SEMINAR JELAJAH MALAYSIA 2010

KHILAFAH ATAS MANHAJ KENABIAN – JANJI ALLAH DAN RASULNYA

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

SIAPA JEBBAT

My photo
Siapa ana??? Ana bukanlah hero filem cinta, bukan juga hero filem hollywood mahupun bollywood. Ana hanyalah seorang hamba Allah... Ana adalah umat Muhammad S.A.W... Bagaimana pula dengan anta...??? Masih kabur??? Mari bersama-sama dengan ana menuju ke sebuah negara yang bergelar Daulah Khilafah. InsyaAllah... Pandangan/kritikan/nasihat dialukan. Pastikan subject email anta mengikut tajuk yang hendak di kemukakan dan Email ke : jebbat@gmail.com

DERHAKA SULTAN DI BESARKAN, DERHAKA ALLAH DI AMALKAN.

Shabery: Nizar derhaka pada Sultan
Feb 5, 09 7:58pm
Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah menderhaka kepada Sultan apabila enggan untuk meletak
jawatan seperti yang dititahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Katanya orang Melayu mesti tahu dan sedar bahawa mereka mempunyai Raja dan negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi juga di peringkat negeri, lapor Bernama.

"Kedaulatan sesebuah negeri itu terletak kepada raja-raja. Oleh itu, adalah wajar, wajib dan semestinya bagi kita patuh dan menjunjung tinggi titah perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja kita.

"Jadi sewajarnya kita tidak mengingkarinya, jika tidak, kita akan ditafsirkan sebagai melanggar atau ingkar sekaligus menderhaka kepada Raja,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pra-Tonton rancangan 'Europe Through The Eyes of Malaysian' di ibunegara hari ini.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar Ujang pula berkata negara ini mempunyai undang-undang berkaitan dengan kedaulatan dan pembubaran kerajaan negeri dan ini adalah proses yang digunakan selama ini.

Katanya, jika beliau (Nizar) menolak undang-undang serta kedaulatan terbabit, ini jelas menunjukkan beliau tidak hormat kepada pentadbiran negeri itu.

"Sesebuah DUN, jika hendak dibubarkan, mesti mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu. Jika beliau (Nizar) tidak berbuat demikian, ini sekaligus menunjukkan beliau tidak faham undang-undang dan tidak layak untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri," katanya kepada Bernama.

Undang-undang tubuh negeri


Abu Zahar berkata apa jua perkara termasuk pembubaran DUN harus mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata kerajaan pimpinan Nizar harus akur bahawa jika Barisan Nasional (BN) kembali menerajui Perak, ia adalah wajar kerana telah terbukti kerajaan Pakatan Rakyat gagal memimpin negeri itu disebabkan pemimpin yang gila kuasa.

Sementara itu, Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia Osman Abu Bakar berkata Nizar seharusnya ingat beliau dilantik sebagai menteri besar atas perkenan Tuanku Sultan dan jika Sultan menitahkan beliau meletakkan jawatan, maka beliau harus akur.

"Sebagai seorang Menteri Besar, beliau harus bersikap positif demi kepentingan orang Melayu dan menjaga maruah orang Melayu di Perak.

"Pergolakan politik yang sedang berlaku di Perak juga adalah ujian kepada sistem demokrasi berperlembagaan negara," katanya.

Osman berkata, Barisan Bertindak turut meminta orang Melayu di Perak agar optimis terhadap perubahan yang berlaku di negeri itu dan terus menunjukkan kesetiaan kepada Tuanku Sultan.

Mohammad Nizar dalam kenyataan beliau semalam telah mengumumkan langkah drastik dan luar biasa dengan membubarkan DUN serta-merta sebelum mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun, hari ini Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran DUN dan menitahkan supaya Mohammad Nizar dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/97692

---------------------------------------------------------------------------------

Adakah derhaka kepada Sultan satu dosa yang cukup berat kepada seorang individu di Malaysia. Dengan amalan demokrasi, maka tumbang kerajaan Perak hari ini menyebabkan MB Perak derhaka kepada Sultan henya kerna mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Rakyat Malaysia semakin sebati dengan demokrasi. Maka seruan Allah SWT telah di tinggalkan.
Terfikir ana, berapa ramai yang telah menderhaka kepada Allah. Dengan demokrasi maka timbul gejala rasuah yang berleluasa, budaya PUNK, Black Metal, underground, freethinker, gothic dan banyak lagi budaya yang merosakkan minda umat Islam. Berapa ramai umat yang tak sembahyang. Berapa ramai mereka yang hanya sembahyang kerana orang lain sembahyang.

Hanya derhaka kepada Sultan, suratkhabar hari ini bagai pisang panas. Muka hadapan terpangpang besar. Derhaka kepada Allah, tiada siapa pun yang ambil tahu. Tidak di besarkan. Ini adalah kerana umat kini menganggap Islam adalah hak peribadi. Ini yang telah menyebabkan segala gejala ini timbul bagai cendawan lepas hujan.

Timbul pula hak asasi manusia yang memperjuangkan hak individu. Bayangkan jika seorang ayah mengarahkan anak perempuannya memakai tudung tetapi beliau enggan. Maka Hak Asasi Manusia di gunakan untuk membela perempuan ini. Sedangkang di dalam Al-Quran telah menjelaskan semuanya.

Amankah kita di kubur dengan meninggalkan zuriat kita di dalam amalan kapitalis dan sosialis ini.

Demokrasi inilah yang akan menghitamkan hati umat.
Demokrasi yang sedang menghancurkan menteliti Islam.
Demokrasi yang telah mengetepikan hukum Allah yang telah mencipta bumi dan manusia.

Wahai kaum muslimin...

Sudah tiba masanya kembali kepada Islam. Kembalilah kepada pemerintahan Islam.
Sama-samalah kita membina Daulah Islamiyah kerana dunia ketika ini sedang menuju Daulah Khilafah.

Wahai kaum muslimin...

Sebesar-besar dan sekecil-kecil perbuatan akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT NANTI???
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA DI HADAPAN ALLAH NANTI???

MAMPUKAH ?????

0 comments:

 
© Copyright by Dunia Menuju Daulah Khilafah  |  Template by Blogspot tutorial