PERHATIAN !!! KENYATAAN PENAFIAN MENGENAI ISA CANDLELIGHT VIGIL

KENYATAAN RASMI DARI HIZBUT TAHRIR

Merujuk kepada laporan sebuah blog yang telah mengaitkan nama Hizbut Tahrir di dalam upacara 'Candlelight Vigil' Anti ISA yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu 10 April 2010 di Dataran Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, maka Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan ini menegaskan bahawa:-

1.Kami tidak tahu menahu dan tidak pernah diberitahu atau dihubungi oleh sesiapapun mengenai perkara ini dan kami tidak pernah menyatakan persetujuan ataupun sokongan terhadap acara tersebut sebagaimana dilaporkan. Oleh itu, kami langsung tidak ada kaitan dalam hal ini.

2.Kami juga ingin menyatakan bahawa aktiviti seumpama itu merupakan suatu yang sia-sia yang tidak akan memberi apa-apa makna kepada perjuangan Islam atau menuntut keadilan. Bahkan ia lebih mirip kepada amalan atau hadharah keagamaan (Kristian) yang haram bagi umat Islam meniru atau menyertainya.

3.Kami meminta agar pemilik atau pengendali blog tersebut mengeluarkan nama ”Hizbut Tahrir” dari laporannya serta merta. Jika tidak, maka tanggunglah dosa besar dari Allah Azza wa Jalla di atas fitnah yang telah dilontarkan.

4.Kami ingin menegaskan bahawa ISA sememangnya haram di sisi Islam dan wajib dihapuskan oleh pemerintah dan diganti dengan undang-undang (hukum-hakam) Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM)

-----------------
*** ISA = INTERNAL SECURITY ACT (Akta Keselamatan Dalam Negeri). ***

5 comments:

  1. Assalammualaikum wr wb dengan segala kerendahan hati ini sya ingin bertanya bukankah nabi isa adalah nabi utusan Allah memusihi nabi adalah memusuhi Allah yg tidak benar adalah orang yg mempertuhankan isa marilah tidak ada yg anti nabi isa SURAT MARYAM

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam BHY

    Syukran ya akhi....
    Islam tidak memusuhi mana-mana Nabi. Namun Allah berfirman... bagimu agamamu bagiku agamaku (rujuk Al-Kafirun).

    dan hanya Islam yang di redhai oleh Allah dari selainnya.

    Allahualam....

    ReplyDelete
  3. Salam ya akhi BHY

    Mungkin terdapat sealah faham mengenai ISA.

    Yang di maksudkan ISA adalah "akta keselamatan dalam negeri" yang membenarkan pemerintah menangkap seseorang tanpa pembicaraan.

    Untuk maklumat lanjut akhi boleh rujuk di mengenai ISA.

    http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/1037-sn174-isa-haram-di-sisi-islam

    ReplyDelete
  4. RACING in the Wynn | Dr.MCD
    The Wynn 안산 출장안마 Resort & Casino in Las 남원 출장샵 Vegas features more than 175000 square feet 경상남도 출장샵 of gaming, Rooms, Spa, Salon & Spa. 강원도 출장안마 Located in the center 평택 출장샵 of the Strip,

    ReplyDelete