SEMINAR KHILAFAH & ALAM MELAYU



MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Temuramah bersama ahli Hizb ut-Tahrir Iraq



Ahad, 15 Sya’ban 1429

Sheikh Abu Abdullah Al Kurdi adalah seorang Professor Syariah di salah sebuah universiti di Iraq. Beliau adalah seorang aktivis dakwah Hizb ut Tahrir sejak 20 tahun lalu. Sheikh Abu memegang banyak ijazah akademik di dalam bidang Sains Islam dan juga Ijazah tradisional.

Berikut adalah terjemahan dari temuramah beliau.

S: Bolehkan saudara memberikan sedikit gambaran tentang kerja-kerja untuk mengembalikan Khilafah di Iraq?

J: Penduduk Iraq adalah masyarakat yang celik tentang aspek politik. Pada awal kedatangan penjajah ke Arab, penduduk di sini melawan dan menentang kedatangan mereka. Ini amat jelas diketahui dan didokumenkan sebagai revolusi abad ke 20. Para penjajah telah mencengkam masyarakat ini. Sebelum kemusnahan rejim Saddam, satu persidangan telah diadakan di Iraq membincangkan tentang masa depan Iraq. Persidangan ini telah mengumpulkan golongan berpengaruh dan para intelek yang mengambil berat akan masa depan Iraq…Semua golongan termasuk Syiah dan Sunni mengesahkan bahawa masa depan Iraq adalah penerapan Hukum-hukum Allah swt kecuali segelintir golongan sekular yang menjadi ejen Kuffar Barat.

Semakin hari, kerja-kerja penjajah menjadi perlahan dan kearah kegagalan kerana mereka tidak mempunyai ejen yang berjaya meyakinkan umat tentang demokrasi dan kebebasan.


S: Dalam situasi penaklukan begini adakah pihak kerajaan mengancam dan merosakkan kerja-kerja Khilafah?

J: Seperti yang saya katakan tadi, seluruh penduduk Iraq bercakap tentang penerapan hukum Syara’. Hizb ut Tahrir memainkan peranan yang amat besar dalam menanam dan memupuk pemikiran ini kepada umat. Kami juga mempunyai dua pejabat di Baghdad. Pasukan keselamatan Amerika pernah dan sering merosakkan pejabat-pejabat dan harta benda kami. Mereka bahkan mengebom pejabat kami suatu ketika dahulu dan ada juga syabab yang dibunuh di pejabat kami. Pada hari ini, usaha kami semakin berlipat ganda dan tidak akan boleh dihentikan dengan penangkapan beberapa orang syabab dan seruan-seruan kami untuk mengembalikan Khilafah.


S: Ada sebahagian orang mengatakan bahawa kerja-kerja kearah Khilafah hanya dilakukan oleh segolongan kecil sahaja. Adakah lagi sebenarnya golongan yang bekerja untuk menegakkan Khilafah?

J: Pertama sekali , harus difahami satu perkara. Pemikiran tentang Khilafah ini bukanlah pemikiran Hizb ut Tahrir sahaja, tetapi ia adalah idea yang dipersetujui oleh para ulama di masa lampau dan di zaman sekarang. Tiada seorang pun yang menafikan kewujudannya kecuali Asam, seorang mutazilah dan yang terkini Ali Abdul Raziq dari Al Azhar, Mesir dan isu ini adalah isu kesatuan ummah dan HT mengikuti jalan ini.


S: Adakah anda mempunya ulama yang bekerja untuk Khilafah di Iraq?

J: Ulama pertama yang boleh diingati ialah Sheikh Abdul- Aziz al Badri yang mana beliau telah dibunuh oleh pihak penentang rejim Baath dan beliau adalah seorang syabab Hizb ut Tahrir. Ramai lagi ulama dan syabab yang bekerja untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah.


S: Terdapat ramai ulama dan syabab yang bekerja untuk Khilafah telah dibunuh oleh rejim Iraq. Adakah anda mengenali syabab-syabab ini?

J: Saddam Hussein adalah seorang pemimpin yang menindas yang memerintah dengan penuh kekejaman dan menerapkan sistem sosialis kepada rakyat. Beliau mempercayai semangat kebangsaan Arab dan menyatukan mereka di bawah panji-panji nasionalisma. Beliau telah membunuh ramai para ulama yang bekerja untuk menegakkan kembali Khilafah seperti yang saya beritahu tadi antara yang awalnya ialah Sheikh Abdul Aziz Badri (semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya) dan Sheikh Mohammad Baqir al Sadr dan seorang sheikh yang telah mendidik saya ke dalam Hizb ut Tahrir, di kenali sebagai Anwar dari Mosul. Beliau telah dibunuh pada tahun 1990.


S: Dari apa yang kami ketahui, terdapat pertelingkahan yang berterusan di antara puak syiah dan sunni. Adakah ini benar?

J: Puak Syiah dan sunni dan bangsa Arab dan bukan Arab hidup tenang bersama ketika zaman kekhilafahan dahulu sehingga ejen penjajah British mula menyusup di celah-celah ummah dan merasuk pemikiran mereka. Salah seorang yang paling terkenal dan juga menulis buku-buku adalah Hempher. Beliau menulis dalam sebuah bukunya bahawa tujuan mereka adalah untuk memecah belahkan umat tetapi mereka tidak berjaya dan tanah ini masih bersatu dari hari revolusi abad ke 20 hingga hari ini. Kemudian setelah kemusnahan rejim Saddam, datang pula kuasa penjajah baru iaitu Amerika dengan dibantu oleh ejen-ejen mereka dari golongan Kurdis dan Arab dan juga bukan Arab. Mereka cuba menghasut umat dan sekali lagi mereka menemui kegagalan.

Firman Allah:
Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. [tmq 8:30]


Sumber disini

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha mengasihi.

Di dahului dengan kesyukuran kepada Allah SWT dan junjungan mulia kita iaitu Rasulullah SAW. Disini diucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada seluruh blogger yang menghubungi saya mahupun di hubungi oleh saya.

Semenjak menceburi bidang blogger ini pada July 2007, banyak kenangan manis dan kenangan pahit di alami. Namun itu semua tidak menjatuhkan semangat bagi meneruskan kerja dakwah. Melalui email, hampir 300 alamat email yang ada dalam simpanan.

Alhamdulillah... dari beratus email yang dihantar kebanyakan menunjukkan respon yang positif. Bukan semua blogger. Ada juga sebaliknya, ada yang memaki hamun, ada yang minta hentikan email dan macam-macam lagi dengan macam-macam alasan.

Namun yang berani pun ada. Mereka berhujah dengan keberanian yang mengkagumkan tetapi hujah mereka hanya dengan hukum akal. Tiada dalil dan nas yang diberikan bagi menyokong dakwaan mereka. Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka (terima tidak bererti setuju). Ada juga yang menghempuskan api bagaikan naga yang marah.... tetapi apabila berbalas berhujah... dia MIA (missing in action). Emmm... ada juga yang bila dihubungi terus hilang. Ada juga yang di suruh menghubungi saya kembali tetapi sampai sekarang tak nampak sepatah ayat pun... :-)

Yang lebih kelakar lagi.... ada yang hanya berani di alam maya saja, bila ingin bertemu senyap jerr... tidak mengapa, mungkin belum bersedia. Saya doakan semoga kita berjumpa satu hati nanti dan janganlah takut kerna saya juga manusia biasa. Saya tiada ilmu kebal yang tembak tak lut, tikam pisau patah atau boleh terbang pokok ke pokok cam filem pontianak. Hehehe...

Saya tak ada semua tuu... saya manusia biasa yang berdarah merah bukan warna biru atau hijau atau kuning atau unggu atau putih (cam darah mahsuri tuuu... tul kerr???). Yang paling penting yang perlu anda tahu... saya hanya 'MANUSIA BIASA'... tuu jerr... heheh... :-)

Namun begitu, kebanyakan blogger memberi respon yang cukup menggalakkan. Ada yang memberi kata-kata semangat. Ada yang mendoakan perjuangan. Ada yang mengambil dan memaparkan email dari kiriman saya di dalam blog mereka. Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan.

Apapun email yang saya terima dari pro mahupun kontra... saya dengan berbesar hati mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan, nasihat, kritik membina, kritikan yang menjatuhkan, doa dari muslimin dan muslimat dan pelbagai lagi.

Alhamdulillah dan saya doakan semoga saya dan seluruh kaum muslimin diberi petuntuk dan hidayah dari Allah SWT.

Di akhir kata, tulisan ini bukanlah menunjuk kehebatan atau kepandaian, jauh sekali menjatuhkan seseorang, namum hanya menghargai mereka yang telah sudi menerima email dari saya bagi menjernihkan pemikiran dengan kebenaran.

Dan disini saya bawakan kata-kata dari Amir Hizbut Tahrir.

“Wahai para ulama yang dimuliakan! Sesungguhnya, ulama yang bertakwa dan ikhlas lebih berhak atas urusan ini (menegakkan Khilafah), dan tempatnya selalu di barisan terhadapan dalam setiap kebaikan. Untuk itu, kami tidak ingin hanya berkata kepada anda, “Sokonglah kami, tolonglah kami dan bantulah kami.” Namun, dengan rasa hormat dan ketulusan dari lubuk hati yang paling dalam, kami ingin berkata kepada anda lebih dari semua itu, “Berjuanglah bersama kami, dan bekerjasamalah dengan kami, untuk kebaikan ini.” Sesungguhnya kemuliaan Islam dan kaum Muslimin adalah di tangan Allah dan sudah semakin hampir. Semua itu pasti akan terwujud dengan izin Allah.”


SEMINAR TERBUKA JALAJAH MALAYSIA 2010




UPDATE : 21 APR 2010
SEMINAR TERBUKA JALAJAH MALAYSIA 2010

OLEH : Hizbut Tahrir Malaysia & Khilafah Center




NANTIKAN KEMUNCULAN
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA
DI TEMPAT ANDA.





PERLIS
1 MEI 2010 (SABTU) 9.00 - 11.00 MLM DEWAN SEMINAR SRI MAWARNI INN MEDAN RAJA SYED ALWI, KANGAR, PERLIS




AHLI PANEL
USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
(Presiden HTM)
USTAZ UMAR HUSEIN
(Timbalan Presiden HTM)



Seluruh kaum muslimin dijemput hadir bagi mendengar penjelasan dan menjernihkan pemikiran anda semua.
Segalanya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.



Akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pastikan anda tidak melepaskan peluang mengenali Hizbut Tahrir Malaysia dengan lebih dekat apabila kami berada di kawasan anda.

PERHATIAN !!! KENYATAAN PENAFIAN MENGENAI ISA CANDLELIGHT VIGIL

KENYATAAN RASMI DARI HIZBUT TAHRIR

Merujuk kepada laporan sebuah blog yang telah mengaitkan nama Hizbut Tahrir di dalam upacara 'Candlelight Vigil' Anti ISA yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu 10 April 2010 di Dataran Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, maka Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan ini menegaskan bahawa:-

1.Kami tidak tahu menahu dan tidak pernah diberitahu atau dihubungi oleh sesiapapun mengenai perkara ini dan kami tidak pernah menyatakan persetujuan ataupun sokongan terhadap acara tersebut sebagaimana dilaporkan. Oleh itu, kami langsung tidak ada kaitan dalam hal ini.

2.Kami juga ingin menyatakan bahawa aktiviti seumpama itu merupakan suatu yang sia-sia yang tidak akan memberi apa-apa makna kepada perjuangan Islam atau menuntut keadilan. Bahkan ia lebih mirip kepada amalan atau hadharah keagamaan (Kristian) yang haram bagi umat Islam meniru atau menyertainya.

3.Kami meminta agar pemilik atau pengendali blog tersebut mengeluarkan nama ”Hizbut Tahrir” dari laporannya serta merta. Jika tidak, maka tanggunglah dosa besar dari Allah Azza wa Jalla di atas fitnah yang telah dilontarkan.

4.Kami ingin menegaskan bahawa ISA sememangnya haram di sisi Islam dan wajib dihapuskan oleh pemerintah dan diganti dengan undang-undang (hukum-hakam) Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM)

-----------------
*** ISA = INTERNAL SECURITY ACT (Akta Keselamatan Dalam Negeri). ***