SEMINAR JELAJAH MALAYSIA 2010

KHILAFAH ATAS MANHAJ KENABIAN – JANJI ALLAH DAN RASULNYA

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

SIAPA JEBBAT

My photo
Siapa ana??? Ana bukanlah hero filem cinta, bukan juga hero filem hollywood mahupun bollywood. Ana hanyalah seorang hamba Allah... Ana adalah umat Muhammad S.A.W... Bagaimana pula dengan anta...??? Masih kabur??? Mari bersama-sama dengan ana menuju ke sebuah negara yang bergelar Daulah Khilafah. InsyaAllah... Pandangan/kritikan/nasihat dialukan. Pastikan subject email anta mengikut tajuk yang hendak di kemukakan dan Email ke : jebbat@gmail.com

USTAZ DEMOKRASI

Assalamualaikum Ustaz.

Seperti semua tahu, umat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Shafie.

Soalan : Bolehkah kita menggunakan mazhab lain jika sesuatu kemuskilan muncul.
Jawapan : Tidak boleh kecuali darurat.

Soalan : Kenapa tidak boleh Ustaz, sedangkan ia juga Islam???
Jawapan : Kita harus berpegang kepada satu Mazhab. Jika Shafie maka peganglah pada mazhab tersebut, jika Hambali maka peganglah pada mazhab tersebut kecuali darurat.

Soalan : Bagaimana pula dengan demokrasi Ustaz??? Ia bukan dari hukum Islam tetapi kenapa pemimpin Islam menggunakan demokrasi sedangkan bukannya masa darurat sekarang ini???
Jawapan : Demokrasi hukumnya "harus".

Begitulah fahaman sesetengah Ustaz di Malaysia. Islam dengan Islam tidak boleh tetapi jika luar pada Islam pula boleh di gunakan. Jadi harus pulak hukumnya.

(MAAF, NAMA DAN TEMPAT DI RAHSIAKAN KERNA TIDAK MAHU MENGAIBKAN SESEORANG)

Wahai Ustaz-Ustaz.

Janganlah kita menghembuskan jawapan yang mementingkan diri sendiri atau untuk kepentingan seseorang. Berpeganglah kamu pada Al-Quran dan Sunnah dan bukan mengikut nafsu.

"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. " ( Al-Maidah : 49)


Demokrasi adalah ciptaan Lord Reid. Parlimen adalah tonggak demokrasi dan untuk pengetahuan umum.

Apa fungsi PARLIMEN.

Baca disini.


Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.

Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.

Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.




Renungkan firman Allah SWT.

"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik." (Al-An'aam : 57).

Perlimen juga adalah tempat untuk ahli parlimen menggubal undang-undang atau meminda undang-undang samada bertentangan dengan Islam atau tidak. Di parlimen, hanya suara mejoriti di perlukan. Jika mendapat sokongan mojoriti maka undang-undang akan terbentuk. Bila ada undang-undang maka akan ada penguatkuasaan.

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." (Al-An'aam : 116).

Keputusan yang di buat di parlimen bukan sahaja boleh menyesatkan manusia tetapi menyebabkan pelbagai masalah timbul. Seperti masalah sosial remaja kini yang berada di tahap kritikal. Undang-undang yang ada sekarang hanyalah mainan manusia dan ia tidak langsung berkesan. Jika berkesan maka pastinya tidak lagi timbul gejala ini.
Undang-undang manusia juga hanyalah mengikut prasangka. Bila ini berlaku maka nafsu akan menguasai manusia. Maka dengan prasangka ini, undang-undang yang di gubal hanyalah mengikut nafsu manusia dan bukannya dari Allah SWT.

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."(Yunus : 36)

Parlimen juga mempunyai keistimewaan kerana ia tidak boleh di cabar. Ahli parlimen juga terkecuali dari tindakan. Dengan ini maka jika sesuatu perkara yang bertentangan dengan Islam di kemukakan contohnya :-

" Sembahyang yang di benarkan di Malaysia hanya 1 sembahyang sahaja iaitu Magrib dan semua yang selebihnya tidak di kira".

Maka dengan suara mojoriti, undang-undang di luluskan sembahyang 1 hari sekali.

Ahli parlimen yang mengusulkan perkara ini juga terkecuali dari tindakan kerana "keistimewaan"nya.

Ini tidak mustahil berlaku kerana ia sudahpun berlaku di Turki di mana telah meluluskan sehari hanya 3 kali sembahyang satu ketika dulu. Dan kini pemerintah "Islam" di Turki masih menunggu kelulusan parlimen bagi membolehkan rakyatnya yang berjantina perempuan "bertudung".

Adakah hukum Allah perlukan kelulusan "PARLIMEN"...???

Dari segi pemikiran sesetengah Ustaz mahupun Ulama menampakkan Demokrasi itu sesuatu yang harus tetapi realitinya Demokrasi telah menyimpang jauh dari hukum Allah SWT. Demokrasi telah menghalalkan apa yang di haramkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang di perintahkan oleh Allah.

Wahai Ustaz dan Pemimpim kaum Muslimin.

Renungkanlah friman Allah SWT ini.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. "(Al-Baqarah : 208)


Sesungguhnya orang yang beriman adalah orang yang zahir dan batinnya berada dalam landasan Islam termasuklah undang-undang Islam.

Lord Reid mencipta demokrasi dan Amerika Syarikat adalah pejuangnya.

Persoalannya...

Kenapa "harus" muslimin menggunakan demokrasi untuk berjuang menegakkan Islam sedangkan kaum muslimin mempunyai Al-quran dan Sunnah. Kaum Muslimim mempunyai Sistem Pemerintahan Islam. Islam sudah cukup sistemnya.

Islam itu deen (the way of life).

"pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agamamu." (al-Maidah : 3)


0 comments:

 
© Copyright by Dunia Menuju Daulah Khilafah  |  Template by Blogspot tutorial