Adik Izzati sedih dalam kegembiraan..
Anak kepada pemandu lori, Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57."Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak
Sumber baca disini
Samada benar atau tidak... inilah realiti. Inilah yang dikatakan sistem pemerintahan
DARI RAKYAT... OLEH RAKYAT... UNTUK RAKYAT...
Adilkah sistem ini??????
Bagi mereka yang bergaji $5000.oo sebulan, mungkin ini tidak masalah. Namun begaimana yang berpendapatan rendah. Mungkin ini bukan dari keluarga anda tetapi dia adalah rakyat Malaysia dan dia berhak mendapat pendidikan percuma jika Malaysia menggunakan sistem Khilafah. Mereka adalah saudara kita. Mereka beragama Islam. Inikah yang dikatakan negara Islam??? Dimanakah Islamnya negara Malaysia. Adakah dengan hanya membina masjid, membenarkan sembahyang, boleh berpuasa, ada pejabat zakat sudah boleh di istihar negara Islam???
Wahai kaum muslimin...
Hanya dengan sistem Islam yakni Khilafah yang mampu memberikan keadilan kepada seluruh manusia. Ketahuilah bahawa Islam telahpun mempunyai sistemnya sendiri yang telah digunapakai untuk memerintah 2/3 dunia.
Wahai kaum muslimin...
Ketahuilah bahawa pendidikan, air, api, kesihatan dan banyak lagi adalah wajib di sediakan oleh pemerintah secara percuma. Inilah akibatnya jika sistem yang digunakan adalah dari akal manusia dan bukan dari wahyu Allah. Menusia mengubah sistem untuk kepentingan sesuatu.
Wahai kaum muslimin...
Kembalilah kalian kepada sistem wahyu dari Allah yakni sistem Khilafah kerna hanya sistem inilah yang mampu menerapkan hukum Allah secara kaffah.
Wahai kaum muslimin...
Apakah pilihan anda ketika ini....
Demokrasi ciptaan manusia atau sistem khilafah yang menggunakan Al-Quran dan hadis sebagai perlembagaan negara???
SEMINAR JELAJAH MALAYSIA 2010
KHILAFAH ATAS MANHAJ KENABIAN – JANJI ALLAH DAN RASULNYA
"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]
SIAPA JEBBAT
- jebbat
- Siapa ana??? Ana bukanlah hero filem cinta, bukan juga hero filem hollywood mahupun bollywood. Ana hanyalah seorang hamba Allah... Ana adalah umat Muhammad S.A.W... Bagaimana pula dengan anta...??? Masih kabur??? Mari bersama-sama dengan ana menuju ke sebuah negara yang bergelar Daulah Khilafah. InsyaAllah... Pandangan/kritikan/nasihat dialukan. Pastikan subject email anta mengikut tajuk yang hendak di kemukakan dan Email ke : jebbat@gmail.com
Dibawah sistem pendidikan sekular.......
Posted by
jebbat
Labels:
berita,
penerangan,
politik,
rencana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment