Islam akan turut berada sebaris di dalam sistem pemerintahan sekular, seperti apa yang berlaku dalam pemerintahan beberapa buah kerajaan saat ini. Padahal telah ada hadis sahih yang melarang umat Islam menjawat apa jua jawatan dalam pemerintahan yang menyalahi syarak, seperti dalam sistem demokrasi-sekular sekarang. Sabda Nabi SAW,

“Sungguh akan datang pada manusia suatu zaman, di mana yang ada atas kalian adalah pemimpin-pemimpin yang bodoh (umara sufaha) yang mengutamakan orang-orang yang jahat dan mengalahkan orang-orang yang baik di antara mereka, dan mereka suka menunda-nunda solat keluar dari waktu-waktunya. Maka barangsiapa di antara kalian yang mendapati pemimpin-pemimpin seperti itu, janganlah sekali-kali dia menjadi kakitangan (’ariif), atau menjadi polis, atau menjadi pemungut, atau penyimpan harta.” [Musnad Abu Ya’la, 3/121; Ibnu Hibban no 4669].

Dalam hadis lain disebut,

“Akan ada pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, para menteri yang fasik, para hakim yang khianat, dan para fuqaha yang pendusta. Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapati zaman itu, janganlah sekali-kali dia menjadi pemungut harta mereka, atau menjadi kakitangan mereka, atau menjadi polis mereka.” [HR Thabrani].

Sesungguhnya koalisi antara parti Islam dan parti sekular/kufur hanya akan memperpanjangkan lagi umur kebatilan. Walau apa sekalipun hujah yang diberikan oleh parti Islam, mereka sebenarnya telah jauh tersasar dari jalan yang lurus. Sama ada sedar atau tidak, mereka sebenarnya telah menyalahgunakan nas atau mengambil nas dengan cara yang keliru. Kebanyakan hujah mereka adalah bersandarkan akal dengan mengaitkannya dengan kaedah maslahat. Sungguh, mereka telah menyimpang jauh dari kebenaran!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Berdasarkan nas-nas yang jelas, termasuklah nas yang tidak dapat dibincangkan di sini, koalisi di antara parti Islam dan parti sekular/kufur adalah haram secara mutlak. Ingatlah wahai saudaraku bahawa matlamat sekali-kali tidak menghalalkan cara. Walau matlamat kita baik sekalipun, namun cara yang ditempuh hendaklah syar’i. Dilihat dari sudut pandangan Islam mahupun realiti yang wujud, tiada guna barang sedikitpun sesebuah parti Islam bersengkongkol dengan parti sekular, apatah lagi parti kufur demi political mileage yang dirasakan baik untuk Islam, kerana hakikatnya parti Islam tersebut telah bergelumang dengan noda dan dosa. Malah hingga ke tahap rakan koalisi menghina Islam pun, parti Islam masih mempertahankan rakan mereka. Masya Allah! Betapa hinanya keadaan ini. Jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh parti Islam, imejnya akan terus tercalar dan terhina, bukan sahaja di mata umat, malah di mata anggota-anggotanya sendiri. Kemuliaan telah tercabut dari parti Islam itu lalu jadilah ia setaraf dengan parti-parti sekular/kufur yang bersamanya.

Sedarlah wahai pejuang-pejuang Islam yang ikhlas! Kalian merupakan umat yang terbaik yang terpilih untuk memikul amanah Allah dan RasulNya. Fikirkanlah, untuk apa kalian berjuang jika tidak untuk mendaulatkan Islam dan menegakkan semula Negara Islam dan meraih sepenuh keredhaan dari Allah Azza Wa Jalla? Kalian sewajibnya bergerak memperjuangkan Islam di dalam ruang dan peluang yang dibenarkan syarak sahaja. Janganlah hendaknya kalian terpengaruh dengan bisikan syaitan yang akan membinasakan kalian. Berpalinglah segera dari syaitan yang sesat lagi menyesatkan! Jadilah pejuang agama Allah yang amanah lagi ikhlas, berusahalah bersungguh-sungguh di jalan yang diredhai Allah dan serahkanlah (urusan) kemenangan kepadaNya semata-mata. Sesungguhnya kita tidak memerlukan bantuan sedikit pun dari orang-orang sekular dan orang-orang kafir untuk menang. Kemenangan adalah janji Allah terhadap orang-orang yang beriman dan bertakwa. Demi sesungguhnya janji Allah terhadap orang-orang sekular (mengambil sebahagian Islam dan meninggalkan sebahagian) dan terhadap orang-orang kafir hanyalah neraka, bukannya kemenangan!!! Na’uzubillah min zalik.

Sumber disini.