Ini adalah tulisan balasan kepada pengendali blog http://izzamil.blogspot.com/
Baca tulisannya disini
Disini ingin dijelaskan perkara sebenar dari tulisan dan penyelewengan fakta yang di tulis oleh pengendali blog yang tidak bertanggungjawab diatas segala tulisannya.
Bermula apabila teguran dibuat oleh ana kepada PEKIDA. Namun ada seorang hamba Allah yang membalasnya dengan cara yang mungkin baik pada pandangannya. Ana menghantar email kepada beliau bagi bertemu namun tidak berbalas. Ana menghantar email sebanyak 3 kali dan semua kronologi antum boleh baca disini.
Salinan di atas adalah email ana kepada beliau. Jadi antum semua boleh membaca dan membuat penilaian.
Ana juga cuba berhubung dengan beliau melalui blog sebanyak 2 kali bagi mendapatkan jawapan, namun comment box hanya dapat dipaparkan apabila mendapat owner approval.
Diatas adalah salinan dari cbox ana dan antum semua boleh mencarinya di cbox dan klik pada old massage.
Beliau menuduh ana menegur dengan cara kurang ajar dan biadap. Antum semua boleh membaca salinan yang ana sertakan dan komen kepada ana (ana akan buka komen box untuk semua).
Berikut adalah komen beliau dirangkap ke-enam.
.... menjadi bahan rujukan kepada setiap percakapan dan penulisan.
Antum boleh baca tulisan beliau di link yang ana berikan dan salinan yang disertakan.
Rangkap ke-7
.... ideologi yang mereka dibawa itu lebih kepada nafsu syaitan yang tidak bertempat.
Astaqfirullahalazim.... kitab apakah menjadi rujukan beliau yang menyebabkan beliau mampu mengeluarkan kenyataan sebegini.
Banyak lagi yang boleh didedahkan disini tetapi biarlah antum semua yang membacanya sendiri.
Ingin ditetapkan disini bahawa, dakwah tidak perlukan kelulusan parlimen atau kelulusan majlis agama ataupun ketua kampung. Dakwah adalah kewajipan setiap muslim termasuk antum semua. Dan memberi peringatan adalah perintah Allah dan bilamana dari Al-Khalid maka ia adalah wajib.
"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. "[Al-Ghasiyah(88):21]
Rasulullah SAW juga pernah bersabda
"Barangsiapa yang menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya. (HR Muslim).
Lupakah antum akan peringatan ini. Tidakkah antum mahu menyertai penghulu syuhada kaum muslimin yang berbicara benar dihadapan pemerintah sehingga dibunuh.
"Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. (HR al-Hakim).
Mungkin antum boleh baca mengenai muhasabah pemerintah
disini.
Beginilah adanya menteliti pemikiran mereka yang semakin dijajah oleh sekular. Akal digunakan untuk sesuatu kepentingan bagi membenarkan kelakuan. Ketahui wahai saudaraku sekalian dan seluruh kaum muslimin. Akal adalah untuk memahami nas dan meletakkan nas pada tempat yang betul. Bukan untuk sesuatu kepentingan.
Wahai kaum muslimin,
Sedarlah, pemikiran ummat hari ini suka menghukum tanpa periksa. Pemikiran yang busuk dengan sekularisma. Pemikiran yang menggunakan sebahagian sahaja Al-Quran dan Sunnah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Pemikiran yang memisahkan agama dari kehidupan.
Wahai kaum muslimin,
Kembalilah kepada ajaran Islam secara kaffah. Tiada perkataan extremis mahu mis-mis yang lain didalam Islam. Islam hanya satu.
Wahai kaum muslimin,
BERSEDIAKAN ANTUM SEMUA BERHADAPAN DENGAN ALLAH KELAK????
Update : 17 Nov 2009
/// Tolong masukkan juga address blog ana didalam blog anta supaya semua pembaca tahu dan boleh membaca secara adil dari kedua-dua pihak ///
** Kepada yang berkenaan, ana mohon kepada anta supaya kembali ke deen Allah. Jika anta fikir ana berada dipihak yang benar maka berikah bukti yang menunjukkan "ini adalah ajaran sesat". Jika antum hendak membuat laporan kepada pihak berkuasa, maka silakan. Tiada masalah bagi ana dan juga pendakwah gerakan Islam yang lain. Jika sudi maka boleh kita bertemu muka secara empat maka. Jika masih dengan prinsip anta....
Cuma ana minta supaya hidayah dari Allah sampai kepada anta dan kembali ke pangkal jalan dan "KITA AKAN BERTEMU DI HARI PEMBALASAN NANTI DENGAN HUJAH MASING-MASING".
2 comments:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”
(HR Muslim)
Sabda Nabi SAW;Bukan dari kalangan kami mereka yang kempen/menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Asobiyyah
"Dalam menafsirkan maksud Asobiyyah, pengarang kitab 'aun mabud' menyebut: "mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas asobiyyah adalah mereka yang memberi pertolongan kepada orang zalim
"Asobiyyah adalah fikrah perkauman, kedaerahan, kenegerian, dan sebagainya sehingga sampai satu tahap menafikan kebenaran.Perangai asobiyyah ini wujud pada orang Melayu yang menyokong UMNO. Ekoran itulah, mereka sanggup menolak islam, manafikan agama, menafikan hak manusia, menangkap manusia yang menetang dan menyumbat mereka dalam tahanan ISA dan sebagainya, semata-mata kerana mahukan semangat kemelayuan mereka ini dibangunkan disamping menghaprakkan bangsa selain melayu.
Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)
Teruskan perjuangan menentang Asobiyah ya akhi..
Syukran ya akhi atas semangat yang diberikan. Yang penting kita teruskan perjuangan untuk Islam ya akhi Na'im.
Post a Comment