Allahuakbar...... Allahuakbar....
Azan berkemundang dengan suara lunak bilal memuji Allah dan menyeru seluruh umat mengerjakan solat.
Sayangnya kebanyakan rumah Allah hanya untuk segelintir umat. Mana tidaknya, dgn sikap tok imam, tok bilal dan ahli jawatankuasa surau mahupun masjid yang hanya mementingkan kroni daripada menyambut senyuman jemaah yang datang. Kebanyakkan akan berhimpun dalam kelompok masing-masing. Bagi yang baru bertandang pula akan merasa terasing seperti berada di dalam alam bunian. Sehinggakan "Islam" yang pada dasarnya indah menjadi suci dalam debu. Ini adalah di sebabkan sifat manusia itu sendiri.
Sifat beginilah yang telah mencemarkan Islam.
Sifat negatif seperti sombong, sudah cukup membuatkan jemaah di sesebuah tempat berpecah. Imam yang sepatutnya menjadi tonggak kepada jemaah sesebuah kampung atau taman kebanyakannya akan menunjukkan sifat "hebat" kepada jemaah. Maka dengan "hebat"nya itu jemaah akan lebih meminggirkan diri dari mendekatinya. Ini adalah sebahagian dari apa yang sedang melanda surau dan masjid di Malaysia.
Begitu juga yang bersifat kepartian. Surau ataupun Masjid yang di Imam kan oleh PAS, maka tidak seorangpun UMNO yang bertandang dan begitulah sebaliknya jika Imam itu parti UMNO.
Begitu juga Hizbut Tahrir yang di tentang dari mengedarkan Sautun Nahdhah (Suara Kebangkitan). Bagi jemaah kepartian, jika sesuatu yang di keluarkan parti mereka maka akan di benarkan untuk mengedarkannya atau melekatkan di papan nota di dalam surau yang di kuasai mereka. Tetapi jika lain dari parti mereka maka tidak langsung di benarkan.
Bagi mereka Hizbut Tahrir adalah sama seperti parti politik yang lain.
Ketahuilah bahawa Hizbut Tahrir didirikan dalam rangka memenuhi seruan Allah SWT:
"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (TMQ Surah Ali-Imran [3]: 104)
Hizbut Tahrir bermaksud membangkitkan kembali umat Islam dari kemerosotan yang amat parah, membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan hukum-hukum kufur serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara-negara kafir. Hizbut Tahrir bermaksud juga membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyyah di muka bumi, sehingga hukum yang diturunkan Allah SWT dapat diterapkan kembali. (sepenuhnya disini...)
Jika anda takut akan kehilangan jawatan ataupun mata pencarian, maka ketahui bahawasanya rezeki yang datang adalah dari ALLAH SWT.
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. " (Al-Baqarah : 172)
Wahai penguasa Masjid dan Surau....
Takut kamu kepada ALLAH kerna azab Allah itu amat pedih. Jika anda tidak mahu menyebarkan kebenaran Allah maka..................
Biarkanlah kami yang dari golongan bawahan itu berdakwah. Kami yang hanya penghantar surat di mata kamu. Kami dari golongan yang hina di mata kamu. Kami yang tidak berpelajaran di mata kamu. Kami yang tidak pandai bab agama di mata kamu. Kami yang di pinggirkan oleh kamu. Kami yang hanya sampah di mata kamu.
Namun kami takut kepada Allah. Kami berani kerana Allah.
Benarkanlah kami mengadakan kuliah mahupun ceramah. Benarkan kami mengedarkan suara kebangkitan kami kerana Allah. Benarkan kami mengadakan program Islamiyah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Benarkan kami menyampaikan segala kebenaran. Kami tidak akan menyimpan sepatahpun perkataan Allah dan RasulNya.
Dan inganlah.....
Kita adalah manusia yang hidup dan sedang menuju kematian. Bezanya adalah kematian yang bagaimana.
Allahualam.......
0 comments:
Post a Comment