SEMINAR JELAJAH MALAYSIA 2010

KHILAFAH ATAS MANHAJ KENABIAN – JANJI ALLAH DAN RASULNYA

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

SIAPA JEBBAT

My photo
Siapa ana??? Ana bukanlah hero filem cinta, bukan juga hero filem hollywood mahupun bollywood. Ana hanyalah seorang hamba Allah... Ana adalah umat Muhammad S.A.W... Bagaimana pula dengan anta...??? Masih kabur??? Mari bersama-sama dengan ana menuju ke sebuah negara yang bergelar Daulah Khilafah. InsyaAllah... Pandangan/kritikan/nasihat dialukan. Pastikan subject email anta mengikut tajuk yang hendak di kemukakan dan Email ke : jebbat@gmail.com

WAHAI BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM, MUALAF ADALAH SAUDARA KITA

Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika apa yang disampaikan mengguris mana-mana pihak. Tulisan ini bukan untuk menghina sesiapa atau menjatuhkan sesiapa tetapi sekadar memberi peringatan dan teguran. Jauh sekali bagi saya untuk menunjuk pandai menandingi Ilmu kalian semua. Saya hanya menceritakan realiti yang berlaku dan seperti yang anda tahu, kekadang realiti amat pedih untuk diterima tetapi itulah hakikatnya. Tulisan ini juga bukanlah tujuan untuk mencari publisiti ataupun meraih sokongan tetapi hanyalah sekadar menjalankan perintah Allah SWT.

Perintah Allah SWT kepada hambanya :

"
Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan". [Al-Ghasyiyah(88):21]

Terpanggil apabila terbaca cerita seorang mualaf yang dilayan tidak sebagai saudara seagama.

Wahai bangsa Melayu yang beragama Islam.

Ketahuilah bahawa, bangsa yang tidak ada nilainya disisi Allah SWT. Apa yang berlaku disekeling kita dan kamu hari ini adalah kerana tiadanya Nizamul Islam (Peraturan Hidup Dalam Islam) dan sistem yang digunapakai adalah sistem yang memberi kebebasan maximum iaitu demokrasi. Disebabkan oleh kebebasan inilah terjadi dan terbentuknya sifat kebangsaan. Apa yang menyedihkan adalah sifat-sifat Islam itu telah runtuh dalam diri kalian.

Contoh yang ketara adalah apabila seorang mualaf yang hadir meminta bantuan ataupun ingin berdamping dengan kalian, maka dengan ego, sombong dan bongkak dihati hanya memandang sebelah mata akan mualaf ini. Ketahuilah bahawa mereka juga Islam seperti kalian semua. Walaupun mereka adalah di kalangan bangsa Cina, India, Kadazan, Iban, Melayu, Madura dan bangsa-bangsa lain didunia, mereka adalah saudara kita dan kalian semua. Kerana mereka adalah "ISLAM".

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat".[Al-Hujurat(49):10]

Lebih menyedihkan lagi apabila ada mualaf yang pertama kali ke masjid atau surau. Mereka dilayan sepertimana makluk asing yang baru turun ke bumi. Tiada senyuman diberikan mahupun salam perkenalan. Lebih menyedihkan lagi apabila tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada mereka.

"Ni masuk Islam kerna nak kawin la tuu".

Adakah ini sifat seorang yang terpelajar Islamnya.??? Adakah kita ini layak untuk menentukan mereka Islam kerana sesuatu hanya kerna hari-hari ke masjid atau surau. Atau kerna kita memakai jubah putih bersih. Atau kerna kita "pemimpin tertinggi" disurau atau masjid.
Bukan saja di surau dan masjid, malah kekadang jiran kita sendiri. Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai jiran yang beragama Islam.

Tidak sepatutnya kita melayan atau menuduh atau menjatuh mereka sebegitu rupa.

Allah berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". [Al-Hujurat(49):11]

Jika Rasulullah SAW masih hidup, bayangkan apakah akan dikatakan kepada kita dengan cara kita begini.

Adakah baginda akan berkata :

"INILAH SIFAT SEORANG MUSLIM YANG SEJATI!!!".


Bayangkanlah.......

Muhasabahlah diri kita samada kita benar-benar berada dalam Islam yang sebenar dan seluruhnya kerna Allah berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". [Al-Baqarah(2):208]

Diakhir kata...

Kepada mualaf sekalian.
Disusun sepuluh jari memohon maaf diatas apa yang terjadi kepada kalian semua. Sesungguhnya apa yang terjadi bukanlah dari sifat seorang Islam. Ia lebih kepada sifat syaitan yang masih sedikit wujud didalam diri yang perlu dibuang sejauhnya.

Marilah berjuang bersama-sama dengan kami bagi mengembalikan Kehidupan Islam dengan menuju kearah Daulah Khilafah Islamiyah.

0 comments:

 
© Copyright by Dunia Menuju Daulah Khilafah  |  Template by Blogspot tutorial