SEMINAR JELAJAH MALAYSIA 2010

KHILAFAH ATAS MANHAJ KENABIAN – JANJI ALLAH DAN RASULNYA

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

SIAPA JEBBAT

My photo
Siapa ana??? Ana bukanlah hero filem cinta, bukan juga hero filem hollywood mahupun bollywood. Ana hanyalah seorang hamba Allah... Ana adalah umat Muhammad S.A.W... Bagaimana pula dengan anta...??? Masih kabur??? Mari bersama-sama dengan ana menuju ke sebuah negara yang bergelar Daulah Khilafah. InsyaAllah... Pandangan/kritikan/nasihat dialukan. Pastikan subject email anta mengikut tajuk yang hendak di kemukakan dan Email ke : jebbat@gmail.com

TINDAKAN GAZA - DEMONTRASI BAGI MENYERU TENTERA ARAB BAGI MEMPERTAHANKAN GAZA


Kira-kira tiga ribu orang telah melakukan demonstrasi pada hari Ahad 4hb Januari 2009. Mereka menyeru kepada tentera-tentera Arab untuk melindungi Gaza dan masyarakat yang tidak berdosa yang berterusan dibunuh oleh tentera penakluk Israel. Demonstrasi tersebut bermula dari Paddington Green dan bergerak menuju Edgeware Road dan diakhiri dengan berberapa ucapan di Marble Arch.

Ramai yang memberi pengucapan, termasuk Mohamed Ali, CEO bagi Islam Channel, Mozzem Beg, bekas tahanan Guantanamo dan Dr Abdul Wahid dari Hizbut Tahrir, sebuah Parti Politik Islam yang menganjurkan demonstrasi tersebut. Mereka telah mendesak tentera-tentera Islam dan pihak kerajaan untuk membantu saudara Muslim di Gaza. Selepas sebulan pengepungan oleh tentera yang mengakibatkan kebuluran ratusan ribu penduduk, pengganas Zionist di Palestine ini telah membunuh lebih dari 300 orang lelaki dan wanita dan juga kanak-kanak dalam siri serangan di Gaza yang telah juga mengakibatkan ribuan yang tercedera. Di manakah pemerintah-pemerintah Muslim? Di manakah tentera-tentera Muslim? Di manakah kerajaan yang akan menjawab pembunuhan Muslimin di Gaza dan di seluruh dunia?

Sudah berbulan-bulan, rejim-rejim di dunia Islam telah diam membisu atas pengepungan Israel di Gaza. Rejim Mesir bahkan telah menghalang bantuan ke Gaza. Rejim Saudi telah memujuk penakluk dan pembunuh kejam ini dengan mempromosikan apa yang dikatakan 'proses damai', yang mana ianya tidak lebih dari proses untuk memperkuatkan cengkaman Israel ke atas wilayah tersebut. Pujukan mereka initelah dibayar dengan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel.

Tidak akan ada perundingan, resolusi dari UN ataupun kutukan yang akan dapat membebaskan Palestin dari penaklukan ini. Ketika mana penduduk Palestin yang ikhlas ini terus menerus secara berani berjuang menentang penaklukan, hanya tentera-tentera beserta kelengkapan ketenteraan dari bumi Islam, yang kini sedang disimpan di berek oleh agen-agen pengkhianat, apabila dibebaskan barulah tanah Palestin akan dapat dipertahankan. Mesir sahaja memiliki kemampuan ketenteraan untuk mempertahankan penduduk di Gaza sekiranya sebanyak 220 jet pejuang F-16 yang ia ada beserta kekuatan kententeraan seramai 450,000 orang digunakan.

Sumber: www.hizb.org.uk







































Rujukan : http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1158:tindakan-bagi-gaza-demonstrasi-bagi-menyeru-tentera-arab-untuk-mempertahankangaza&catid=38:hizb-worldwide&Itemid=59

0 comments:

 
© Copyright by Dunia Menuju Daulah Khilafah  |  Template by Blogspot tutorial