SEMINAR JELAJAH MALAYSIA 2010

KHILAFAH ATAS MANHAJ KENABIAN – JANJI ALLAH DAN RASULNYA

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

SIAPA JEBBAT

My photo
Siapa ana??? Ana bukanlah hero filem cinta, bukan juga hero filem hollywood mahupun bollywood. Ana hanyalah seorang hamba Allah... Ana adalah umat Muhammad S.A.W... Bagaimana pula dengan anta...??? Masih kabur??? Mari bersama-sama dengan ana menuju ke sebuah negara yang bergelar Daulah Khilafah. InsyaAllah... Pandangan/kritikan/nasihat dialukan. Pastikan subject email anta mengikut tajuk yang hendak di kemukakan dan Email ke : jebbat@gmail.com

RESPON KEPADA BLOG BENDAHARA TUN PERAK

Assalamualaikum W.B.T

Terpanggil untuk maklumbalas tulisan yang di tulis di blog Bendahara (http://marul77.blogspot.com/2008/10/hizbut-tahrir-parasit-pengacau-kepada.html) mengenai HT yang di katakan pengacau dalam perjuangan.

Apabila ana mengemukakan soalan di kotak sembang (chat box) yang terdapat di blognya maka dari pemerhatian ana, beliau seorang yang agak sombang dalam penulisannya. Dengan lambang PAS pada blognya, bagi ana sungguh memalukan kerna sifat "Bendahara" itu sendiri telah memalukan PAS yang di ketahui Parti Politik yang memperjuangkan Islam.

Sombong???!!!
Kenapa...??? bilamana ana meminta beliau untuk menunjukkan bukti jika Kitab yang di gunakan oleh HT bertentangan dengan Al-Quran tetapi penulis cuba mengelak dengan mengaitkan dengan masalah yang lain dari memberi tumpuan kepada persoalan.

Bendahara tidak mengenali HT tetapi cuba untuk menunjukkan seperti beliau mengenali HT.
Seperti manusia lain yang mempunyai sifat keegoan, cerita belum bermula tetapi beliau dah tahu bagaimana penamatnya.

Apa yang dapat hanyalah keegoan. Selalu mengelak dari menjawab. Mengaitkan dengan yang lain bagi mengelak dari menjawab soalan yang di kemukakan. Memalukan bila seorang yang menggunakan lambang PAS di blognya tetapi tidak mempunyai nilai seorang Islam.

Ana syorkan kepada beliau supaya keluar dari PAS (jika ahli) kerana beliau akan dan lebih memalukan PAS dengan sifat beliau sendiri.
Ana bukan anti PAS tetapi dengan sifat beliau, tak mustahil jemaah akan lebih membenci PAS bak kata pepatah "kerna nila rosak susu sebelanga".

Tulisan ini bukan untuk menghina atau menkritik sesiapa tetapi setelah memberi masa untuk beliau menarik balik tulisannya (sebelum 11.11.2008) tetapi masih engkar maka ana terpaksa memulakan penulisan mengenai beliau dan tulisan ini tulisan ini bukanlah untuk PAS tetapi untuk tuan punya blog marul77.blogspot.com.

Di bawah adalah kenyataan HTM mengenai mereka (kepada penulis keseluruhannya yang menulis mengenai HT di dalam web).

"(1) Kejahilan penulis/penceramah tentang Hizbut Tahrir, namun ingin
mengatakan sesuatu tentang Hizbut Tahrir

(2) Penulis/Penceramah mendapat maklumat yang salah tentang HT dan terus
menyampaikan apa yang didengarnya, tanpa memeriksa terlebih dahulu
kesahihan maklumat tersebut.

(3) Kedengkian dan sifat busuk hati serta permusuhan yang ada pada
penceramah/penulis melihat perkembangan dakwah HT yang semakin baik, lalu
dia cuba menabur fitnah agar orang menjauhi HT.

(4) Penceramah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk pihak
kerajaan untuk memburuk-buruk dan menfitnah HT.

Kami yakin bahawa jika penulis/penceramah tersebut adalah seorang yang
ikhlas, maka mereka pasti tidak akan menulis/bercakap tanpa usul periksa
dan tanpa niat yang jahat/dengki."


Persoalan pandangan HTM terhadap PAS dan gerakan Islam yang lain.


"Berhubung persoalan saudara tentang pandangan HT terhadap PAS, bagi Hizbut
Tahrir, PAS adalah gerakan sahabat, malah setiap gerakan Islam adalah
sahabat kami, walaupun kita mungkin berbeza dalam banyak perkara. Oleh
itu, baik PAS, JIM, ABIM, Tabligh dan gerakan Islam lainnya adalah gerakan
sahabat.

Sebagaimana yang kami nyatakan, walaupun terdapat perbezaan, khusunya di
dalam thariqah (jalan) perjuangan untuk menegakkan Islam, namun kita semua
adalah bersaudara di dalam kalimah yang sama. Justeru, jika terdapat
perbezaan pendapat dengan gerakan Islam yang lain, di mana kami merasakan
saudara kami telah melakukan kesilapan, maka kami merasa bertanggungjawab
untuk memuhasabah mereka. Di sinilah kami akan menegur mereka. Begitu
jugalah, jika mereka melihat kesalahan di phak kami, maka wajib pula bagi
mereka melakukan muhasabah. Inilah sifat sebuah persaudaraan, saling
ingat-mengingati dan memuhasabah antara satu sama lain, tetapi hendaklah
semata-mata kerana Allah, bukan kerana dengki, dendam, sakit hati dsb.

Justeru, jika saudara mendapati perbezaan pendapat yang amat ketara
sekalipun di antara HTM, PAS, JIM, ABIM dsb, maka hal ini bukanlah
membolehkan kita berbalah, memburuk-burukan atau memfitnah antara satu
sama lain. Apa yang sewajibnya kita lakukan adalah muhasabah dalam keadaan
yang penuh ukhwah dengan masing-masing membawakan nas masing-masing, dan
masing-masing juga hendaklah berlapang dada dalam mendengar pendapat dari
saudaranya."

Untuk pengetahuan pembaca, ana juga telah meminta penulis mengemukan bukti mengatakan HT menghina ulama tetapi sehingga sekarang tiada respon di terima.

Ana juga tidak pernah melihat atau mendengar HT menghina ulama. Yang ana dengar hanyalah teguran. Teguran yang di buat oleh HT juga berlandaskan Al-Quran dan hadis. Bagi ana jelas dan berpuas hati dengan apa yang dengan berikan.
Adakah kita tidak di benarkan menegur seorang ulama???

Di sini ana meminta ribuan kemaafan atas tulisan ana ini terhadap penulis blog tersebut.
Kepada pembaca sekalian, marilah kita bersatu dengan kalimah

"LAILLAHAILLALLAH MUHAMADULRASULULLAH"

Kerna Allah itu satu................................
Al-Quran itu satu....................................
Nabi Muhammad S.A.W itu satu..........

KENAPA KITA TIDAK BERSATU?????

" tidak akan masuk syurga bagi orang-orang yang memutuskan siratulrahim"
(hadis hasan soheh riwayat imam At-Tirmizi)

Fikirkanlah!!!

0 comments:

 
© Copyright by Dunia Menuju Daulah Khilafah  |  Template by Blogspot tutorial