Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerna dengan izinNya maka kehadiran para peserta memenuhi ruang dewan di Hotel Sri Malaysia, Alor Setar, Kedah Darulaman.
Ana juga berkesempatan bersama menyertai seminar tersebut. Bersama dengan rakan yang lain seramai 9 orang kami sampai lebih kurang 8.25 pagi. Di sambut dengan senyuman oleh syabab dan daris Hizib, maka tenang rasanya walaupun penat memandu. Ikatan ukhwah sesama Islam dapat dirasakan walaupun berbeza latarbelakang. Itulah yang membuatkan Hizib semakin berkembang. Akhlak syabab dan daris harus mendapat pujian kerna mereka benar-benar menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri dalam hidup.
Sebagaimana firman Allah SWT :
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. "[Al-Ahzab(33):21]
Ana juga berkesempatan bertemu Ustaz Omar dan juga Ustaz Abu Taqiyuddin dan sempat bertukar pandangan. Turut hadir adalah Ustaz Riduwan dan juga beberapa lagi barisan pimpinan Hizbut Tahrir Malaysia.
Kebangkitan Islam semakin dirasakan dengan laungan takbir di pengakhir seminar (selepas bacaan doa penutup) dengan seluruh peserta bangun melaungkannya secara serentak seperti ada suntikan semangat baru kebangkitan Islam dalam diri. Rata-rata peserta pulang dengan senyuman seperti berpuas hati dengan seminar ini.
Seminar ini turut disertai oleh penyokong PAS dan ahli Pekida Malaysia. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini. Terima kasih juga kepada Hizbut Tahrir Malaysia kerna berjaya menganjurkan seminar ini.
Allahuakbar !!!
0 comments:
Post a Comment