SEMINAR JELAJAH MALAYSIA 2010

KHILAFAH ATAS MANHAJ KENABIAN – JANJI ALLAH DAN RASULNYA

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

SIAPA JEBBAT

My photo
Siapa ana??? Ana bukanlah hero filem cinta, bukan juga hero filem hollywood mahupun bollywood. Ana hanyalah seorang hamba Allah... Ana adalah umat Muhammad S.A.W... Bagaimana pula dengan anta...??? Masih kabur??? Mari bersama-sama dengan ana menuju ke sebuah negara yang bergelar Daulah Khilafah. InsyaAllah... Pandangan/kritikan/nasihat dialukan. Pastikan subject email anta mengikut tajuk yang hendak di kemukakan dan Email ke : jebbat@gmail.com

MANUAL UNTUK MANUSIA...???

“ Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah(2):30)

Setiap inci tubuh manusia telah di cipta olehNYA. Kejadian manusia juga telah di ceritakan di dalam Al-Quran.

“ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.” (Al-Mukminun(23):12)

“Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).” (Al-Mukminun(23):13)
“Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” (Al-Mukminun(23):14)

Dan banyak lagi firmanNya di dalam Al-Quran mengenai kejadian manusia. Pendek kata semua terkandung di dalam Al-Quran.

Al-Quran adalah ayat-ayat suci dari Allah SWT untuk kita yakni manusia sebagai panduan dalam kehidupan. Di amanahkan kepada Nabi junjungan mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W sebagai penyebar agama Islam.
Dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, zaman ke zaman sehinggalah ke hari ini.
Kesimpulan yang ana ingin jelaskan di sini mudah sahaja. Cuma perlukan anta semua berfikir secara lebih dalam dengan menggunakan Ilmu dan Akal.

Kita membeli sebuah kereta buatan Proton dan kita menggunakan manual dari keluaran Honda. Adakah sempurna penyelenggaraan kereta yang kita beli.???

Pendek kata, kenapa kita tidak menggunakan Al-Quran dan Hadith sebagai manual untuk kehidupan kita. Kenapa harus menggunakan hukum ciptaan manusia.???

Dan patutkah kita menggunakan manual yang bukan dari pencipta manusia???

Marilah kita kembalikan Daulah Khilafah kerna 2/3 dunia pernah berada di bawah Pemerintahan Islam.

Jadi fikirkanlah.

0 comments:

 
© Copyright by Dunia Menuju Daulah Khilafah  |  Template by Blogspot tutorial