SEMINAR JELAJAH MALAYSIA 2010

KHILAFAH ATAS MANHAJ KENABIAN – JANJI ALLAH DAN RASULNYA

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

SIAPA JEBBAT

My photo
Siapa ana??? Ana bukanlah hero filem cinta, bukan juga hero filem hollywood mahupun bollywood. Ana hanyalah seorang hamba Allah... Ana adalah umat Muhammad S.A.W... Bagaimana pula dengan anta...??? Masih kabur??? Mari bersama-sama dengan ana menuju ke sebuah negara yang bergelar Daulah Khilafah. InsyaAllah... Pandangan/kritikan/nasihat dialukan. Pastikan subject email anta mengikut tajuk yang hendak di kemukakan dan Email ke : jebbat@gmail.com

REALITI UMAT ISLAM KINI

Assalamualaikum WBT.

Bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnianya ana telah selesai masalah ana dengan mudah dan tenang. Alhamdulillah.... ALLAHUAKBAR...

Tujuan ana sekadar hendak menceritakan beberapa kejadian di kalangan masyarakat kini yang terjadi sendiri kepada ana. Ketika sana "cuti"... ana sempat menghadiri majlis walimatulurus saudara Islam ana. Ketika di sana, ana sempat bertemu sahabat dan salah seorangnya adalah adik kepada seorang tabliqh. Pada permulaan, kami hanya tertumpu kepada perbincangan hal-hal biasa namun lama-kelamaan perbincangan menuju ke arah topik yang tidak kurang hangatnya. Beliau menceritakan yang beliau pernah bertemu dengan beberapa kelompak yang boleh di katakan "bakal menjadi ulama-su".

Dari perbincangan, beliau di tanya oleh mereka...

" Kenapa Kaabah berbentuk segi empat???"

Beliau hanya menjawab, beliau tak tahu.

" kerana kita ada 4 mazhab" kata mereka....

MasyaAllah... banyak lagi pendedahan oleh beliau namun tidak mungkin dapat di cerita sepenuhnya di sini.
Hairan... sampai ke situ mereka kaji... dan bila dengar ana agak terkejut dengan fahaman yang di bawa. Jadi ana minta beliau menjemput mereka tapi bukan semua. Cuma bawa seorang yang memberi jawapan sedemikian saja. Bertemu 4 mata.
Penerangan dari ana pula mudah...
Bagaimana pula Syiah yang mempunyai berpuluh mazhab...???

Beliau bersetuju...

Perbincangan terus menerus berpanjangan sehinggalah ke bab pemerintahan Islam.
Seperti yang lain juga, beliau lebih kepada pro-demokrasi namum pada pandangan ana, berkemungkinan beliau tidak mendapat pendedahan sepatutnya.

Seperti lain, beliau berpegang kepada hukum demokrasi "harus" namun ana membantah kerana Allah memerintahkan seluruh manusia yang beriman masuk ke dalam Islam seluruhnya sepertimana firman Allah dalam Al-baqarah : 208.

Penjelasan mengenai demokrasi dan daulah Islamiyah di ceritakan kepada beliau. Contoh juga di berikan seperti di Palestin, dimana Hamas menang besar tetapi masih tidak berhak memerintah kerana kuasa besar menafikannya. Di Turki, walaupun kini di perintah oleh Parti Islam namun terpaksa menunggu kelulusan "PARLIMEN TURKI" untuk meluluskan supaya wanit di kehendaki bertudung dan menutup aurat.

Adakah hukum Allah perlukan kelulusan manusia untuk dilaksanakan???

Namum dengan izin Allah, ana nampak perubahan dari matanya dan beliau mengaku selama ini beliau tidak tahu mengenainya.

Itulah realitinya...
Ana bukan hendak memburukan seseorang tapi tujuan ana adalah untuk memberitakan kepada semua bahawa ada lagi manusia yang tidak mendapat penjelasan yang sepatutnya.
Mungkin ini satu dari berjuta umat Islam yang tidak tahu mengenai Sistem Pemerintahan Islam. Mereka hanya di ajar tentang demokrasi dan demokrasi dan demokrasi...

Hakikatnya... dakwah mesti di teruskan kerana masih ramai lagi yang belum tahu tentang kewujudan pemerintahan Islam yang dulunya 2/3 dunia di bawah Pemerintah Islam. Mungkin masih belum cukup lagi dakwah yang kita lakukan ini.

InsyaAllah... sama-sama kita berdakwah dengan menyampaikan kebenaran tanpa menyembunyikan sepatah pun perkataanNya dan Rasulullah SAW...

Allahuakbar............!!!

*** Sekadar memanaskan otak yang "cuti" lama.... hehehe....

0 comments:

 
© Copyright by Dunia Menuju Daulah Khilafah  |  Template by Blogspot tutorial