SEMINAR JELAJAH MALAYSIA 2010

KHILAFAH ATAS MANHAJ KENABIAN – JANJI ALLAH DAN RASULNYA

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

SIAPA JEBBAT

My photo
Siapa ana??? Ana bukanlah hero filem cinta, bukan juga hero filem hollywood mahupun bollywood. Ana hanyalah seorang hamba Allah... Ana adalah umat Muhammad S.A.W... Bagaimana pula dengan anta...??? Masih kabur??? Mari bersama-sama dengan ana menuju ke sebuah negara yang bergelar Daulah Khilafah. InsyaAllah... Pandangan/kritikan/nasihat dialukan. Pastikan subject email anta mengikut tajuk yang hendak di kemukakan dan Email ke : jebbat@gmail.com

UMNO kepada UMNO


United Malays National Organisation atau lebih popular dengan UMNO telah di kenali di Malaysia sebagai parti politik yang memperjuangankan Ketuanan Melayu. Ada yang kurang senang apabila di katakan yang UMNO memperjuangankan Melayu dan bukan memperjuangankan Islam. Ada juga yang berkata UMNO tidak pernah menyeru memperjuangkan Bangsa.

Apakah benar ini semua.???

Jika di tanya seluruh rakyat Malaysia apa itu UMNO, InsyaAllah kebanyakan rakyat akan berkata "ITU PARTI YANG MEMPERJUANGNAKAN MELAYU".
Bukan sekadar bohongan atau sengaja di adakan cerita tetapi ini adalah realiti yang berlaku hari ini. UMNO sepatutnya memperjuangkan Islam yang bukan berlandaskan perjuangan bangsa yang tidak kemana perginya. Virus-virus assobiyah kita semakin kelihatan bilamana kebangkitan rakyat menggunakan perjuangan bangsa.

Sabda Rasulullah SAW :-

"bukanlah dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" (HR Abu Daud).

Telah jelas bahawa Rasulullah melarang umatnya memperjuangkan bangsa dalam hidup mereka. Menteliti rakyat dan umat Islam Malaysia kita lebih fanatik kepada perjuangan bangsa. Apakah perjuangan bangsa ini akan di hargai oleh ALLAH SWT kelak.???

Tidak, kerana Rasulullah SAW telah melarang umatnya dari melakukannya.

Sebagai seorang hamba Allah SWT, ana sarankan kepada UMNO supaya berubah seluruhnya. Bagaimana????

UMNO atau United Malays National Organisation sepatutnya menjadi

United Muslims National Organisation...

Bukan sahaja pada nama, malah pada pentadbiran negara sewajibnya menggunakan Al-Quran sebagai perlembagaan Negara dan bukannya ciptaan Lord Reid atau ciptaan manusia. Bukan sahaja pada negara malah perubahan dalam diri sendiri juga harus di utamakan.

Kembalilah kepada pemerintahan Islam yang adil, kembalilah kepada perjuangan Rasulullah yang sebenar.

Allah SWT berfirman :-

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". (Al- Baqarah : 208)

Katakanlah: "Sesungguhnya aku berada di atas hujjah yang nyata (Al Quran) dari Tuhanku, sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa (azab) yang kamu minta supaya disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik." (Al- Anaam : 57).

0 comments:

 
© Copyright by Dunia Menuju Daulah Khilafah  |  Template by Blogspot tutorial